Powered By Blogger

Followers

Wednesday 31 July 2013

Buatmu yang bergari..

Bismillahirrahmanirrahim…

Semalam miLa temankan anak jiran depan rumah buat 'medical check up' untuk sambung belajar. Bila tanya kenapa tak buat2 lagi, dia jawab tunggu abang cuti tak dapat2. Simpati pulak bila dengar, lagipun dia dah takde ayah, dalam hati syukur alhamdulillah miLa masih ada ayah. Teringat entry yang lepas. L

So, pergilah temankan. Sementara tunggu nombor giliran dipanggil, tiba-tiba semua mata kat dalam Klinik Kesihatan ni terarah melihat sesuatu. miLa pun. Ada dua orang warden penjara berjalan seiringan dengan 2 orang banduan. Masing2 bergari. Seorang banduan berbaju hijau, seorang lagi berbaju biru.

Mata ni memang menjadi pemerhati setia. Macam2 gelagat orang yang disekeliling miLa nampak. Ada yang takut untuk dekat2 dengan mereka. Bila nampak banduan yang bergari dan warden duduk kat kerusi ni. Sebelah2 tu semua kosong. Mungkin takut. Ya Allah, apa perasaan banduan tu ek bila semua orang takut nak dekat dengan mereka?


sekeliling kerusi baju hijau tu kosong, semua takut agaknya..

miLa cuba letakkan diri miLa dalam situasi dia. Malu bila semua orang tengok2. Lagi2 dengan gari masih di tangan. Dalam hati penuh simpati. Tapi mungkin ada yang memandang hina. Nak je cakap, "Ha..tulah..kenapa awak tak ingat masa buat salah dulu???" Tapi siapa kita untuk menghukum seseorang. Mungkin itu kisah silam mereka. Ingat, setiap orang pernah melakukan kesilapan.

Sebagai masyarakat, kita patut bagi sokongan pada mereka, maksud miLa janganlah terus mengecop diri mereka sebagai banduan yang sehingga bila-bila tidak akan pernah berubah. Berilah peluang kedua buat mereka. Mereka sudah pun mendapat bayaran di atas kesilapan yang dibuat. Dan buat mereka yang bergari, bantulah diri sendiri, mulakan hidup baru. Belajarlah dari kesilapan sebab peluang kedua sentiasa wujud jika peluang yang diberikan digunakan sebaiknya.

p/s: Terperasan banduan tu pegang2 pergelangan tangan dia, sakit agaknya sebab kena besi gari. 'Awak..lepas ni berubah ye. Jangan jadi jahat lagi."

33 comments:

  1. btol 2..kecian juga kt diorg, bkan smua org bleh maafkn kesalahan dia tu..nk2 kalau kes bunuh @ rogol, ape pn doalh bia dia berubah...sama pula dengan sy, klmrin p hspital ada juga seorg bnduan, tp ada 2org polis yg ikut, muka bengis betol bnduan tu..hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tula..simpati dengan dorg..tapi dorang kena la kesian kat diri dorang..jangan wat perkara2 yg salah lagi..berubahlah..insyaallah kalau ade kemahuan ade jalan nye..hhuhu..
      muke bengis ni yg takut..hehe

      Delete
  2. tu la mila..kdg2 cian tngok..owg mcm pandang semcm je kt banduan tu..berila peluang untuk mereka berubah..yg persalah tu pun ambil la peluang ni..buat pekara2 yg baik..insyaALLAH..Allah tetap membantu jika kearah kebaikan ...kn mila..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul3 (stail upin ipin..hehe)..Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah..huhu..bile golongan ni berada di khayalak ramai, kompem jadi perhatian..tapi kte bukan pandang rendah cume simpati..smoge mereka pulang ke pangkal jalan..aminn..

      Delete
  3. kadang2 kita x th sama ada kesalahan tu atas diri sendri ataupun terpakse..mungkin juga fitnah..smoga mereka berubah bila keluar nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..hmm..btul2..ade jugak yang dihukum atsa kesalahan sndiri..smoge kebenaran akan ditegakkan suatu hari nanti..huhu..

      Delete
  4. setiap manusia tak tak terlepas dari melakukan kesilapan.. kesilapan yang melibatkan kes polis memang orang nampak sangat dia dah buat salah.. tapi jika kesilapan melibatkan diri kita dengan Allah, contohnya meninggalkan solat hanya kita dan Allah yang tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan kak aiza..itu pun termasuk jugak..semoge kte terhindar dari melakukan kesilapan..aminn..huhu

      Delete
  5. mama hari tu sebelah je duduk dengan banduan, hihi. dia pun manusia jugak, mungkin itu balasan dia.. jangan lah takut dengan dia, kesian dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..itulah sebaiknya mama..kte jangan lah tunjuk yg kte takut kan mereka..kesian dorang..huhu

      Delete
  6. kadang2 kita susah nak baca fikiran manusia kak mila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..tula..kadan2g kte pandang simpati tapi orang silap tafsir plak..huhu

      Delete
  7. Klau QL takut jugak duduk sekitar tu.. bukan ape slalu pk bukan2.. QL terbayang nanti tiba2 banduan tu nak larikan diri pehtu dy jadikan kte tebusan dy.. huhu... pengaruh televisyen btul...:P

    tapi ape2 pun sebenarnya sume manusia dilahirkan dgn fitrah yg baik... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa..pengaruh tv QL ni..huhu..insyaallah tak akan berlaku..kte kena wat slumber2 je..tp mate ni mesti nak pandang dorang je kan?

      bagai kain putih..corakan yang menetukan siapa dia dewasa kelak..huhu

      Delete
  8. Kalau akak pun takut =.=" Lagi2 kalau muka dia ganas. Huhu~ tapi tu tak bermakna akak pandang hina pada dia. Dia pun manusia macam kita, banyak buat kesilapan. Entah2 dia dah pun insaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..kadang2 rasa takut tu memang wujud tapi bile lame2 pandang mesti kte jatuh kasihan..hehe..insyaallah..setiap orang boleh berubah :)

      Delete
  9. kalau sha, tgk sekejap je. pastu tak pndg da. yela, kite kna jga hati mereka juga, mereka juga ada hati dan perasaan. ada perasaan malu. semoga sejarah mengajar mereka untuk ke jalan yg lebih baik. insyaALLAH :)

    ReplyDelete
  10. kesian die..kite xblh nk anggap die jahat aje,mungkin da masanye die berubah..jd kite sbg owg sekeliling kne bg support..
    awk jempot http://ceritasitelingabulat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. ckj simpati ngn banduan tu.. mungkin betul juga org tkt nk duduk sebelah dia.. sama2 la kita doakan yang terbaik untuk mereka dan moga mereka kuat hadapan dugaan dan cabaran idup mereka selepas melakukan kesalahan..

    ReplyDelete
  12. Setiap orang tak pernah lepas dari buat kesilapan..btw salam syawal.nice blog.klu sudi jenguk blog sy pla http://dibawahcahayalampu.blogspot.com..terima kasih^_^

    ReplyDelete
  13. betul tu..masyarakat kena bagi peluang kepada banduan untuk berubah jadi lebih baik :)

    ReplyDelete
  14. Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka cenderung untuk mengubah nasib mereka sendiri

    Semoga mereka sedar kesilapan lalu ^^

    ReplyDelete
  15. kita jgn menilai seseorg biar allah swt je

    ReplyDelete
  16. Kesian pon ada.. sebab yang banduan ni, tak semestinya jahat...mungkin tersilap langkah dan percaturan dalam kehidupan.. Kita minta dijauhkan la ye seme benda ni..

    ReplyDelete
  17. mudah2an beliau insaf.. kesalahan pertama tidak diulang buatt kedua kalinya..

    ReplyDelete
  18. pengajaran berguna juga untuk kita yang melihat...

    ReplyDelete
  19. follow dayat balik tau... insyaAllah allah balas baik atas pertolongan awak... thanks :)

    ReplyDelete
  20. semua manusia pernah buat salah. Bezanya samada kecil ataupun besar. Moga ada ruang dan peluang untuk berubah

    ReplyDelete
  21. nice
    jom follow my blog
    http://underwateredition.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. sbb masyarakat yang menghukum la bekas2 penagih yang baru keluar penjara, kembali menagih.. sbb walaupun sudah berubah, masih dipandang hina masyarakat. Mereka x dpt sokongan moral utk terus berubah.

    ReplyDelete
  23. hi slmt berkenalan..hhe ni sharing...nanti jemput lawat blog saya juga ya ^^

    http://madamhealthy.blogspot.com

    ReplyDelete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...