Powered By Blogger

Followers

Sunday 24 February 2013

salam perkenalan to my new 10!



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah…buat masa ni Latihan Mengajar miLa di STK berjalan dengan lancar. Cuma yang tak best nya miLa tak dapat nak update blog hari-hari. Maaf sangat-sangat (perasan konon ada yang menanti..hehe). Kerja berlambakan.huhu 



Seminggu tinggal kan, alhamdulillah followers bertambah. Hehe.. Terima kasih kepada 10 blogger yang sudi memfollow miLa sepanjang minggu ni. Sori ye korang, semalam baru sempat nak membalas. Jom singgah blog mereka :)




















Kalau siapa yang perasan, kat atas tu baru 9 kan?? Actually, ada sorang lagi blogger iaitu ekmira kamil. miLa tak dapat jejak link dia. hmmm..nanti bagi link ye..  J


Terima kasih sekali lagi semua. Salam perkenalan buat 10 sahabat baru miLa. J


Sunday 17 February 2013

Menghitung detik dan ketika...



Bismillahirrahmanirrahim

Hari yang ditunggu sudah tiba! Rasanya degupan jantung ni sampai ke Sekolah Tinggi Kluang boleh dengar (over la tu) hehe.. Rasa  macam nak pergi berperang pun ada ni.

Apa-apa pun, doakan miLa untuk esok dan hari-hari seterusnya dalam menghadapi latihan mengajar (LM). Semoga segala tugasan dan amanah yang dipikul dibahu miLa nanti dipermudahkan dan diberkatiNya. Amin.. Doa kan ye J

Sedikit perkongsian mengenai doa.

“Doa adalah senjata paling ampuh orang islam, tak salah lagi”

Ikuti kisah.....

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi).
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan. copy from KB90. tq :)


p/s: dup..dap..dup..dap... My Name Is Mila. Cikgu miLa..hehe



Tanda-tanda kematian



Bismillahirrahmanirrahim…

Pernah tengok satu cerita Melayu ni (lupa tajuknya apa) cerita tentang tanda-tanda kematian. Masa tu nak salin memang tak menyempat, jadi ingatlah 1 2 tanda je. Tapi, biasalah manusia lama kelamaan lupa. Hm..tapi…cuba suruh ingat pasal artis…huh..laju je mulut miLa ni menyebutnya. 

Semalam, masa ngendap-ngendap blog rakan blogger terjumpalah…’Tanda-tanda kematian’. Sebijik apa yang miLa tengok kat cerita tu. Terima kasih budak purple J



Assalamualaikum.
Tanda tanda kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya. 

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.




Friday 15 February 2013

Banjir oh banjir....



Bismillahirrahmanirrahim…

Dari miLa kecik sampai ke besar ni, dah tak terkira dah berapa banyak kali rumah miLa ni banjir. Bila hujan tak benti-benti mulalah kami menjadi 'cacing kepanasan' tak senang duduk. Kejap-kejap tengok parit, air dah penuh ke belum. Masa tu kalau dengar bunyi katak, rasa nak bunuh je katak-katak yang telalak panggil hujan tu. huhu

Kebetulan adik beradik miLa semua balik sebab nak ziarah arwah, so…merasalah semua nikmat banjir. Seawal 6 pagi mak dah bunyi kan siren. Kesian anak-anak buah miLa yang kecik-kecik tu kena kejut bangun….




Alhamdulillah tak tinggi sangat, cuma paras dada baby je. Huhu.. Budak-budak kecik tu memang lah teruja banjir-banjir ni. Suka dapat main air, siap bagi nama lagi “Water Theme Park Atok Saim”. Sabar jelah…




Setiap kali banjir, bisnes paling menguntungkan ialah....



kapal kertas

Melayan anak buah, tapi kalau dorang takde kitorang yang besar-besar ni pun jadi. Boat race! hehe.. Sementara nak tunggu air surut, kami melayanlah kebosanan.

row..row..row your boat...



Tapi, bila air dah surut satu kerja lagi pulak nak mengutip serpihan kapal-kapal yang terbengkalai tu. huhu.. Kalau ada yang tersesat kat rumah-rumah jiran tu maaflah ye :p




Wednesday 13 February 2013

Salam takziah....



Bismillahirrahmanirrahim...

Salam takziah buat kakakku sekeluarga yang kehilangan suaminya Selasa yang lalu. Buat anak-anak saudaraku, Arif, Afiq dan Ayu tabahlah menghadapi dugaan dariNya. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Doa dari anak-anak yang soleh dan solehah boleh membantu ayah mu di sana.

Pemergiaannya masih dirasai sehingga ke harini. Malah, kami sekeluarga masih terasa arwah masih disisi. Sabtu yang lalu arwah sempat mengirimkan sms pada miLa,

“Akum kak cik.kirim salam pda ibu.smua keluarga.abg zali mtk ampun halalkn mkn minum.”

Rupanya arwah sudah tahu dia akan pergi meninggalkan kami. Hanya mesej ini yang menjadi tatapan kami sekeluarga sehingga ke harini.

Al-fatihah buat Mohd. Razali bin Mokhti, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


dalam kenangan...

p/s: Arwah baru berusia 38 tahun, ajal dan maut tidak mengenal usia.

Monday 11 February 2013

DIA masih setia menungguku



Bismillahirrahmanirrahim...


5 minit pertama,
     "Takpe, baru 5 minit kejap lagi sampai lah.."

20 minit berikutnya,
     "Mana ni? Janji pukul berapa, ni dah pukul berapa?"

Selepas 40 minit,
     "Jumpa nanti siaplah. Memang nak kena marah~"

1 jam berikutnya,
     "Ah..lambatnya. kurang asam..blah..blah..!$!%!**!^$!%.."
 (terus berlalu pergi…)

Geram kan kalau orang yang telah mengikat janji dengan kita tiba-tiba memungkirinya? Kita punyalah penat menunggu, tapi orang yang ditunggu tu tetap tak kunjung tiba. Masa tu geram, marah semua ada. Tak cukup dengan tu, mulut ni ringan mengutuk betapa lambatnya orang yang ditunggu tu.

Tapi, pernah atau tidak terdetik di hati, betapa setianya Dia menunggu kita untuk menemuiNya? Walaupun di hujung-hujung waktu, Dia masih setia menanti. Walaupun masa tu kita lebih pentingkan benda lain?? Kita main game dulu, layan movie…….tengok Setia Hujung Nyawa walaupun Maghrib dah nak habis masa tu. kan? kan?

Kepada mereka-mereka yang hanya solat hari raya je apa cerita pulak? Betapa lamanya kan Dia menunggu? Tetapi Dia masih setia menunggu..menunggu..dan terus menunggu.. dan masih sudi menerima hamba-hambaNya yang selalu terleka ni..



p/s: peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai dan leka~


>>>Hijabster Giveaway By Shidaizy Boutique



Bismillahirrahmanirrahim...

Seharian tak beronline, tapi bukan sebab kes karipap pusing yang berpusing tu. haha.. Alhamdulillah, tiada berlaku sebarang serangan berpandu dari mak. Hehe.. Cuma perasan muka mak macam kecewa sikit..huhu..sori mak L

So, bukak blog tiba-tiba terperasan sesuatu yang tersangat lah ASING di chatbox.. OMG..miLa ditag?? Huhu..first time ni ditag. So, ada gelabah cendol sikit, sebab tak tahu nak di apakan. Join ke tak..join..tak..join…arghh..dah buat entry ni makna nya dah join lerrrrr..huhu.. (poyoo je)


Serba sedikit pasal GA ni. Sebelum tu, mekaseh to Farah Hanani (meh singgah blog farah, klik sini) sebab meng’TAG’ miLa join “Hijabster Giveaway By Shidaizy Boutique” ni. Macam biasa kena letak banner yang smart tu dan satu entry, backlink entry, like Shidaizy Boutique Fan Page dan last sekali tag-tag blogger lain.

okay, nak tag dia, dia dan dia..hehe


p/s: baru nak join GA dari nabila biela, tapi rupanya baru dibatalkan. Ok, tunggu next GA biela la..huhu


Saturday 9 February 2013

maafkan kami, karipap pusing mak dah berpusing..


Bismillahirrahmanirrahim...

Huru hara jadinya. Ei..geramnya dengan abang miLa yang sorang ni! Semalam bukan main beria lagi macam reti sangat goreng karipap pusing tu. Last-last ni jadinya…..

menggerutuuu....

berpecah-belahhh....

Haha..macam ni ceritanya..mak dengan abah takde rini sebab ada kenduri kat kampung. Kebetulan ada orang wat tempahan karipap pusing pulak. So, dengan percayanya mak suruh miLa gorengkan. Teragak-agak jugaklah nak setuju sebab banyak sangat karipap tu. Lagipun nak goreng karipap ni cerewet sikit. Api tak boleh kuat nanti menggerutu. Kalau api slow kang masuk minyak pulak…

Tup..tup..datang dengan machonya abang miLa sorang ni bak seorang juara masterchef. Bertambah yakinlah mak yang kitorang boleh tolong. Ok, masa tu dengan miLa2 sekali yakin. Haha..

First round bila dah tak jadi tu abang miLa dah surrender. Terus blah tinggalkan dapur. Sabo jela…..terkontang kanting sorang-sorang kat dapur. Dia datang 5 minit sekali dengan soalan, “OK tak?” sabo jelah...

Inilah masterchef tu. Tengah belajar drive kereta. hehe.. Sebenarnya gambar ni private..haha.. Tapi, geram punya pasal.....sori ye bang :)


Hmmm..sorry ye mak.. sumpah, mak memang power. Kitorang surrender L serious kami bermandi peluh dan minyak tadi…


p/s: menunggu mak dengan abah balik..bersiap sedia kena peluru berpandu dari mak. Maafkan kami, mak L

Tempoh sah laku Baucer Buku 1Malaysia



Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam nya paper Metro ada bagitau tempoh sah laku BB1M selama 5 bulan bermula 1 Januari. 5 bulan jek? Ala..dapat pun belum lagi ni. Hmm..bila nak dapat baucar ni? Ritu, dengar-dengar fakulti kitorang nak edarkan 20 Februari ni. Maknanya ada masa 3 bulan je untuk habiskan.

“Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah RM250 yang mula diagihkan kepada…....diingatkan tempoh sah laku penggunaannya adalah selama 5 bulan bermula 1 Januari”

“Hanya pelajar yang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif di matrikulasi, tingkatan 6, politeknik, IPT awam mahupun swata tempatan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini layak menerima BB1M.”
-Metro 6 Feb -

Alhamdulillah…extra RM50 dari yang lepas. Tahu-tahu je miLa memang sangat memerlukan baucar tu. Kali ni dah nampak dah hala tuju baucar tu. Blink..blink otak ni tiap kali ingat baucar RM250 tu..Haha.. Eh, kalini miLa nak guna kan sebaiknya taw. Hehe.. untuk beli barang untuk Latihan Mengajar nanti.

Macam yang lepas siap angkut mak abah masuk MPH sebab nak habiskan baucer tu dan dengan bangganya cakap, “Ok, abah ngan mak amek je apa-apa, arini akak belanja.” Hahha..padahal guna baucar.


p/s:  Kepada koreaboy90 cepat-cepat habiskan baucar tu, nanti balik sini dah tak laku dah..huhu

Friday 8 February 2013

Injek...injek.....injekkk...


Bismillahirrahmanirrahim...

Next destination harini>>> Klinik Penawar & Surgeri. Ha..semput tak hilang lagi ni. Risau pulak dah nak Latihan Mengajar ni tapi masih tak sihat. Dengan bersin-bersin nya lagi. Memang best freind forever (bff) asma dengan resdung ni.

Tiba-tiba terbayang miLa bawak kotak tisu ke hulu ke hilir masa mengajar nanti. Ush…tak sanggup…kang tak pasal-pasal kena panggil Cikgu Kotak Tisu……

Hmm..beratnya hati nak gi klinik, risiko besar kalau pergi klinik-klinik ni. Sementara tunggu giliran kena panggil doktor, terasa macam ada suara-suara sebut “injek…injek…..injek….injek...” Huh..reda jelah kalau kena ni… Cepat-cepat tengok muka abah mintak kekuatan. haha..

Masuk je dah dengar suara doktor tu speaking jawa dengan abah. Hmm..geng abah memang berjawa jelah ni. miLa memang ternganga jelah dengar. Tak faham ~_~

Masa yang dinanti tiba jua akhirnya.

“Doktor injek awak ye?”


Dalam hati ni nak je jawab, "Saya datang sini memang nak injek pun"

ole-ole dari klinik..huhu

p/s: Terdengar doktor tu baca bismillah dengan surah pendek apa ntah masa injek miLa tadi. Alhamdulillah seronok dengar~

Intai-intai cikgu miLa....


Bismillahirrahmanirrahim...

Lagi 10 hari lagi miLa nak lapor diri sebagai Cikgu Saoooodahhh…haha.. Duduk saje kat rumah ni memang menghitung hari jela. Tapi dup dap dup dap tak sedap hati, tu yang pi mengintai kat Sekolah Tinggi Kluang pagi tadi. Saje pergi pejabat nak tanya prosedur lapor diri. Ha…nampak tak betapa semangat nya miLa ni?? haha.. Weekkks… silakan muntah :p

Daripada pintu pagar sampailah ke pejabat, sorang-sorang cikgu berselisih dengan miLa. Kebanyakkan semua masih miLa kenal. Alhamdulillah.. so maknanya miLa tak banyak makan semut lagi..hehe

Ada yang tanya “ Ambil sijil ea?” tak tahu nak jawab apa, miLa cuma bagi senyuman yang paling manis di pagi Jumaat yang indah ini. huhu.. Kalaulah dorang tahu mila ni bakal jadi cikgu kat sini…hehehhe..

Masuk je pejabat jumpa pulak guru kelas miLa masa tingkatan 2, Cikgu Nazimah namanya. Nasib baik ingat lagi nama dia, Huhu..dialah yang jumpakan miLa dengan guru-guru DPLI dari UTHM. Waa..awalnya dorang dah lapor diri. Lagi semangat! Kalah kau miLa...huhu

Lepas dah korek-korek rahsia sempat miLa tukar-tukar nombor telefon. Alhamdulillah, baik-baik akak-akak ni. Ok, untuk 18 Februari nanti miLa kena datang pagi-pagi macam cikgu lain dan bertemu janji dengan MR. Pengetua. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn..  Mekaseh semua, jumpa 18 Februari nanti ye! huhu

Excited punya pasal dah keluar pintu pagar baru teringat tak amek gambar apa-apa pun. Eh..perlu ke? Ish..perlu la..untuk letak kat blog ni. Huh~ ini semua poyoooo miLa...hahha..

Gambar dari luar pagar..hmmm..jadilah...huhu

Thursday 7 February 2013

Geram dengan Deram!


Bismillahirrahmanirrahim....

Semalam miLa dengan family balik kampung kat Segamat, perkara wajib bila balik kampung??? Haha.. Tadaaaa……..my fevretos!!



Walaupun dia gelap dan rupanya tak secantik kuih-kuih lain, tapi miLa tetap geram bila nampak kuih DERAM. Huhu. my fevret! Tapi, dalam rumah ni miLa sorang je yang suka makan kuih ni. So..maknanya semua saya yang punya!hehe..






Tapi ada jugak yang panggil kuih telinga keling. Sebabnya?? Haha..faham-faham la ye. Sensitif ni nak terangkan..hehe. Tapi ada jugak yang panggil kuih deram ni kuih cincin. hmm..ape-ape jelah, janji sedap! :)

Tapi kalau nak yang hot, haa..ade certain pasar malam yang jual kuih deram. Panas-panas lagi dari kuali. Rangup sangat! Tapi kalau kat Kluang ni miLa tak pernah jumpa pasar malam yang jual kuih deram ni versi hot. hmm..siapa-siapa yang reti buat, jual lah....plis..plis...haha

p/s: dah sampai segamat, tapi takde rezeki nak jumpa JIOT! :)

Monday 4 February 2013

Sinteng..apakah??


Dua entry dah harini. Amekaw..lepas geram selepas sihat. Hehe.. alhamdulillah.. J Kepada kak ana jingga dan rina mekaseh ye sebab wish kat miLa masa tak sihat ritu. Jazakillahu khoir J

Jemput singgah blog kak ana jingga (klik sini)dan rina (klik sini).

Okay, back to the topic! Sinteng? Pernah dengar tak? Hmm…da hampir 22 tahun miLa hidup, harini baru tahu kewujudan makhluk Allah yang bernama sinteng. Sinteng ni sejenis makanan laut, adik beradik kupang . huhu.. Meh tengok ni…



Mak aih…susah nak bersihkan sinteng ni sebab dia berlumpur. Tenyeh pakai berus periuk baru bersih. Cengkerang sinteng ni cantik, hmm..rasanya pernah nampak orang buat hiasan pakai cengkerang dia ni. huhu

Mak miLa pun tak tahu nak di apakan dengan benda ni. First time ni kitorang jumpa benda alah ni. haha.. Nak buang tak baik pulak sebab orang dah bagi. So, ayah suruh mak try error rebus dia. Semua jakun tunggu apa jadi ngan sinteng tuw.  Dalam 10 minit rebus, tiba-tiba cengkerang nya terbukak sikit-sikit. waa.......(nampak tak kejakunan kami?? haha)


Tapi jangan terkejut masa rebus tu tiba-tiba muncul sinteng bersaiz kecil. hmm..pelik! Masa basuh tu takde jumpa pulak sinteng kecik. Huhu. Sebenarnya sinteng kecik ni ada dalam sinteng besar. Bila sinteng besar terbukak masa rebus tu, sinteng kecik keluar lah. Huhu..tak paham? Paham-pahamkanlah..hehe

Rasa sinteng?? hmm..sedappp..! Rasa lemak-lemak sikit. huhu. Tapi, nak ingatkan masa rebus tu jangan letak garam sebab sinteng ni dah cukup rasa masinnya.



p/s: Terjumpa blog cerita psal sinteng ni gak, meh singgah. (klik sini)

Top Eleven pendamping si semput


Alhamdulillah..miLa dah beransur sihat. Batuk sikit-sikit tu biasalah. Huhu. Sepanjang tak sihat ni, nak ber’blog’ taip entry panjang-panjang pun tak larat. Aish..macam dah tua bebenor. Hehe

Dalam tak sihat ni, jumpa satu aktiviti baru. Ngeh3… Top Eleven! Ala..game yang jadi manager bola sepak yang kat facebook tu. Budak laki mesti tawu. Pastu, tanyalah abang pasal game ni. Ada ke patut dia gelak besar kan miLa.

“Ni game zaman tok kaduk tawu tak? Orang lain dah tak main lagi dah game ni.”

Hahha..serious?? Ah..lantaklah. Janji layan~ hihi..



Game ni sesuailah untuk orang yang kaki bola. miLa? em..minat bola je tapi tak lah sampai tahap kaki bola lagi. huhu Dalam game ni kita akan jadi manager untuk sebuah kelab bola sepak. Dari nama kelab sampailah training player kita yang kena uruskan. Terasa ala-ala Rajagobal gituw. Huhu..

Kira okay lah game ni, tapi tetap tak boleh lawan game Football Manager. huhu

p/s: Teringin nak tengok team bola sepak lelaki pakai seluar panjang.. :

Friday 1 February 2013

Asma oh asma...


Alhamdulillah..dapat jugak habiskan drama Warkah CInta. Best~ Tapi teringat dialog ni,


“Kita semua buat dosa, setiap hari kita wajib minta ampun dengan Allah.”



2 3 harini ni pulak kesihatan pun tak berapa nak mengizinkan. Biasalah bila ada asma ni. Kena sentiasa bersiap sedia..huhu.. Tiap kali mengeluh tu cepat-cepat ingatkan diri, “Takpe, penghapus dosa.”

Setiap kali terkena tu memang ingat satu ini je, mati... Mati itu memang pasti, tapi hmm..janganlah, miLa belum bersedia lagi ni. 

Dan setiap kali asma, mak lah yang tak tidur sepanjang malam jaga miLa. Pantang batuk sikit, mesti tangan mak urut belakang badan, sapukan minyak angin. Terima kasih mak masa nilah nak bermanja-manja dengan mak..hehe

Asma ni memang lah takde nampak sakitnya, yelah kalau terluka nampak darahnya. Kalau jatuh nampak lebamnya. Bila asma ni, hanya orang yang kena je tawu betapa sakit nya rasa. Nak bernafas bukan main payah. Siap berpeluh-peluh semata-mata untuk bernafas. Terasa hilang satu nikmat masa tu

Tapi, selalu kalau dah terkena tu cepat-cepat tangan ni capai inhaler. huhu.. Untuk melegakan sikit sakitnya, mak miLa akan buatkan air panas untuk miLa.  Sekali lagi mak..Terima kasih mak J  

Alang-alang ni, miLa nak share lah sekali tips-tips untuk orang semput atau nak jaga orang yang kena semput..huhu

Orang yang kena asma ni, elakkan dia daripada terkena angin kipas atau air-cond sebab akan terasa lemas untuk bernafas. Kalau boleh asap ubat nyamuk pun jangan. Asap rokok??? hm..memang lagi lah tak boleh. 

Yang penting bila someone tu kena serang asma, kalau boleh tidur dia biarlah berteman. Mak cakap bahaya kalau tak teman, sebab memang ada berlaku orang yang kena asma meninggal semasa sedang tidur. Ya Allah, jauhkan dariku...

Kalau dah rasa semacam bila nak tidur tu, miLa akan pakai stokin. Kemudian sapu minyak angin (Vicks) di kawasan dada dan di belakang badan. Kalau biasa bantal rendah, miLa akan tinggi kan sikit bantal untuk mudahkan pernafasan.

Vicks

Tapi, kalau yang baru first time terkena tu lebih baik cepat-cepat jumpa doktor. Jangan takut, tak kena inject pun..haha

p/s: alhamdulillah..masih bernafas dan mampu untuk mengupdate blog..huhu

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...