Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t…
Lama dah tak update blog ni. (sila ignore entry kelmarin..hehe..entry karat tahap reput) 3 bulan tak silap. Hm..sibuk
dengan final sem. Alhamdulillah selesai semua nya. Terima kasih kpd semua yang
sentiasa ada disisi terutamanya mak dengan abah. Mak abah…tq sangat-sangat J Family..teman..…dan kawan-kawan
especially Najiha Mohd Saimi dan Siti Anisha..terima kasih semua. (macam ucapan menang ABPBH) Tak sabar nak konvo! hihi
muka gembira selepas present projek tahun akhir
bersama supervisor, Dr. Nor Hasniza Ibrahim
Masa belajar dulu selalu duk pening nak siap kan keje, dah habis ni pening nak cari kerja pulak.
Sebab graduan pendidikan macam miLa ni ada masalah untuk penempatan. Senior miLa pun masih ada yang belum posting, kebanyakan dorang hanya menjadi guru simpanan. Aduhh..sedihnya.
Sebelum ni kan miLa cakap tak nak sambung master sebab kesian dgn mak
ayah miLa. Kononnya nak terus keje, hehe,,tup,,tup,, abah dgn mak paksa suruh
sambung lagi. Dorang cakap, “No objection!” haha
Dalam suka dapat sambung, sebenarnya kesian kat mak abah. Terpaksa
tanggung budak yang nakal ni sambung belajar lagi. Bila lah dorang nak dapat
merasa gaji miLa L
Insyaallah kalau ada
rezeki bulan September nanti daftar balik kat UTM. Huhu So, sepanjang hampir 2
bulan ni duk goyang kaki jelah kat rumah. Macam sebelum ni, nak kerja tapi mak
abah berkeras tak kasi. Alasan yang diberi, tolong mak abah je kat rumah. Padahal nanti anak dia ni kerja nya duk makan tido je L