Powered By Blogger

Followers

Saturday 12 July 2014

Cara baca Qunut Nazilah



Alhamdulillah..harini dah masuk 14  Ramadhan. Tinggal 1/2 Ramadhan lagi. Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjalankan amal ibadah sepanjang bulan yang penuh berkah dan rahmah ni.

Bersyukur lah dengan segala nikmat yang kita perolehi. Kita dapat bersahur berbuka dengan amannya. Sempurna. Tapi apa nasib saudara-saudara seIslam kita di Gaza kan? Sedih..untuk angkat senjata ke sana memang tak mampu. Cuma mampu angkat tangan berdoa jelah.

Baca lah Qunut Nazilah setiap kali solat. Pendek je..tak sampai semninit pun. Insyaallah..semoga mereka sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Pada mulanya miLa sendiri pun tak berapa tahu cara nak baca doa qunut nazilah. Cari-cari, rasa nya memang tulah cara yang betul. Sebab yakin sumbernya.

Qunut Nazilah kita boleh baca setiap kali solat fardhu. Baca semasa rakaat terakhir selepas bangun dari ruku’ untuk ‘Itidal. Macam kita baca doa qunut semasa solat fardhu Subuh.

Ada 3 cara baca doa setiap kali solat:
1)      Baca doa Qunut macam kita solat Subuh
2)      Baca doa Qunut Nazilah sahaja
3)      Baca doa Qunut Subuh dan kemudian baca doa Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Kalau tengok kan doa nya memang panjang. miLa pun take time jugak nak hafal. So, mula-mula dulu miLa baca selepas solat. Itupun tengok kertas. Insyaallah..lama-lama nanti kita boleh hafal.

Soalan yang selalu orang tanya:

Boleh ke baca Qunut Nazilah ni dalam solat sunat?
Jawapan: Tidak disunatkan pada solat sunat. Hanya untuk solat fardhu sahaja.


Boleh ke baca secara bersendirian?
Jawapan: Boleh.

Untuk lebih pasti boleh baca kat link sini.. sini..sini..


  
Adik-adik kita kat Palestin ni berlumba-lumba nak hafal Al-Quran. Sebab, syarat utama untuk sertai Briged Izzudin Al-Qassam ialah harus hafal Al-Quran 30 juzu’. Adik-adik ni berusaha untuk hafal Al-Quran, so…kita usahalah untuk hafal Qunut Nazilah. J


Tuesday 8 July 2014

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak



Contest pertama untuk tahun ni. Excited join sebab dah lama rasa nya tak dapat kad raya. Hehe.. Yang menariknya, cik akak akan bagi free kad raya kepada 55 yang terawal. 
Jom join J



Nak join klik sini :)

Thursday 3 July 2014

sahabat selamanya...

Bismillahirrahmanirrahim…


Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan sebuah persahabatan yang tak ternilai harganya. Kadang-kadang tu tak pernah pun anggap yang 2 makhluk Allah ni sebagai kawan, sebab dah rasa macam adik-beradik sendiri.

Rasanya dah banyak kali dah terkena, bila sesiapa yang jumpa cakap yang kami ni adik beradik. It’s funny. Nak kata kan muka kami ni sama..hmm..takde rasanya.

Gaduh? Hmm..it’s normal for us. Haha
Kalau gaduh pun kejap je dah bertegur
Kalau masam muka kejap je dah tersengih semula
Kalau marah kejap je dah bercuit

Kadang-kadang rasa pelik, makin gaduh tapi rasa makin rapat
segala masalah dah tiada dinding penghalang
memang kami akan share

Banyak dah benda yang kita dah lalui sama-sama.
Susah senang
Pahit manis
Getir bahagia

Pengalaman jumpa tok bomoh yang mengarut pun kami ada.
Tagline tok bomoh tu, “Nampak Kaabah tak?”
Kami akan gelak kalau teringat semula moment tu.
Semoga Tok bomoh & the geng menemui hidayah Allah.

Bukan mudah untuk padam kenangan tu semua. Walaupun kadang-kadang ada rasa pahit, tapi masih tersirat manis madunya.

Sayang dan sentiasa rindu kan korang, Najiha Mohd Saimi & Siti Anisha Samsudin J

Mungkin dulu mila tak pernah perasan apa hikmahnya,
Tapi sekarang alhamdulillah..
Rupa-rupanya terlalu banyak hikmah yang Allah telah aturkan sepanjang pertemuan kita,
Semoga ukhuwah yang dibina tidak terantai dengan kesibukan dunia,
Dan semoga ikatan yang terbina tidak putus hingga ke syurga,
Terima kasih untuk segalanya….



p/s: Entry ni untuk kamu berdua yang suka stalk blog mila, jangan gelak-gelak baca entry ni ye,,hahaha

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...