Powered By Blogger

Followers

Saturday 12 July 2014

Cara baca Qunut Nazilah



Alhamdulillah..harini dah masuk 14  Ramadhan. Tinggal 1/2 Ramadhan lagi. Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjalankan amal ibadah sepanjang bulan yang penuh berkah dan rahmah ni.

Bersyukur lah dengan segala nikmat yang kita perolehi. Kita dapat bersahur berbuka dengan amannya. Sempurna. Tapi apa nasib saudara-saudara seIslam kita di Gaza kan? Sedih..untuk angkat senjata ke sana memang tak mampu. Cuma mampu angkat tangan berdoa jelah.

Baca lah Qunut Nazilah setiap kali solat. Pendek je..tak sampai semninit pun. Insyaallah..semoga mereka sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Pada mulanya miLa sendiri pun tak berapa tahu cara nak baca doa qunut nazilah. Cari-cari, rasa nya memang tulah cara yang betul. Sebab yakin sumbernya.

Qunut Nazilah kita boleh baca setiap kali solat fardhu. Baca semasa rakaat terakhir selepas bangun dari ruku’ untuk ‘Itidal. Macam kita baca doa qunut semasa solat fardhu Subuh.

Ada 3 cara baca doa setiap kali solat:
1)      Baca doa Qunut macam kita solat Subuh
2)      Baca doa Qunut Nazilah sahaja
3)      Baca doa Qunut Subuh dan kemudian baca doa Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Kalau tengok kan doa nya memang panjang. miLa pun take time jugak nak hafal. So, mula-mula dulu miLa baca selepas solat. Itupun tengok kertas. Insyaallah..lama-lama nanti kita boleh hafal.

Soalan yang selalu orang tanya:

Boleh ke baca Qunut Nazilah ni dalam solat sunat?
Jawapan: Tidak disunatkan pada solat sunat. Hanya untuk solat fardhu sahaja.


Boleh ke baca secara bersendirian?
Jawapan: Boleh.

Untuk lebih pasti boleh baca kat link sini.. sini..sini..


  
Adik-adik kita kat Palestin ni berlumba-lumba nak hafal Al-Quran. Sebab, syarat utama untuk sertai Briged Izzudin Al-Qassam ialah harus hafal Al-Quran 30 juzu’. Adik-adik ni berusaha untuk hafal Al-Quran, so…kita usahalah untuk hafal Qunut Nazilah. J


2 comments:

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...