Alhamdulillah..harini
dah masuk 14 Ramadhan. Tinggal 1/2
Ramadhan lagi. Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjalankan amal ibadah
sepanjang bulan yang penuh berkah dan rahmah ni.
Bersyukur lah dengan segala nikmat yang kita perolehi. Kita dapat bersahur berbuka dengan amannya. Sempurna.
Tapi apa nasib saudara-saudara seIslam kita di Gaza kan? Sedih..untuk angkat
senjata ke sana memang tak mampu. Cuma mampu angkat tangan berdoa jelah.
Baca lah Qunut Nazilah setiap kali solat. Pendek je..tak sampai semninit pun.
Insyaallah..semoga mereka sentiasa berada dibawah lindunganNya.
Pada
mulanya miLa sendiri pun tak berapa tahu cara nak baca doa qunut nazilah. Cari-cari,
rasa nya memang tulah cara yang betul. Sebab yakin sumbernya.
Qunut
Nazilah kita boleh baca setiap kali solat fardhu. Baca semasa rakaat terakhir
selepas bangun dari ruku’ untuk ‘Itidal. Macam kita baca doa qunut semasa solat
fardhu Subuh.
Ada
3 cara baca doa setiap kali solat:
1)
Baca doa Qunut macam kita solat
Subuh
2)
Baca doa Qunut Nazilah sahaja
3)
Baca doa Qunut Subuh dan kemudian
baca doa Qunut Nazilah
Qunut Nazilah
Kalau
tengok kan doa nya memang panjang. miLa pun take time jugak nak hafal. So,
mula-mula dulu miLa baca selepas solat. Itupun tengok kertas. Insyaallah..lama-lama nanti kita boleh hafal.
Soalan
yang selalu orang tanya:
Boleh
ke baca Qunut Nazilah ni dalam solat sunat?
Jawapan:
Tidak disunatkan pada solat sunat. Hanya untuk solat fardhu sahaja.
Boleh
ke baca secara bersendirian?
Jawapan:
Boleh.
Adik-adik
kita kat Palestin ni berlumba-lumba nak hafal Al-Quran. Sebab, syarat utama untuk
sertai Briged Izzudin Al-Qassam ialah harus hafal Al-Quran 30 juzu’. Adik-adik
ni berusaha untuk hafal Al-Quran, so…kita usahalah untuk hafal Qunut Nazilah. J