Powered By Blogger

Followers

Sunday 27 January 2013

Kerana menyambut Maulidur Rasul..


Salam Maulidur Rasul 1434H. Rasanya masih tak terlewat lagi kan? Bak kata orang, kalau kat Johor ni sambutan maulud nya kadang-kadang tu sampai sebulan. Itulah uniknya negeri kami, Johor Darul Takzim.

Alhamdulillah, dapat nikmat makan dalam dulang~ Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau nak merasa makan dalam dulang ni time maulidur Rasul je. Berebut-rebut makan, yang tak selera bertambah selera. Huhu..

ehsan facebook ustaz fairuz :)



Harap-harap jangan lah ada yang sambut Maulud ni sebab nak makan free. Hehe.. betul tak? Rasanya ramai jugak tadi yang dah makan terus angkat kaki J Ke mana tu Cik Kiah? Meh la, dengar ceramah ni kejap.huhu.. Cerekerama boleh tengok semula kat tonton.com, kalau tak pun tunggu je Insyaallah esok-esok keluar balik kat tv. Betul tak??

Hm..ceramah Ustaz Fairuz Aliakhbar (fb ustaz fairuz klik sini) menarik tadi. Banyak inputnya, tak rugi tunggu walaupun mata ni tadi dah kabur jugak (syaitan tumpang bergayut). Apa yang miLa nak kongsi kan kat sini mengenai kisah Abu Lahab iaitu bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

Semua mesti tahu kan kisah Abu Lahab yang menentang Nabi Muhammad walaupun darah mengalir dalam badannya adalah sama (bersaudara). Malah, ada yang mengatakan bahawa muka, cara berjalan dan rambutnya ada iras-iras dengan Nabi Muhammad. Cumanya, Abu Lahab ini bermata juling.

Walaupun dia memang telah dijanjikan Allah di neraka, namun ada satu kisah yang menarik yang rasanya ramai yang tak tahu termasuk miLa iaitu Abu Lahab akan dapat nikmat minum susu pada setiap hari Isnin ketika di neraka.

Sebabnya adalah satu kerana dia pernah menyambut Maulidur Rasul iaitu ketika kelahiran Nabi Muhammad. Sebagai bapa saudara dia sangat gembira pada ketika itu bila dia mendapat tahu anak saudaranya lahir dan telah memberi makan kepada penduduk di Makkah. Walaupun hanya sekali itu je, namun dia diberi nikmat sebegitu. Itulah antara kelebihan menyambut Maulidur Rasul. Subhanaallah..

Banyak lagi kisah-kisah yang diceritakan oleh Ustaz Fairuz ni, memang tak rugi kita sambut Maulud ni. Banyak manfaatnya…

Teringat pula perbualan abang dengan anaknya,

     Abang: Esok Birthday Rasulullah.
     Alisya: Ow..kita kena nyanyi hepi burhtday lah ea?
    Abang: Eh..tak. Tu namanya selawat.

mila yang dengar ni hanya mampu tersenyum je :) 

Friday 25 January 2013

botol perfume yang COMEL!


Firstly, nak ucap terima kasih kepada Nor Afifah Borhan a.k.a. Pipah Ping Pong yang sudi bertandang ke rumah miLa selama 3 hari 2 malam.  miLa kenal pipah ni masa join rowing. Dan dia antara my bestie!  Hm..memandangkan ini kali pertama dia menjejakkan kaki kat Kluang ni so, it’s a time untuk tunjukkan betapa menariknya Bandar Kluang ni…

“Waa..maju jugak Kluang ni. Aku ingat pekan kecil je”

Silap besar lah, Kluang ni ada macam-macam taw. Huhu.. Tapi, mila cuma sempat bawak pipah ke Kluang Mall dengan Gunung Lambak je.

Sebenarnya plan awal nak naik sampai puncak. Hmm..tapi disebabkan faktor cuaca yang selalu sangat hujan kebelakangan ni kami batalkan niat kami yang suci murni tu. So..tak tercapai lagi impian miLa naik sampai atas tu. L

Owh..dah jauh menyimpang ni. Huhu.. Ok, berbalik kisah botol minyak wangi. Yelah..dah pergi tempat orang mestilah nak beli ole-ole kan. Jalan punya jalan, ada sesuatu ni yang menarik perhatian bukan sahaja pipah tapi mila pun. Comel nyerr..huhu..




Nampak tak basikal dengan jam tu??huhu.. Unik! Meh, zoom sikit...




Ok, kepada sesiapa yang berminat kalau nak beli boleh la pergi mana-mana cawangan Kawaii Perfume. huhu.. (sejak bila jadi promoter ni)



Pilihan hati, comel kan?


Meh layan jap gambar miss Perak sorang ni J

blog sejuk :) hehe


sori, camera murah..huhu

Hmm..selama dua tahun mila kenal dengan Pipah ni tak tahu pulak yang cik kak ni gayat. Huhu..



muka cover gayat!








Thursday 24 January 2013

Jericho Rosales Malaysia


Almaklum bila dah kat rumah ni kompem semua rancangan tv akan cuba dibolot. Huhu.. Walaupun kadang-kadang kena jugak berebut dengan mak miLa yang gila bola tu..hehe

So, malam tadi takde match bola Liga Super, so dapatlah tengok tv! Tadi melayan Ruby dalam slot samarinda. Tiba-tiba ternganga kejap.. eh, Jericho Rosales berlakon cerita ni???


Haha..sesiapa yang sezaman dengan miLa mesti layan cerita  ni kan? Pangako Sayo dengan Sanay Wala Nang Wakas dan mesti kenal siapa Jericho Rosales…

poket uncle google :)

Siapakah gerangan dia? Sanggup tunggu sampai cerita tu habis semata-mata nak tawu nama dia.. haha.. Bila tiba keluar list nama-nama pelakon, jumpalah Syukri Yahaya.... Dan mulalah misi pencarian dalam poket uncle google, dan jumpalah beberapa keping gambar dia. 

sama tak?

yang ni???

sama kan????


p/s: sedang mencari di google, tiba-tiba jumpa entry tajuknya JERICHO ROSALES malaysia..opsss...tersama lak. hehe :)


Awesome Photo Contest by Shadhira


"miLa book of records: Contest blog pertama miLa join"

Congrats to blogger Shadhira sebab berjaya merobohkan tembok besar China miLa yang tak pernah join mana-mana contest before ni! Kalau nak tahu ni first contest Shadira taw..hmm..Awesome!

Tak tahulah kenapa miLa tertarik sangat untuk join “Awesome Photo Contest by Shadhira” ni. Padahal sebelum ni memang tak pernah ambil pusing langsung untuk join mana-mana contest. Nampak tak betapa menariknya contest ni?? (bukan nak jadi kipas atau pun air-cond, serious ikhlas puji ni..huhu)

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah singgah dan klik sini. Moh ramai-ramai memeriahkannya..... :) Ada hadiah yang.... Awesome menanti anda!



Maaflah first time ni join contest, so excited nak buat entry ni. huhu.. Ok..gambar yang mila nak pertaruhkan dalam gelanggang Awesome ini ialah...




Tapi....special untuk contest ni miLa edit dan hasil nya.......dengan lafaz bismillah......



Chopp Shahdhira! Nak tumpang kejap ea,

Kepada Najiha dan Nisha, mungkin gambar ni tak cukup untuk interpret betapa infinity nya nilai persahabatan kita bertiga. Semoga korang berdua berjaya dalam Latihan Mengajar. Jumpa September nanti :)

“Like a puzzle we complete each other..”



sOoooooo....apa tunggu lagi??  Ertikan friendship korang dengan join contest ni! klik..klik...klik.... kat sini!

miLa nak tag:

fara





Tuesday 22 January 2013

Resipi ayam goreng ala KFC...



Tak pandai masak takpe janji rajin masak..hehe. Ok, miLa nak share satu resipi. Siapa je yang tak suka makan ayam KFC, semua suka kan. Betul tak? Tapi kalau hari-hari nak pi beli kat KFC bankrup lah jawabnya bapak miLa. huhu. So, haritu men'google' la cari resipinya. Jumpa kat blog Dari dapur Madihaa. Klik sini.

So, miLa try lah buat. Hasilnya?? amazing! Start dari haritu, ada je orang dalam rumah ni yang request ayam goreng ala KCF tu.


Tapi, selepas beberapa kali miLa buat adalah sedikit renovate kat resipi tu. Kalau nak yang asal boleh rujuk kat blog Dapur Madihaa ye. Link nya miLa dah bagi kat atas tadi.

Bahan perapan:
   bawang putih, lada hitam, garam, serbuk perisa (ajinomoto), serbuk cili

serbuk cili

Untuk jumlah bawang putih, boleh letak ikut jumlah ketul ayam. 1 ketul ayam = 1biji bawang putih. Kalau nak buat yang spicy letak serbuk cili ye.


Cara-cara
1)tumbuk bawang putih dan lada hitam.
2)gaulkan dengan ayam
3)letak sedikit garam, ajinomoto dan serbuk cili
4)perap sekurang-kurangnya 1 jam (lagi lama lagi sedap)

Bahan-bahan untuk tepung:
   tepung beras, tepung jagung, garam, serbuk perisa

Cara-cara:
  1) Campurkan tepung beras dan tepung jagung dengan nisbah 1:1 (sama banyak)
    2)  Letak garam dan sebuk perisa


Selepas beberapa jam:
Celup dengan telur dan salutkan dengan bahan-bahan tepung tadi kemudian goreng.

Kalau boleh nak makan baru goreng ye. Makan panas-panas.huhu.. Dan misalan kalau takde telur atau tepung jagung atau tepung beras, terus goreng dengan tepung gandum biasa pun boleh. Hasilnya tetap sedap! Tapi tak jadi ayam goreng ala KFC la. hehe

Selamat Mencuba!


The next pembuang bayi...


Tiba-tiba teringat kura-kura kat blok asrama. Apalah nasib dia sekarang ni. Makan ke tak. Air dalam akuarium bersih ke tak. Siapa lah yang tengok-tengok kan dia kat sana? Ingatkan tuan dia saje nak letak kejap je kat pantry blok, ni dah nak masuk 2 minggu kat situ.




Tak tahu lah nak gelar tuan dia apa. Tapi boleh dikatakan dia dah berdiri sebaris dengan pembuang bayi. Yelah, sekarang ni dah berjinak-jinak buang kura-kura. Tak mustahil suatu hari nanti dia akan tergamak buang bayi. Kalau dia buang karpet ke kasut ke cawan ke tak kisahlah, sebab tu benda tak bernyawa. Rasanya dia kena masuk balik darjah satu agaknya. Belajar untuk kenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup! Huh..saba miLa..

Walaupun probability untuk tuan kura-kura ni jumpa entry ni 1 per 6437201981716151188769, miLa tak kesah. Tak kiralah sapa-sapa, please... tolonglah sediakan ruang sikit dalam hati tu benda ni " SIMPATI "......



Sampai hatinya dia tinggalkan kura-kura tu kat blok yang tengah kosong sebab semua balik cuti semester tu. Memanglah dia dah siap letak kan bekalan makanan kat tepi balang akuarium tu. Tapi tetap tak bertanggungjawab.

Dalam hati think positive je maybe tuan dia balik cuti semester susah nak bawak balik so dia tinggalkan je kat blok. Tapi letak lah notis apa-apa kat tepi akuarium tu. Nak je amek bawak balik rumah, tapi kang tak pasal-pasal dapat title pencuri pulak nanti.



Bila dah takde barulah...... =)


Harini masuk hari kelima kat rumah. Mood? Mesti la happy! Tapi dalam manis ni ada pahitnya. Biasa lah kita ni, bila dah takde barulah rasa kehilangan. Eh, kejap.. jangan salah faham. Huhu.. miLa rindu yang kat bawah ni..


pembuli utama!


presiden yang kejam!

Dua makhluk yang paling miLa rindu saat ni. Disebabkan semua akan pergi latihan mengajar, so dapat jumpa semula naik semester depan pada bulan September. September?? Lamanya…. So, preparation untuk melepaskan rindu kami buat account nih…

skype!

Ketinggalan zaman sangat. Hehe.. Siapa yang sekaki dengan miLa boleh lah buat ye. Ni miLa tinggalkan link untuk sign up skype, klik sini. Kalau nak facebook ke, twitter ke kita tak perlu download apa-apa kan? Tapi skype ni kena download application dia. Tapi tak berat mana pun. Untuk download skype untuk windows klik sini. Download yang free tu ea.







Sunday 20 January 2013

home sweet home~


Home sweet home~ huhu.. Selepas 2 minggu berperang dengan paper final, tiba masa yang di tunggu-tunggu. Alhamdulillah nikmatnya duduk rumah…hehe. Terpaksa bajet cool padahal risau giler nak check result. Ya Allah, lembutkan lah hati lecturer2 yang tanda paper tu semua. Aminn~

Sebenarnya nak ucap thanks kat sorang blogger ni.. Klik kalau nak singgah, sini travelog sang hamba,  Sebab apa? sebab ni…..

hasil curi dari blog tu :)

Hehe..masa study week tu rasa banyak sangat syaitan bergayut kat kelopak mata ni. So, salah satu cara selain kena letak batang mancis kat mata, miLa buat ni…

siapa lah yang tulis ni? tak kreatif langsung..huhu

Yup..copy dan tampal kat board. Kononnya untuk motivate diri. Membantu jugak taw. So, setiap kali bangun tidur akan nampak benda tu..huhu.. 

Blog tu antara blog yang miLa suka baca. Walaupun tulisan entry dia hitam putih je, tapi ayat dia menyengat. So, 
“Don’t judge a blog by it’s colour” 

Huhu.. Setiap kali ending entry mesti dia akan selitkan something. Seronok baca J


p/s: harap-harap tuan blog tu tak pasan entry ni..lari-lari..malu~



Friday 18 January 2013

Bagai sirih pulang ke gagang...


Haritu bukan main serabut kepala lagi nak pilih sekolah mana untuk Latihan Mengajar (LM). Bila list sekolah untuk permohonan LM keluar sangat berharap sekolah lama miLa turut tersenarai. Tapi takde L hmm..haritu ada mohon untuk LM kat Indonesia tapi takde rezeki jugak. Takpe, ada hikmah apa yang tertulis oleh Dia ni.

Bila result LM keluar miLa kena mengajar kat SMK Tun Hussein Onn, miLa rasa seronok sangat. Dalam fikiran ni dah terbayang-bayang dah kawasan sekolah tu…tup..tup.. Lecturer yang uruskan LM suruh miLa call dia. Dalam hati..dup..dap..dup..dap.. Ya Allah, harap-harap janganlah dia campak miLa kat sekolah lain. Bila dengar dia nak tukarkan miLa LM kat sekolah lain, hati ni da redha je. Ok apa pulak kali ni…

Last-last dia cakap, “Awak nak transfer ke Sekolah Tinggi Kluang tak?” whaaatttttt?????? Mesti la nakkkkkkkk…. Ya Allah..alhamdulillah sangat2x! itu sekolah lama miLa kut.



Apa yang asyik bermain di fikiran ni ialah apa perasaan miLa kalau kena mengajar kat kelas lama? hehe.. Yela..dulu student tapi sekarang masuk kelas tu sebagai cikgu! Hmm..apa perasan bila jumpa bekas-bekas cikgu? Ok! Tunggu 18/2 ni nanti ye miLa, semua tu akan terjawab!

p/s: Dalam gembira berdebar jugak rasa. Ya Allah, harap-harap dipermudahkan segalannya.

Saturday 12 January 2013

Senangnya jadi lelaki kan?


Bila singgah solat kat mana-mana mesti jemaah lelaki yang akan keluar masjid dulu. Perempuan mesti akan lambat. Yelah..perempuan kan pakai telekung. Kena lipat telekung dulu. Pernah tercakap,

“Untung jadi lelaki..senang kan? Tak payah pakai telekung. Ambil wudhu’ terus boleh solat.”

Tapi, bila di renung semula, ada ke ayat al-Quran yang suruh perempuan wajib pakai telekung untuk bersolat? TIADA…..

Ya Allah…tiba-tiba termakan dengan ayat sendiri. Sebenarnya aku yang tak tutup aurat. Kalau aku tutup aurat, aku pun boleh jadi macam kaum lelaki, berwudhu’ dan terus solat.


Jadi……..selagi aku masih bertelekung, itu maknanya auratku belum ditutup dengan sempurna lagi…… =(




“Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap sembahyang…..”
-Al-A’raaf ayat 31-

Di dalam ayat ini Allah S.W.T menyuruh kita supaya kita memakai perhiasan (pakaian yang baik dan bersih) tatkala hendak sembahyang, supaya sesuai dengan menyembah Allah Yang Maha Besar.

Menurut ulama, suruhan ini adalah wajib, yakni memakai pakaian perhiasan yang patut dan sederhana, mengikut adat setempat, ketika hendak mendirikan sembahyang. Tetapi, menurut ulama, HANYA WAJIB SEKADAR MENUTUP AURAT SAHAJA.

“Wahai anak Adam, sesungguhnya telah Kami turunkan pakaian kepadamu untuk menutupi auratmu, begitu juga pakaian perhiasan. Tetapi pakaian takwa yang terbaik……”
-Al-A’raaf ayat 26-


“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh badannya. Hal itu lebih mudah untuk mengenal mereka, sehingga mereka tidak diganggu (disakiti oleh orang jahat). Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”
-Al-Ahzab ayat 59-



p/s: Pakai pakaian solat…yang ni memang masih jauh lagi perjalanannya. Tapi, Insyaallah….sikit-sikit ye miLa!

Tuesday 8 January 2013

jom belajar bahasa!


Sejak dua menjak ni tak tahulah kenapa miLa teringin sangat untuk belajar bahasa-bahasa lain. Terutamanya bahasa Arab dan Mandarin. Kalau kat u ni memang banyak kelas bahasa. Cuma nak atau taknak je (malas sebenarnya).

Tapi dalam hati ni terlintas gak..

“bahasa Inggeris yang dah 15 tahun belajar tak fasih-fasih lagi, ada hati nak belajar bahasa lain”

Sebenarnya bukan masa yang menentukan segalanya, tapi kalau kita selalu gunakannya insyaallah prosesnya akan lebih mudah. Cuba bayangkan macam mana kita boleh fasih berbahasa Melayu walaupun masa kita baby kita tak pernah pun masuk kelas bahasa Melayu secara formal. Iye..memang bahasa Melayu mother tongue kita. Tapi, apa kuncinya? Sebab kita amalkan nya hari-hari… Alah bisa tegal biasa =)

Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, hm…baru ni berkenalan dengan seorang blogger, fara namanya. Adik fara ada buat segmen jom belaja! Nak belajar bahasa mandarin? Meh singgah dan klik sini.

jom belaja :)


Buat masa ni adik fara ni baru buat tiga entry. Warna, nombor dan terbaru semalam dia ajar ‘xingqi’! Nak tahu xinqi tu apa,  sudi-sudikanlah tarik cursos anda dan klik link kat atas tu =)

Menarik dan mudah untuk difahami. Tak rugi kalau kita berilmu kan??? Kepada adik fara, teruskan ye..kak miLa akan jadi anak murid setiamu.. jazakillahu khoir =)

p/s: masih mencari blog yang mengajar bahasa arab…

Monday 7 January 2013

my 1st dunkin donut!


Mengikut pada masa yang tercatat pada gambar di fon, pada lebih kurang pada 11:46 pagi pada 6/1/2013 satu sejarah telah tercatat. Tadaaa.. dunkin donut pertama miLa! (ini pun nak cerita kan?ish2..)


yummy...


rambang mata nak pilih... 


Buy 5 free 1..


Mesti ramai yang tanya? serious??? yes! Hehe..  almaklum tekak Jawa, maka makanan yang serupa ini tak dibeli sangat. Tapi, kalau orang bagi…..hehe..makan jek. :p Kira ni first time makan dunkin donut guna duit sendiri. Emmmm..eh..tak jugak la rasa nyer. Sebab ni duit dari abah! Ala…okay tarik balik sejarah tu L        

p/s: alhamdulillah...rezeki mencurah, berat badan pun bertambah :)

Sunday 6 January 2013

Bukit Jepun vs. Jalan Mahmodiah...???


Masih dalam topik minggu exam lagi… Terima kasih kepada parents Nisha yang sentiasa memahami kami bertiga yang sedang ke’tension’nan dalam UTM ni. Huhu..Diorang bawak kitorang pi makan kat Bukit Jepun petang Jumaat yang lepas.

Mula-mula dengar tu, ha..ade ea nama tempat Bukit Jepun kat JB ni? huhu.. Ish2..nama je anak johor. Wat malu je tak tahu..hehe.. Tak tahulah nak cakap kat area mana. Yang penting lalu kat Danga Bay. 

Hmm..kat mana Bukit Jepun ni?


Lalu Danga Bay


Pastu masuk simpang kat dataran bandaraya JB. Naik turun bukit lalu kat rumah2 mewah. Tiba-tiba, tadaaaa..dah sampai!


Restoran ZZ, Bukit Jepun


La…..kat sini ke? Haha.. famili miLa cakap ni Jalan Mahmodiah (ejaan pakai taram). Ini kali kedua miLa ke sini, sebelum ni pernah datang dengan famili miLa. Kononnya 'mee rebus tulang' kat sini sedap giler tahap gaban (ayat abang). Fuhhhh…memang sedap pun…..! Tak boleh lupa kenangan sedut sum-sum tulang guna straw. Tapi takde gambarnya pulak.. Sori….hehe


Mekaseh 'pak cik din' n 'cik mas'!

slurppp...sedapnye...

muke release tension..hehe


Alhamdulillah..lepas jugak kepinginan hati nak makan nasi goreng USA. (selera pelik) Sebab sebelum ni banyak kali gak nak order kat tempat lain, tapi asyik takde je. Bila nampak kat menu kat sini, hmm..apalagi.. nasi goreng USA satu! J Sambil makan tiba-tiba teringat kat abah (kat mak jugak..hehe). Sebab abah sangat suka makan mee rebus tulang kat sini. Takpe2, lain kali saya datang dengan abah pulak ea =)


jem kaya =)

On the way balik tu masyaallah jalan jem lah pulak. Dari kawasan Tampoi sampai lah Skudai. Hmm…so kalau nak balik kat Sri Putri jangan beli tiket bas area pukul 5-6.30 petang. Kompem lama kena tunggu. Maybe sebab timing tu orang balik kerja kut. Tengah jem2 ni, hm…berangan tengok kereta sebelah2. Hehe… Insyaallah..satu hari nanti….


BMW bersiri-siri..huhu


Oke da tak tension! Jom sambung study! hehe..


p/s: Balik dari sini, ada try m'google' cari map Bukit Jepun. Hm..takde pulak. =(


po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...