Followers

Friday, 13 April 2012

itu duLu....

Kalau rakan-rakan yang lain seronok bercuti di rumah, lain pula dengan mila. Macam biasa tiap kali cuti mesti ada event rowing. Kalau tak game, mesti ada training. Cuti mid-sem kali ni ada MASUM rowing&kayak 2012. Tapi itu dulu, lain pulak sekarang ni. Sedihnya sekarang still  join MASUM tapi bukan sebagai atlet. 

tapi itu dulu...sekarang kena bertugas dalam tower je=(


Selepas 3 hari bertugas, harini baru rasa terasa sedihnya...serius..sangat sedih...

kalau dulu mila ada dalam bot tu, tapi sekarang hanya mampu tengok dari tower je =(


kalau dulu sama-sama tarik ergo, tapi sekarang cuma dapat tengok kawan-kawan tarik ergo dari tower je =(

kalau dulu sama-sama sorak kat tebing ni, tapi sekarang ni nak sorak kat dalam tower pun dah tak boleh =(

Tarik diri dari masum kali ni antara dilema yang paling berat sekali..hati kata mahu tapi....entahlah..mungkin ini yang terbaik kot..huhu..gudluck utm rowers!

Sunday, 8 April 2012

Saya dah beli telur...



Time bosan-bosan cuti ni, semua kenangan teringat semula. Bila teringat tu tersenyum lah sorang-sorang. Dalam banyak-banyak tu ada satu kisah yang paling takleh dilupakan. Aish...macam ni pun ada ker??

 Kisah benar ini berlaku ketika mila berada di Kolej Siswa Jaya (KSJ), UTM International Campus KL. Kat luar pagar KSJ ni ada gerai jual burger. Ada satu malam ni, kawan mila ajak pergi beli burger benjo. Disebabkan perasaan kesian kat kawan yang mengidam sangat-sangat benjo tu so mila merelakan hati lah temankan. Betapa sukanya dia bila nampak lampu gerai burger tu menyala lagi. Almaklum dah pukul sepuluh masa tu. Sahabat ni pun bukan main semangat lagi meng’order’. 


‘Bang, benjo satu’ 

‘Telur dah habis. Daging dengan ayam ada la.’ 

‘Saya nak benjo. Saya tak nak yang lain. Hmm..takpelah.’ 


Muka dia masa tu jangan cakaplah. Memang hampa giler. Belakang ksj ni pulak ada flat desa rejang. Sahabat ni melangkah ke flat pulak. Mila follow jelah. Ingat nak ke mana rupanya nak ke kedai runcit. Sampai je kat kedai runcit tu… 

‘Pak cik ada jual telur tak?’ 

‘Ada, nak berapa biji?’ 

Sambil tersenyum sahabat mila ni tunjuk 1 Malaysia kat pak cik tu. 

Tercengang mila dengar. Siyes?? Biar betul dia ni… takkan dia nak….....mila hanya mampu menggelengkan kepala je. Nekad betul budak ni nak makan benjo...ish..ish..

Pak cik gerai tu pun tercengang. 

‘Sebiji je dik? Nak wat apa ni?’ 

Sahabat mila hanya senyum je. Rilex giler muka dia masa bayar tu. Mila dah malu dah. Dapat je telur tu dia terus lari. Lari sambil menjinjing telur sebiji pergi ke gerai burger! Melintas jalan pun main redah je. Lagi sikit nak kena langgar. 

‘Bang, saya dah beli telur!’ 

Hahaha..nampak lah muka abang burger tu speechless. Dia tenung kawan mila macam nak tertembus dah. Slow-slow dia amek telur kat tangan kawan mila dan buatkan burger benjo. 


Start tu, tiap kali ternampak burger benjo je mesti nak tergelak. Tak dapat nak lupakan tyme dia lari-lari bawa telur sebiji =)



*moral of story: nak seribu daya..tak nak seribu dalih….. =)



po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...