Powered By Blogger

Followers

Wednesday 30 November 2011

IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSEL



PERTAMA :

Pensel ini mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya.

*Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidup kita iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA :

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Dan kita akan mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.

*Begitu juga akan berlaku dalam hidup kita. Kita mestilah berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri kita menjadi lebih baik.

KETIGA :

Pensel ini mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.

* Sentiasalah kita memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

KEEMPAT :

Luar atau isi pensel yang lebih penting? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya.

* Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA :

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.

*Begitu juga kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Jadi, bijak dan berhati-hatilah dalam bertindak.

-solusi isu no.35-

Tuesday 29 November 2011

PATAH SERIBU...

 Tajuk Lirik Lagu: Patah Seribu
Artis: Shila Amzah


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku









Sunday 27 November 2011

a + b + c !!

Sudah lama rasa nya tak post apa-apa kat sini. Walaupun memang tahu takde siapa pun yang nak baca. Tapi saya nak post gak! haha.. Syok sendiri la kata kan.

Okay.. saya nak share dengan semua tempat paling best (antara yang terbest pernah jumpe) a+b+c. AIR BATU CAMPUR! Kalau anda berada di area skudai, tak rugi rasa nye kalau berhenti sebentar di Greenjade Republic yang terletak di Medan Selera Jalan Kebudayaan 8 Taman Universiti. Medan selera ni dekat dengan jusco taman u. Kedai ni terletak di penjuru medan selera.


      view dari depan medan selera taman u

Macam2 ada kat situ. Mee kari dia pun kaww gak. Tapi kalau tak nak makan berat2, dekat situ ada gak orang jual goreng2. Goren pisang, kopok lekor (betul ke eja dia macam ni..=p), ubi ketuk dan lain2 lagi.

Berbalik cerita pasal abc. Mungkin ada yang kata 'ala..biasa je abc ni'. Tapi bagi saya rasa dia memang best! Terbaekk wokk! huhu.. 

     coklat dia sangat..sangat..sangat sedap!

harga : rm3 semangkuk (tapi puas hati)

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...