Powered By Blogger

Followers

Wednesday 31 October 2012

masa selalu jelous dengan saya!


Assalamualaikum….Hmm…berkepuk-kepuk rasanya dah habuk kat blog ni. Lama benar rasanya tak update entry baru. Ya Allah, sejak dua menjak ni sangat-sangatlah busy. Nak pulak seminggu tak masuk kelas (sibuk dengan game rowing), balik-balik tu assignment dan test pulak menunggu. Dengan wifi yang tak berapa nak bagi kerjasama sangat, so payahlah sikit nak online.

Tiba-tiba teringat kat geng blogger lain yang rajin giler mengupdate entry baru. Hari-hari pulak tu. Rajin nyerrrr kowang…huhu

Ok..tukar topik! huhu..Alhamdulillah dah habis game rowing. Kali ini pulang dengan 2 pingat. Satu perak untuk Sukan IPT. Dan gangsa untuk VBR (Varsity Boat Race). Dua-dua ni dalam event lightweight coxless four.

                                      bukan main tunduk lagi miLa =)

Dapatlah kenangan berlawan dengan orang yang berlainan warna kulit. Tapi disebabkan training kitorang bawah sinaran matahari yang bersinar-sinar tu, rasanya dah takde beza warna kulit kitorang dengan dak Colombo tu.Huhu.. Final VBR tu kitorang (UTM) berlawan dengan UOC (University of Colombo), UPI (Universitas Pendidikan Indonesia), CUHK (Chinese University Hong Kong), PKS (Malaysia) dan UTHM. Kira saingan sangatlah sengit, tapi alhamdulillah rezeki menyelebahi kami dan dapatlah no. 3(gangsa). Hehe..syukur sangat!

Sayang rasanya nak tinggalkan dunia rowing. Kalau ikutkan VBR ni mungkin game rowing yang terakhir. Sebab next game bulan April tahun depan, masa tu miLa sedang menjalani latihan mengajar(LM). Sedih pulak rasa.

p/s: banyak gambar lagi nak share. tapi tak sempat pulak nak upload.. =(

Sunday 14 October 2012

rowing + mak abah + sahabat = i'm happy!

Assalamualaikum semua...
Banyak sangat benda yang miLa nak cerita, tapi....masa tidak mengizinkan. Ini pun sempat-sempat kan je. So, sudi-sudi kanlah membaca entry yang telah di'SARDIN'kan ni..hehe

Pertama, row..row..row your boat~
hmm..minggu yang sangat mendebarkan dan menyesakkan dada..huhu. Sampai minggu depan miLa sibuk dengan pertandingan rowing. Ha..amekaw 3 sekaligus, Head of Putrajaya (HOP), Sukan IPT (SUKIPT) dan Varsity Boat Race (VBR). Sangat berharap kemenangan akan berpihak kepada UTM Rowing Team. Amin.. Insyaallah..

Rowing tu apa? Aish.penat dah nak explain setiap kali orang tanya..Google search ye..huhu.. Tapi, yang penting...rowing dan kayak adalah 2 sukan yang berbeza. TAK SAMA OK!

                                                                            ROWING ≠ KAYAK

                                   boat rowing women 8+ 


Kedua, happy anniversary kepada mak ayah miLa yang ke-26 tahun.
Semoga berkekalan sehingga ke syurga Firdausi. Terima kasih kerana sentiasa menjadi ibu dan ayah yang terbaik kepada kami semua.

                                                            luv u!


Ketiga,
Terima kasih sangat-sangat kepada Siti Anisha a.k.a Nisha sebab….belikan senyap-senyap untuk kitorang benda ni..hehe.. 


                                             


Tingkyu, Nisha! Meh singgah kat blog dia (promote2..hehe)
                     
                     

Monday 8 October 2012

Today is the day!



Sepatutnya entry ni mila post pada harinya tapi disebabkan sibuk dengan latihan rowing. So..terlambatlah sikit.

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi 6 Oktober genap 21 tahun miLa di bumi Allah ni. Terima kasih kepada semua yang wish. Tak kiralah kat facebook ataupun mesej. Tq sangat2!

“miLa tak perlukan semahal-mahalnya hadiah dan secantik-cantiknya kad ucapan,
cukuplah sekadar doa dan ingatan……”

Doakanlah agar miLa terus melangkah mengecapi kejayaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Aminn….

     Kepada ahli keluarga,
     Setiap saat bersama kamu semua menjadi kenangan yang terindah buat
     miLa….

     Kepada kawan-kawan,
     Setiap saat bersama kamu semua merupakan nikmat yang tidak terhingga  
     dianugerahkan kepada miLa…

Mungkin diri ini banyak khilaf dan silapnya, maafkan lah ye… =p

                                             from UTM rowing bighappy family





Thursday 4 October 2012

kerana sepucuk surat....

Dah seminggu rasanya tak update apa-apa. Biasalah, time2 gini assignment dah mula nak membukit. Bak kata Astro "MACAM-MACAM ADA". Huhu.. Yang paling berat bila assignment yang kena survey pergi sekolah. Procedurenya nampak macam mudah.. Pakai mulut memang lah mudah.huhu..Tapi bila nak buat. Aduh..banyaknya mengeluh.

Selalunya kena pergi fakulti dulu, minta buat surat kebenaran untuk kajian luar. Then, bila surat dah keluar kena dapatkan surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pulak. Dah sampai sekolah kalau tak ada 'cable' kenalah duk menghadap pengetua pulak.

                                               Surat kebenaran Menjalankan kajian

Dan kerana sekeping surat dari JPN tulah membuatkan miLa rasa lepas ni kalau nak pi isi minyak nak selubung satu badan. Tutup muka. Nak tinggal kan mata je. Itupun rasa nak pasang kain net kat area mata. Hehe.. Nak tahu sebab apa?

miLa dengan seorang kawan ke sana naik motor je. Masa nak isi minyak tu, dah siap bayar kat cashier dah, tapi bila nak buka seat tak tahu kat mana.. haha.. mana lubang kunci seat ni?? Ahhh..sudah.. Nak telefon tuan empunya motor dia tengah berkawad pulak. Telefon member yang pernah pinjam motor ni pun dia kata tak tahu.

Aish..sitkom lawak komedi apa pulak yang aku buat ni? Malunya………! Kebetulan ada sorang abang ni tengah isi minyak kat sebelah. Dengan berlapiskan 'tembok besar china' di muka, miLa mintak tolong gak kat dia. Haha.. Free2 kena gelak..huhu

Ala.. 2x5.. abang tu pun tak tahu. Gelak kan semula kat dia. Hehe.. Adalah dalam 15 minit kitorang mengodeh. Tak boleh gak! At last, abang tu suruh mintak duit kat cashier semula. Cover line cakap seat tak boleh nak bukak. Padahal………..tak tahu nak bukak pun!


Thanks motor..anda berjaya malukan saya =p



So, moral of the story...tanya2 lah apa2 yang patut kat tuan punya motor before nak pinjam motor tu..huhu..

p/s: Dalam masa abang tu godeh2 kunci terperasan jari abang tu penuh  dengan inai. Waa..pengantin baru rupanya…..

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...