Powered By Blogger

Followers

Sunday 30 December 2012

dia datang lagi...


Final semester miLa tahun depan, hmmm…bunyi tahun depan tu macam lama sangat je. Padahal, lagi 3 4 hari lagi ni. Tapi Alhamdulillah, semester ni paling sikit final paper. Cuma ada lima je, gap tarikh yang ada tu boleh lah nak gune untuk last minit punya study. hihi.. macam biasa la kan ~

      3/1   : basic electronics
      6/1   : kaedah penyelidikan dalam pendidikan
      10/1 : telekomunikasi dan rangkaian
      11/1 : real analysis
      15/1 :  theory set and logics

5 paper je pun..tapi satu subjek 3 jam kredit. uhh...tawakal je ni. Doakan ye :)

Time study week ni dapatlah balik rumah walaupun hanya 2 hari 1 malam. Dapatlah nak lepaskan rindu dengan mak, abah, abang, kakak tak lupa jugak untuk kucing-kucing kat rumah tu.

Dulu selalu dengar ada kawan merungut tak nak boleh study kat rumah sebab adik-adik kacau, lain pulak miLa yang takde adik ni. Kucing pulak yang mengacau. Ayoo……

dah bagi makan pun kacau lagi..ish..........

Tak berapa lama kemudian.........

Ini sudah lebih!!!


p/s: gud luck pada teman-teman yang bakal menghadapi final sem! Jangan stress2 , jangan tension2 ye....


                                                       

Wednesday 26 December 2012

Shhhh..she’s my friend!


Masih terngiang-ngiang lagi gelak tawa dia dan merdu suaranya zaman sekolah2 dulu. Suara dia memang tak dapat dinafikan lah memang power. Kalau kat sekolah dulu bab nyanyi ke, menari2 ke, ha…bagi la kat Noorhanida Saman. Sampai pernah miLa cakap kat dia, 


“Nanti dah besar mesti kau famous kan? Nanti masuk program realiti tv taw. Jangan risau, nanti aku vote kau”

 haha..sampai macam tu sekali.

Dari sekolah rendah hinggalah masuk zaman universiti ni, mesti setempat. Pernah terpisah kejap waktu tingkatan 4 sampai 5 dia kat alor gajah miLa lak kat muar. Kira nampak lah perkembangan diri dia. Sentiasa famous dan bertambah cantik. Hehe.. Bila dia (facebook, blog) tegur miLa kat mana-mana, mesti ramai yang tanya. Eh, dia tu kawan kau ke? Hehe.. dengan senyuman meleret I’ll say yes! She’s my friend…..

Kalau kat UTM ni siapa yang tak kenal dia dengan seorang lagi Abdul Muttaleeb. Couple yang sama cantik dan sama padan. Okay, miLa doakan korang berdua kekal hingga ke akhir hayat ye. Kahwin jangan lupa jemput taw!




Dan baru-baru ni jejaka hatinya memenangi anugerah New Media NOVA Anugerah Planet Muzik (APM) 2012. Ala..yang pakai kasut kuning tu. Hehe.. Meremang bulu roma ni bila dengar ucapan dia. Bangga bila dia sebut nama UTM. Congrats Akka Taleeb!

                                                         gambar seludup..hehe

Setiap kali dia buat show,keluar tv atau tengok video klip dia kat youtube miLa akan teringat semula kenangan dengan dia masa zaman sekolah dulu. 

gambar curi..hehe

Kepada Nida, saya budak yang awak selalu buli masa kat sekolah dulu! And this entry special for you. J


 p/s: kepada bakal zaujku,  tak perlu menang APM pun takpe. Cukuplah sekadar awak dapat  menangi hati kedua ibu bapa saya :)

Monday 24 December 2012

SMKTHO menungguku..


Assalamualaikum…alhamdulillah..walaupun tak sempat nak update entry baru, tapi sempat jugak la miLa balas follow2 dan ziarah blog-blog yang singgah di warkah nukilan dari hati miLa ni (poyo nye ayat J)huhu..

Sepanjang dua minggu ini, macam-macam yang dah jadi. Nantilah miLa update satu persatu. Insyaallah.. Bukan nak jadi Jonah atau apa cuma sekadar perkongsian pengalaman hidup..hehe..

Untuk entry kali ni, mila nak announce sekolah latihan mengajar (LM) miLa. Alhamdulillah dapat SMK Tun Hussein Onn, Kluang. Nak feeling2 LM tak boleh lagi sebab sekarang ni kena pasang mood study. miLa...study week dah start okay!


Kepada bakal anak murid ku, cikgu ni masih banyak lagi yang kurangya. But, I’ll try the best untuk awak semua! J

Saturday 15 December 2012

Jangan panggil saya nenek!



Alhamdulillah…bertambah lagi ahli baru dalam my bighappyfamily. Welcome Mohd. Iman Rizqullah! Semoga akhlakmu seindah namamu..Iman maksudnya iman. Rizqullah pulak 'rezeki dari Allah'. Nama dah sedap, tarikh lahir pun cantik..12/12/12. 

 Tok Cik nak panggil kamu ape ye? Iman? hmm...Rizqullah?


comel nye kamu =)

Percaya atau tidak Iman ni cucu akak miLa. So, secara automatik dia cucu mila jugak! Huhu.. Tapi..pliz iman..jangan panggil saya nenek ye. hehe..

Irsyad (my first cucu)

p/s: Boleh nak panggil nenek, tapi tunggu ye. Nak cari atok nye dulu..huhu =)



Thursday 29 November 2012

pilihan hatiku =)


Semester depan miLa dah kena latihan mengajar (LM) atau dalam kata lainnya praktikal. Kalau istilah course-course lain, LM tu sama macam Latihan Industri (LI). Makin dekat ni, makin berdebar pulak rasa. Yelah, nak kena mengajar anak orang ni. Ish..boleh ke tak miLa ni? Ya Allah, harap-harap segalanya dipermudahkan la. Aminn…

Hari ini permohonan untuk latihan mengajar (LM) dah dibuka. Dalam kepala miLa ni memang dah aim 2 3 sekolah, tapi semuanya dalam Kluang je la. Tapi bila bukak tu…alamak…semua yang miLa nak takde pulak. Ayoooyo…guane ni?

                                                        senarai pilihan sekolah

Lepas telefon mak dengan abah barulah rasa yakin sikit nak buat keputusan sendiri. Nak fikir lama-lama pun miLa rasa dah takde jalan lain. So, lastly inilah pilihan miLa…

                                                              pilihan hatiku =)

Kalau susah-susah pun dekat dengan rumah, so kalau jadi apa-apa takde lah nak gelabah cendol sangat (rosak bahasa..ish3). hehe.. Rumah dah tak payah fikir nak sewa kat mana, duduk rumah family jelah. Makan pun mak ada! Huhu..Harap-haraplah dapat dalam Kluang ni je ye…

Apa-apa pun yang terjadi nanti miLa terima dengan redha. Insyaallah, semua yang telah tertulis  ada hikmah disebalik ketentuanNya. Amin.....

p/s: Dua sahabat baik miLa dapat peluang LM kat Indonesia. Hmm.. jealousnya. Korang…jangan lupa miLa ye nanti  =(


Sunday 25 November 2012

wanita dan epal


Wanita itu ibarat epal,

Epal yang tidak berkualiti amat senang diperoleh kerana ia akan berguguran di tanah. 

Tapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. 

Susah dipetik, susah di gapai.

Kadang-kadang epal itu risau, 
 “Kenapa diriku belum dipetik?”

Lantas ia merendahkan martabatnya kerana tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.



Sunday 18 November 2012

"untukmu yang jauh di sana"


Bismillahirahmanirrahim...


Aku tak ingin terlalu banyak merangkai kata2 puitis untukmu terlebih dahulu, Aku hanya ingin menulis :



" Aku mencintaimu kerana Allah. Aku mencintaimu kerana Agama yang ada padamu. Jika engkau hilangkan Agama dalam dirimu maka hilanglah pula cintaku kepadamu."
~Imam Nawawi~

Sedikit pinta dariku..

Peliharalah Agamamu,
Rawatlah Imanmu,
Jagalah Lisanmu,
Muliakan akhlakmu,
Sirami kecintaanmu kepadaNya,
Dan pupuklah selalu ketakwaanmu kepadaNya.

Jika engkau selalu berpegang teguh pada Agamamu dengan sebaik-baiknya,perjalanan hidupmu akan menjadi baik pula...Dan insyaAllah engkau akan mendapatkan cintamu atas redhaNya.

Itu saja dulu..

Moga suatu waktu Allah mempertemukan kita bersama-sama merajut jalinan kasih yang diredhaiNya ..Aamiin..

Akhirnya salam santun selalu dariku..
Ku tunggu engkau di Gerbang Kehalalan..InsyaAllah ..




banana fruit 2 times =)

Hmm....apa lah miLa ni. Masuk kali ni dah dua kali tertinggal kunci dalam kereta. Yang first tu nasib baik kat rumah, so taklah risau sangat pun. Tapi harini.....Ya Allah, hikmah apa la yang Kau aturkan buat ku....

Dah lah sorang-sorang. Boleh pulak keluar kereta sehelai sepinggang tak bawak apa-apa. Baguslah..tengok kunci dengan handphone dari luar je ye miLa. Nasib baik bawak purse duit. Tapi.... tiba-tiba rasa duit bukan segala-galanya. Nak handphone!

Canggih betul zaman sekarang ni, baru perasan ketidakwujudan public phone.  Aah la..mana public phone dulu-dulu yang kat sini??? Takde dah?



Bentuk lebih kurang, kalau lah purse ni boleh bertukar jadi handphone. Jalan terakhir, terpaksa pinjam phone orang untuk telefon mak. 

Abah, jangan angkat ye...hehe (takut) Tapi, yang tak nak tulah jadi. So, awal-awal lagi dah surrender dengan abah:


 "Abah, marah saya kat rumah ye. Guna kredit orang ni. Tak boleh lama-lama."


Wednesday 14 November 2012

tetamu tak diundang


Sedap-sedap layan Adam Hawa tiba-tiba ada tetamu yang tak diundang. Bila masa dia panjat duduk kat situ pun tak tahulah....

                                                          Pak Tam

                                                     muka kelaparan =)

Saja je buat muka seposen dia. Hmmm..nak mintak makanlah tu..kejap ye Pak Tam. Dah nak habis dah ni. hehe


p/s: syok layan kemah keming UAI=)


Setelah beberapa purnama lamanya...


Bulan puasa yang lepas mengidam nak makan nasi kerabu. Rasanya sebelum ni pernah nampak kat bazar Kluang jual nasi kerabu. Sebab dah terpingin sangat so, mintak tolonglah akak belikan. Huh..bukan bersemangat lagi tunggu waktu berbuka. Tapi, tup..tup..akak balik cakap takde pun jual. Hmmm…hampa nya. Rasa sedih sangat-sangat masa tu.. nak nasi kerabuuu =(

Masa tu pulak cuti sem, kalau kat UTM dah lama dah pergi kat pasar malam Taman Teratai belakang UTM tu. Kalau tak pun pergi kafe Kolej 9. So, mengitung hari pulak bila nak balik UTM ni. 

Tapi bila dah sampai UTM sibuk memanjang lah pulak dengan rowing. So, terlupa lah sekejap pasal nasi kerabu tu. Bila dah teringat takde transport pulak. Gigit jari jelah.

Disebabkan dah sangat..sangat..sangat….nak makan, sebelum balik Kluang untuk cuti mid sem ni miLa lunaskan dulu hasrat di hati yang dah tertangguh setelah beberapa purnama lamanya. Tak kesah dah walaupun terpaksa merengek dengan 2 orang cikgu garang. (Cikgu Nisha n cikgu jiha)Hehe..

So, dapatlah……

                                                      RM4.50

Walaupun tak sesedap selalu tapi alhamdulillah dapat juga merasa akhirnya..hehhe


Monday 5 November 2012

terpikat vs. jatuh cinta


Fitrah bila lelaki atau wanita akan tertarik antara satu sama lain. Perasaan itu tidak boleh dipaksa atau terpaksa untuk hadir dalam diri setiap orang. Tapi pernah terfikir tak samada kita ni jatuh cinta atau hanya sekadar terpikat dengan keperibadian seseorang itu.



Bila kita jatuh cinta pada seseorang, sebenarnya kita sendiri tak tahu untuk jelaskan sebab apa kita boleh jatuh cinta dengan dia. Kalau orang tu cakap ‘aku jatuh cinta kat dia sebab dia sangat baik.’ Huh?? Itu terpikat bukan jatuh cinta namanya. Tapi... sebaiknya jatuh cintalah bila dia sudah halal buat kita. huhu..

Dan kalau boleh tukarkan terpikat tu dengan mengkagumi. Kagum takpe. Hehe. Tapi, janganlah over sangat. Biasa-biasa je ok! Tapi...kagumlah dengan Dia. Dialah pencipta kepada semua perkara yang anda kagum selama ini.=)

p/s: Ok miLa..jangan tulis je pandai. Jangan lupa buat ye =p

Sunday 4 November 2012

hujung minggu pertamaku!


Walaupun dah nak separuh sem tapi minggu ini merupakan hujung minggu pertama miLa kat UTM. Huh..leganya dapat relax-relax.

Aktiviti pertama, beriadah dengan miss Jiha. Dah lama tak jogging sama-sama ke Tasik Tropika, UTM. Nyaman nyer rasa. Tiba-tiba rasa UTM ni sangat cantik! Masa jog tu bukan setakat dikelilingi pokok-pokok je taw, siap jumpa dengan haiwan lagi. Tapi bila dah dekat dengan geng tu apa lagi melajukan speed lah. Giler nak jog slow-slow? Habis dikejarnya cik angsa tu. Huhu..

                                                            siap ada toilet lagi..

                                                            kanak-kanak..hehe=)

On the way balik jogging tu macam biasalah singgah dulu kat Aked Meranti untuk ambil breakfast. Hehe =p Apalah miLa ni…dah penat-penat jogging lepas tu pergi kutip balik lemak-lemak tu semula. huhu.. Takpe..orang kata kalau ambil breakfast takde effect sangat pun. Hmm..macam biasa ayat nak sedapkan hati..hehe

Aktiviti kedua, pergi rumah Nisha. Terima kasih sangat-sangat kat Nisha sekeluarga sebab menjemput kami untuk makan tengah hari kat rumah. Macam-macam lauk ada. Tingkyu Cik Mas! Rugi siapa yang tak datang..


kari ayam

hati dan pedal

ikan jacket

sayur

ulam!

sambal belacan =)

Cakap je makan tengah hari last-last sampai ke petang kat sana. Siap makan petang pulak. Huhu.. yang paling best, siap belajar buat kuih siput pulak tu. Hehe.. Alamak..malunya kantoi tak reti buat. Terasa loser giler masa tu. Tapi, nasib baik ada geng =p

gadis-gadis =p

try and  error...

macam-macam saiz ada..hehhe

Mak pun dah lama tak buat kuih tu masa raya. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, bila nak tolong buat kuih tu mesti mak tak kasi. Yelah, bukan tolong sangat pun nanti. Tolong bersepahkan je lebih. Hehe.. Ala..mak....kalau dulu mak kasi akak buat mesti akak dah pro kan buat siput tu..(perasan) =)

Aktiviti ketiga, sauna di bilik! Yeah…takde karen(elektrik)! Masa nilah boleh rasa sedap hati walau tak buat kerja apa-apa pun. Hehe..


Saturday 3 November 2012

JPO -> Jom pi outing!


Tadi nampak coursemate pergi sekolah untuk siapkan assignment Telekomunikasi dan Rangkaian. Dalam hati syukur sangat! 

Alhamdulillah…sebab awal-awal lagi kitorang dah siapkan. So, tinggal nak hantar report je minggu depan. Biasalah kan sebelum nak cuti-cuti ni, mesti banyak giler assignment yang perlu dihantar. 

Dan seperti biasa jugak, mesti buat kerja last minit. hehe.. Tapi kali ini baik sikit kut, sebab awal-awal lagi dah pergi buat survey. Kan Jiha n Nisha? Dapat pulak cable besar kat sekolah tu, hehe senyum besar jelah. =) Mekaseh my bro!

                                                   sk taman molek

                                            ada gaya cikgu tak? hehe

Dalam satu setengah jam, semua dah settle. Syukur je bila tengok jam masih awal lagi. Hmm..otak mulalah ligat berfikir next destination nak ke mana. Takkan dah nak balik terus u kut. Lagipun bukan selalu dapat keluar macam ni.huhu..

Perut pulak dah mula berirama gaya bebas. Maknanya kena pergi tempat yang ada tempat makan. Ala..semua tempat ada tempat makan. Tiba-tiba teringat budak-budak ni cerita ada sale kat Johor Premium Outlet (JPO).

                                            Johor Premium Outlet

Kebetulan cik Jiha pun belum pernah jejakkan kaki kat sana, so….hmm…memang ke sana lah jawabnya. Lagipun kat sana ada food court. Cuma..hehe..harganya pun boleh tahan jugalah. Sekali-sekala takpe=) Ayat nak sedapkan hati. Huhu

Tapi yang lawaknya bila sampai sana tak masuk satu kedai pun. Huh..apalah. Eh..betul lah! Kan tujuan asal nak makan. So masuk food court jelah. Pheuwww..pergi JPO semata-mata nak makan je???

                                                 food court JPO

                                                        se'eksklusif' harganya juga=)

                                            macam-macam ada..hehe

                                                  pilihan hati kami=)

                                                  yummy~ rm8.90

                                                                jom makan!

                                                   syg kamu! hik3

                                           last pic from me! =p
  

Wednesday 31 October 2012

masa selalu jelous dengan saya!


Assalamualaikum….Hmm…berkepuk-kepuk rasanya dah habuk kat blog ni. Lama benar rasanya tak update entry baru. Ya Allah, sejak dua menjak ni sangat-sangatlah busy. Nak pulak seminggu tak masuk kelas (sibuk dengan game rowing), balik-balik tu assignment dan test pulak menunggu. Dengan wifi yang tak berapa nak bagi kerjasama sangat, so payahlah sikit nak online.

Tiba-tiba teringat kat geng blogger lain yang rajin giler mengupdate entry baru. Hari-hari pulak tu. Rajin nyerrrr kowang…huhu

Ok..tukar topik! huhu..Alhamdulillah dah habis game rowing. Kali ini pulang dengan 2 pingat. Satu perak untuk Sukan IPT. Dan gangsa untuk VBR (Varsity Boat Race). Dua-dua ni dalam event lightweight coxless four.

                                      bukan main tunduk lagi miLa =)

Dapatlah kenangan berlawan dengan orang yang berlainan warna kulit. Tapi disebabkan training kitorang bawah sinaran matahari yang bersinar-sinar tu, rasanya dah takde beza warna kulit kitorang dengan dak Colombo tu.Huhu.. Final VBR tu kitorang (UTM) berlawan dengan UOC (University of Colombo), UPI (Universitas Pendidikan Indonesia), CUHK (Chinese University Hong Kong), PKS (Malaysia) dan UTHM. Kira saingan sangatlah sengit, tapi alhamdulillah rezeki menyelebahi kami dan dapatlah no. 3(gangsa). Hehe..syukur sangat!

Sayang rasanya nak tinggalkan dunia rowing. Kalau ikutkan VBR ni mungkin game rowing yang terakhir. Sebab next game bulan April tahun depan, masa tu miLa sedang menjalani latihan mengajar(LM). Sedih pulak rasa.

p/s: banyak gambar lagi nak share. tapi tak sempat pulak nak upload.. =(

Sunday 14 October 2012

rowing + mak abah + sahabat = i'm happy!

Assalamualaikum semua...
Banyak sangat benda yang miLa nak cerita, tapi....masa tidak mengizinkan. Ini pun sempat-sempat kan je. So, sudi-sudi kanlah membaca entry yang telah di'SARDIN'kan ni..hehe

Pertama, row..row..row your boat~
hmm..minggu yang sangat mendebarkan dan menyesakkan dada..huhu. Sampai minggu depan miLa sibuk dengan pertandingan rowing. Ha..amekaw 3 sekaligus, Head of Putrajaya (HOP), Sukan IPT (SUKIPT) dan Varsity Boat Race (VBR). Sangat berharap kemenangan akan berpihak kepada UTM Rowing Team. Amin.. Insyaallah..

Rowing tu apa? Aish.penat dah nak explain setiap kali orang tanya..Google search ye..huhu.. Tapi, yang penting...rowing dan kayak adalah 2 sukan yang berbeza. TAK SAMA OK!

                                                                            ROWING ≠ KAYAK

                                   boat rowing women 8+ 


Kedua, happy anniversary kepada mak ayah miLa yang ke-26 tahun.
Semoga berkekalan sehingga ke syurga Firdausi. Terima kasih kerana sentiasa menjadi ibu dan ayah yang terbaik kepada kami semua.

                                                            luv u!


Ketiga,
Terima kasih sangat-sangat kepada Siti Anisha a.k.a Nisha sebab….belikan senyap-senyap untuk kitorang benda ni..hehe.. 


                                             


Tingkyu, Nisha! Meh singgah kat blog dia (promote2..hehe)
                     
                     

Monday 8 October 2012

Today is the day!



Sepatutnya entry ni mila post pada harinya tapi disebabkan sibuk dengan latihan rowing. So..terlambatlah sikit.

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi 6 Oktober genap 21 tahun miLa di bumi Allah ni. Terima kasih kepada semua yang wish. Tak kiralah kat facebook ataupun mesej. Tq sangat2!

“miLa tak perlukan semahal-mahalnya hadiah dan secantik-cantiknya kad ucapan,
cukuplah sekadar doa dan ingatan……”

Doakanlah agar miLa terus melangkah mengecapi kejayaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Aminn….

     Kepada ahli keluarga,
     Setiap saat bersama kamu semua menjadi kenangan yang terindah buat
     miLa….

     Kepada kawan-kawan,
     Setiap saat bersama kamu semua merupakan nikmat yang tidak terhingga  
     dianugerahkan kepada miLa…

Mungkin diri ini banyak khilaf dan silapnya, maafkan lah ye… =p

                                             from UTM rowing bighappy family





Thursday 4 October 2012

kerana sepucuk surat....

Dah seminggu rasanya tak update apa-apa. Biasalah, time2 gini assignment dah mula nak membukit. Bak kata Astro "MACAM-MACAM ADA". Huhu.. Yang paling berat bila assignment yang kena survey pergi sekolah. Procedurenya nampak macam mudah.. Pakai mulut memang lah mudah.huhu..Tapi bila nak buat. Aduh..banyaknya mengeluh.

Selalunya kena pergi fakulti dulu, minta buat surat kebenaran untuk kajian luar. Then, bila surat dah keluar kena dapatkan surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pulak. Dah sampai sekolah kalau tak ada 'cable' kenalah duk menghadap pengetua pulak.

                                               Surat kebenaran Menjalankan kajian

Dan kerana sekeping surat dari JPN tulah membuatkan miLa rasa lepas ni kalau nak pi isi minyak nak selubung satu badan. Tutup muka. Nak tinggal kan mata je. Itupun rasa nak pasang kain net kat area mata. Hehe.. Nak tahu sebab apa?

miLa dengan seorang kawan ke sana naik motor je. Masa nak isi minyak tu, dah siap bayar kat cashier dah, tapi bila nak buka seat tak tahu kat mana.. haha.. mana lubang kunci seat ni?? Ahhh..sudah.. Nak telefon tuan empunya motor dia tengah berkawad pulak. Telefon member yang pernah pinjam motor ni pun dia kata tak tahu.

Aish..sitkom lawak komedi apa pulak yang aku buat ni? Malunya………! Kebetulan ada sorang abang ni tengah isi minyak kat sebelah. Dengan berlapiskan 'tembok besar china' di muka, miLa mintak tolong gak kat dia. Haha.. Free2 kena gelak..huhu

Ala.. 2x5.. abang tu pun tak tahu. Gelak kan semula kat dia. Hehe.. Adalah dalam 15 minit kitorang mengodeh. Tak boleh gak! At last, abang tu suruh mintak duit kat cashier semula. Cover line cakap seat tak boleh nak bukak. Padahal………..tak tahu nak bukak pun!


Thanks motor..anda berjaya malukan saya =p



So, moral of the story...tanya2 lah apa2 yang patut kat tuan punya motor before nak pinjam motor tu..huhu..

p/s: Dalam masa abang tu godeh2 kunci terperasan jari abang tu penuh  dengan inai. Waa..pengantin baru rupanya…..

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...