Powered By Blogger

Followers

Friday 8 February 2013

Intai-intai cikgu miLa....


Bismillahirrahmanirrahim...

Lagi 10 hari lagi miLa nak lapor diri sebagai Cikgu Saoooodahhh…haha.. Duduk saje kat rumah ni memang menghitung hari jela. Tapi dup dap dup dap tak sedap hati, tu yang pi mengintai kat Sekolah Tinggi Kluang pagi tadi. Saje pergi pejabat nak tanya prosedur lapor diri. Ha…nampak tak betapa semangat nya miLa ni?? haha.. Weekkks… silakan muntah :p

Daripada pintu pagar sampailah ke pejabat, sorang-sorang cikgu berselisih dengan miLa. Kebanyakkan semua masih miLa kenal. Alhamdulillah.. so maknanya miLa tak banyak makan semut lagi..hehe

Ada yang tanya “ Ambil sijil ea?” tak tahu nak jawab apa, miLa cuma bagi senyuman yang paling manis di pagi Jumaat yang indah ini. huhu.. Kalaulah dorang tahu mila ni bakal jadi cikgu kat sini…hehehhe..

Masuk je pejabat jumpa pulak guru kelas miLa masa tingkatan 2, Cikgu Nazimah namanya. Nasib baik ingat lagi nama dia, Huhu..dialah yang jumpakan miLa dengan guru-guru DPLI dari UTHM. Waa..awalnya dorang dah lapor diri. Lagi semangat! Kalah kau miLa...huhu

Lepas dah korek-korek rahsia sempat miLa tukar-tukar nombor telefon. Alhamdulillah, baik-baik akak-akak ni. Ok, untuk 18 Februari nanti miLa kena datang pagi-pagi macam cikgu lain dan bertemu janji dengan MR. Pengetua. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn..  Mekaseh semua, jumpa 18 Februari nanti ye! huhu

Excited punya pasal dah keluar pintu pagar baru teringat tak amek gambar apa-apa pun. Eh..perlu ke? Ish..perlu la..untuk letak kat blog ni. Huh~ ini semua poyoooo miLa...hahha..

Gambar dari luar pagar..hmmm..jadilah...huhu

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...