Powered By Blogger

Followers

Sunday 15 January 2012

warning!


Alamak….notis larangan memasak di dalam blok atau bilik dah di tampal! Huh…macam mana ni?

Sebelum ni ada perasan kat blok lain, tapi ignore je sebab kat H14 ni takde notis tu. Tup..tup..ni ada pulak. Aish….

surat cinta dari pejabat KTF


Hmm…boleh tak buat-buat tak nampak je kertas notis ni???hehhe..kepada jiran-jiran bilikku…jangan mengadu kat felo atau dekat pejabat ea.. please..please..huhu..


Saturday 14 January 2012

serabut exam!


Nasib baik final ada 7 paper je sebab dah tolak amali fizik. Itupun rasa berasap kepala ni nak jawab 7 paper dalam masa 15 hari. Tak dapat bayangkan kalau dia susun semua tujuh-tujuh paper tanpa diselangkan hari. Ush..gugur semua rambut gamaknya!

      4  januari -islam & isu semasa
      5  januari -pembelajaran sains&matematik
      9  januari -mekanik
     12 januari -differential equation
     16 januari -asas pedagogi
     17 januari -optik
     18 januari -linear algebra

So, makna nya tinggal lagi 3 paper. Boleh pulak di susun cantik 3 hari berturut-turut. Dalam masa yang ada ni kena lah bagi masa seadil-adilnya untuk study semuanya sama rata. Macam kahwin 3 pulak kan. Huhu..Semalam dah bukak linear algebra. Hari ni optic. Soo…esok kena balun pedagogi habis-habisan. Marathon jela semua bab. Hahha..

Disebabkan tension, pagi tadi bersama amira fatiha dan najiha saimi pergi melepaskan tension di tasik utm. Aaa…rasa lapang sikit kepala…

yah..yah..kayuh lagi mira n jiot!


lepas tu pergi makan! hahha..eloklah tu dah elok-elok buang lemak pastu pergi kutip lemak semula kan. ah..janji release tension.. huhu..

bahagia nya najiha...huhu..

okay esok kita pergi lagi ye..bawak kak wi yang tertinggal tadi.



Friday 13 January 2012

Nasi goreng siapppp!!



Na…..masak nasi goreng pulak. Apa nama nasi goreng ni? hahha.. tak tahulah saya. Pakai taram je masak ni. ini semua idea master chef adawiyah zakaria dan najiha saimi!

Hmm.. Nak panggil nasi goreng tomyam ber'ikan bilis' lah. Sebab…..guna perencah tomyam. Ada ikan bilis gak! Almaklum tak ada lesung batu so kenalah goreng garing-garing dulu ikan bilisnya. Baru terasaaa……



bahan-bahan: letak kiub tomyam, bawang-bawang, serai, kacang panjang, kacang botol, cili api, garam, telur...

Thursday 12 January 2012

special sangat ke??

Masakan special? Haha..special sangat ke?

telur mata lembu

sayur goreng

                                                                          sayur bening

Taklah special sangat pun kan. Inilah namanya lauk untuk ‘low budget’. Mesti orang akan cakap: ‘ish..makan lauk macam ni je?’Mungkin sebab korang dah terbiasa makan dengan lauk ayam atau ikan kut. Tup..tup..bila takde ayam atau ikan haa..mulalah mencari alasan takde selera nak makan.

 Tapi rasanya korang patut try taw. Kadang-kadang lauk simple macam ni lah yang berselera.

Tapi takut jugak nak makan telur hari-hari. Ada bad effect kan?? Orang cakap kuning telur tu tinggi kolestrol. Tapi takkan nak makan putih telur je?? Taklah nama nya telur mata lembu. Jadilah telur mata lembu buta. Hehhe.

Tapi yang bagusnya sebab ada banyak sayur. Selalunya berulamkan peria katak (ada cerita best pasal peria katak ni..takpe..nanti-nanti cerita), timun, kacang panjang atau kacang botol. Mula-mula dulu makan cicah dengan budu. haa.. jangan ingat orang timur sahaja yang reti makan budu. saya pun reti jugak! Tapi lepas seminggu makan, mila dapat alahan pulak. So, terpaksalah berhenti makan budu. ush..sedih-sedih.. =( 

Okay cerita menu petang pulak :

Bihun sup atau bihun tom yam

Haa…amekaw.. macam kat kedai lak kan. Huhu..Sebenarnya ringkas je nak masak bihun sup ngan tomyam ni. Kitorang masak guna kiub. Guna perencah ayam atau tomyam. hmmm...rasanya dua tu jelah yang termampu setakat ni nak masak kat dala rice cooker tu.hehhe Lain-lain boleh try sem depan pulak =p




Tuesday 10 January 2012

duit dah habis..sem bila nak habis??

Bagi pelajar yang menerima biasiswa atau PTPTN istilah ‘duit dah habis tapi sem tak habis-habis’ dah lali rasanya dengar. Huh..masa tu macam-macam yang terfikir kat kepala, nak berniaga lah, nak puasa seminggu lah, nak makan sehari sekali je lah..macam-macam lah..

Idea yang nak berniaga tu kira boleh diterima lagi. Bagus apa kalau dari sekarang dah pandai nak cari duit sendiri. Taklah mengharap pada pama (papa & mama) je. Tapi bab yang puasa tu..haaa…berhati-hati sikit ea.. niat dah salah tu. Nanti niat kerana Allah S.A.W. dah bertukar sebab nak jimat duit. Mana boleh macam tu. Baik niat je terus, ‘sahaja aku berpuasa pada esok hari  kerana nak jimat duit’ kan senang… So, niat tu penting!

Tapi pada sesiapa yang terima biasiswa tu rasanya tak tercekik sangat macam budak PTPTN. Kalau nak dibezakan jumlah duit PTPTN yang dapat dengan biasiswa jauh beza. Macam mila, setiap hujung sem mesti kayap. Aish..terpaksa lah control-control nak makan. Macam sekarang ni (kantoi duit dah habis..hehe)

Tapi, alhamdulillah la. Sebab dah jumpa jalan penyelesaiannya. Nak tahu macam mana? Masak sendiri! Dah tak layan dah masakan mak cik kafe walaupun masak sendiri ni taklah sesedap mana pun.hohoho.. Kalau mak mentua makan kompem kena reject! Huhu.. Bak kata najiha saimi : nak sedap-sedap makan kat rumah laaa...........


Tapi siyes jimat! Lagipun makanan sekarang kan mahal. Sepinggan kadang-kadang dah cecah rm4. Itu pun ambil ayam goreng dengan sayur je. Takkan nak makan sekali sehari je kan?Ish..mahal gilak! Sekali-sekala tu boleh la…



Kalau sebelum ni 5o hengget tak cukup untuk seminggu, tapi sekarang seminggu duit luak 20-40 je. Tapi tengok jugak lah apa yang korang masak. Kalau masak ikan siakap 3 rasa hari-hari, memang bankrupt la..  

ok..nanti next entry mila sambung cerita masakan special dari bilik!

Monday 9 January 2012

lagi..dan lagi....!

Dah macam rumah terbiar blog ni sekali tengok. huhu.. =p Selamat tahun baru! Apa azam tahun ni? Hmmm..azam mila tahun ini mengharapkan agar semuanya akan menjadi lebih baik dan baik lagi dari tahun sebelumnya. 

lagi...dan lagi???? yeahh... baru-baru ni, bersama roomate tercinta ct radiaton adawiyah a.k.a kak wi busuk dan najiha saimi bersiar-siar di Hutan Bandar MPJBT. Dapatlah keluarkan peluh dari dok terperap kat bilik sepanjang hari. Yang paling penting dapat main gelongsor! hahaha...Tiba-tiba angka 21 tahun bertukar menjadi 12 tahun! ish..ish..

haaa..tinggi tak?

hehehe...Ingat nak try sekali je. last-last, berkali-kali..lagi..dan lagi...huhu. Tapi serious best!

Hmm..pejam celik pejam celik dah sampai penghujung sem 3. Nasib baik pejam masih celik, kalau tak celik-celik tu....huhu..paham-pahamlah..Tak wujud post ni. hehhe..

Bila time final macam ni semua orang tension. Yang tak tension pun akan terpengaruh tension tengok orang yang tension. Agak-agaklah kalau nak tension tu mak ngah oii.. Kesiankanlah dekat orang-orang sekeliling kita. huhu

Dan bila time tension, laju pulak tangan ni nak suap makanan ke mulut. Benda yang sebelum ni kata tak sedap menjadi sedap. Nak hilangkan tension katanya. hahha. Iya kan jelah...

Dan bila dah makan tak ingat dunia, mulalah jarum penimbang menunjukkan angka peningkatan. Alangkah bestnya kalau pointer pun turut join sekaki meningkat ek??? huhu...





po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...