Powered By Blogger

Followers

Saturday 15 February 2014

Tusyen si kecil


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t…

Untuk semester terakhir ni, alhamdulillah jadual kelas tersangat goyang kaki. 14 jam kredit je, 10 jam kredit untuk subjek dan 4 jam kredit untuk PSM (Projek Sarjana Muda) Dalam seminggu, cuma 2 hari saja kaki ni menapak ke kelas. Awesome! Bahagia nya..Hehe.. Isnin dan selasa je. Hmm..nampak nya tak dapat lah nak merasa kelas pada hari Ahad (Johor dah mula cuti pada hari jumaat dan sabtu).


Maaf, gambar tak jelas :p


Memandangkan kelas tak padat dan selalu je kesempitan duit tiap kali hujung semester, so semester ni miLa amek part time tusyen kat taman u untuk mengajar Sains dan Bahasa Melayu. Rasanya takde masalah sangat kut, sebab pengalaman masa LM (Latihan Mengajar) ada. So, kena tambah bacaan sikit-sikit, Insyaallah miLa cuba yang terbaik untuk anak-anak murid tusyen ku (poyo nye ayat). Hehe..

Cuma yang kekoknya, sebelum ni mengajar umur belasan tahun, kali ni kena ajar..alahai…comel-comel nya. 6 hingga 12 tahun. Dari awal dah spare gula-gula dalam beg J Hm..rasanya kena tambah ilmu lagi ni macam mana nak handle anak-anak kecil tu. huhu


Suasana dalam kelas..comel sangat. Kat luar lagi cantik, tapi segan nak snap :p hehe


Pelajar 8 tahun

Pelajar 6 tahun

Aktiviti dalam kelas. Cikgu cerita, awak tulis :)


Hm..kira wat part time tusyen ni sambil menyelam minum air kut, dapat lah miLa tambah pengalaman sikit. Mana tawu, posting lambat dapatlah miLa jadi guru tusyen ke.. bukak pusat tusyen ke (berangan je lebih) hehe. Tapi tak mustahil kan? Insyaallah..



p/s: tq nisha sebab offer job ni J Gud Luck Nisha n Jiha. Semoga dipermudahkan urusan kita J


Friday 14 February 2014

tips: muka tomato :)


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Entry kali ni miLa nak share sikit keistimewaan buah tomato yang mampu melicinkan kulit wajah. Haha..walaupun tawu diri ni tak layak nak share pasal tips-tips kecantikan ni. Tapi, Ini kisah benar, bukan niat untuk menguntungkan peniaga-peniaga tomato. Hehe

Siapa yang berminat boleh cuba. Mudah je. Tapi rasanya ramai yang dah tawu kut. Hehe.. Hm…ambil  tomato (jangan lupa mintak izin kalau mak beli untuk masak..hehe). Basuh dulu. Lepas tu, agak-agak la nak guna banyak mana ikut saiz. Kalau saiz yang sedang-sedang tu, belah ¼ je. Kemudian lumur kat muka (tonyoh-tonyoh je..hehe). Biarkan dalam 20 minit. Lepas tu basuh.

Agak berlendir sikit. Tapi dah lama-lama nanti dia akan kering. Insyaallah tak rugi mencuba. Kalau dapat buat seminggu sekali pun takpe. Hari-hari lagi bagus. Hasilnya akan cepat nampak. huhu


sumber gambar: healingtomato.com



p/s: balik cuti, pelik tengok dalam peti ais ada stok buah tomato. Haha.. Nasib baik ada yang mengaku. “mak pun nak cantik gak” hehe..sayang mak J


Thursday 13 February 2014

Saya pilih mak abah! :)




Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...



Alhamdulillah pejam celik dah masuk semester yang ke-8, insyaallah lagi 3 bulan dah boleh lah tarik nafas lega untuk degree miLa. Fuhh..lega sikit la. Hm..tapi lepas ni nak kena duk memikir soal kerja pulak. Dengan isu posting bagi graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) yang masih tak pasti.



Malah macam-macam versi dah sekarang ni dengar. Dengar khabar angin, siapa yang dapat CGPA 3.5 akan didahulukan dulu. Ada yang cakap kemungkinan lepas ni posting kat Sabah Sarawak je. Huhu..macam-macam. Tak sanggup nak dengar versi lain.

Antara faktor kurang jumlah pengambilan guru baru sebab, cikgu takde yang pencen. Bila umur untuk bersara 60 tahun, jadi cikgu yang sepatutnya pencen umur 56 dorang kena tunggu lagi 4 tahun. Jadi, dalam tempoh 4 tahun takde cikgu yang pencen, melainkan yang tak nak sambung ke 60. So, mengharapkan ada sekolah-sekolah baru bukak jelah.

Tengok senior-senior yang lepas pun masih ramai yang belum posting ke mana-mana. Kalau senior-senior yang lepas pun belum posting, lagikan miLa ni?? So, dengar banyak ura-ura member lain yang nak sambung Master. Sebab sementara nak tunggu posting, dalam masa  setengah tahun (kalau sambung bidang yang berkaitan dengan degree) je da ada master.

Hati memang la nak, siapa yang tak nak sambung belajar. Tapi…………..hm…miLa tak boleh kut. Entah la dilemma gak ni. Kesian pulak dengan mak ayah. Ayah dah 74 mak 60. Huhu.. bila la agaknya dorang nak merasa gaji dari titik peluh miLa sendiri. hehe. Asyik dorang je yang menghulur. Dorang selalu cakap,

“Kakak (panggilan miLa kat rumah) masih bawah tanggungjawab abah. Kalau ada apa-apa bagitahu je”

Hmm..memang la miLa ni anak bongsu. Kakak dengan abang lain semua da keje. Tapi tak sampai hati laaaa………..dalam usia abah sekarang ni patutnya dah tak perlu mengharap mak ayah lagi kan? huhu. Kalau nak sambung master memang la akan ada scholarship mana-mana. Tapi, mesti akan ada  ketika yang miLa perlukan bantuan dorang. Tak cukup duit ke ape ke. Hm.. ada terfikir gak sementara amek master nak wat part time. So, boleh la cover sikit. So, tak payah la menyusah kan dorang.

Tapi rasa macam dah lama sangat belajar. Dah sampai masanya miLa spent time untuk dorang. Pernah dengar mak cakap,

“Cepat lah kakak habis belajar tu, bila lagi nak berkepit dengan mak, nanti dah nak kahwin pulak”

Haha..apa la mak ni..lama lagi la mak..hehe..orang tu masuk minang kita pun lum lagi. Mak dah terfikir macam-macam. (Opsss..hehe)

Aish….entah la..dilema (poyo je ayat..hehe) So, rasanya tak kut. Plan sekarang ni, insyaallah habis belajar nak apply dulu kat PPD untuk jadi guru ganti. Dan apply semua jawatan guru. Tak kiralah under kementerian pendidikan ke, MRSM ke, kolej-kolej ke, matrikulasi ke. Kalau nak hantar miLa ke Sabah Sarawak pun insyaallah miLa akan pergi kalau dah ditentukan itu rezeki untuk miLa. Untuk Master, hmmm..takpe lah. Insyaallah bila ada rezeki nanti miLa sambung. (Ilmu tak mengenal usia J ) Yang utama sekali sekarang ni mak abah. Rasanya dah sampai masanya untuk miLa berjasa kepada dorang pulak. Kakak sayang mak abah……………..


sarangheaaa.....


p/s: Ya Allah, permudahkanlah rezeki ku.


Tuesday 11 February 2014

Diari Ammar


Bismillahirrahmanirrahim…

Minggu pertama untuk semester terakhir, belum apa-apa assignment dah menggunung. Tapi tangan ni duk menggatal jugak nak update blog. hehe

Alhamdulillah…ahad yang lepas mila berpeluang untuk gi ceramah diari ammar. Mak ayah arwah ammar yang sampaikannya.



Sambutan daripada warga UTM sangat luar biasa. Bayangkan penganjur terpaksa bertukar tempat disebabkan dewan yang disediakan tak dapat menampung jumlah audience yang hadir. Last-last buat kat masjid UTM. First floor masjid penuh. Siapa yang pernah ke Masjid UTM so tawu la besar first floor tu macam mana.

1st time tengok video youtube pasal arwah, rasa nak tawu sangat-sangat kisah hidup arwah. Macam mana lah insan seawal 20 tahun ni boleh jadi satu fenomena. Sungguh hebat penangan arwah. Walaupun sudah hampir 3 bulan arwah pergi, kisahnya masih menjadi perhatian ramai.

Tersentuh hati mendengar luahan hati dari ibu dan ayah arwah.

“Sebenarnya kami sangat sedih, hati kami memendam perasaan kerana kehilangan anak kami. Tapi, kami kena kuat untuk sampaikan mesej Allah ini…”

Mak ayah mana yang tak sedih bila kehilangan anak. Tapi mereka sangat kuat. Sepanjang dua jam, macam-macam yang mereka kongsikan pengalaman mereka dalam membesarkan arwah. Ya Allah, kuat nya mereka . Kebiasaannya, kalau mak ayah orang lain yang kematian anak, nampak gambar anak pun dah menangis-nangis. 


7 formula yang digunakan oleh ayah Ammar:

1)      Terapkan semangat ummah
2) Berikan nama yang terpuji
3)Adab yang terpuji
4)Menguasai Al-Quran (tadabbur)
5)solat tahajud (wajib sekali seminggu)
6) Menguasai ilmu zaman
7) Menguasai pelbagai bahasa


p/s: Al-fatihah untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Monday 10 February 2014

masih ingat lagi?


Bismillahirrahmanirrahim…



Ya Allah rindu nya nak menulis semula. Rasanya dah 6 bulan kut miLa biarkan blog ni tak berupdate. agak2 ada tak yang ingat lagi kat blog ni? (perasan) hehe. Selalu jugak miLa bukak blog ni, tapi cuma bukak pastu pangkah semula. hmm…busy kut. Busy mengalahkan macam ada anak 10 orang! :p hehe

Bila bukak tu, sempat jugak stalk blog member lain. Laaa…kak zara, kak aida dengan f@is pun sama gak. Hehe..mana menghilang? Haha. Jom wat come back! kak aida da wat come back da tu..tahniah ye dpt keje best. hehe

Tapi lain cerita nye bile singgah blog mama. Waaa…..makin bertambah maju! Tak kurang hebatnya blog syuk, kak aiza dengan nang. Aktif je. Selalu je ada entry2 menarik. Bagus2.. keep it up! Hehe. Hmm..kak mimie pulak dah kahwin. Tahniah! Hehe..ala..terlepas nak gi wedding akak. Hmm..padahal dekat je rumah kite kan?

Hmm….So, insyaallah lepas ni miLa try untuk memeriahkan blog ni dengan entry2 yang entah pape2 dan banyak kerepek lagi ikan kerapu. Selamat membaca!


ukhuwah fillah..takkan terpisah..hihi



P?s: Baca je, tutup mulut dan jangan mengata J


po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...