Powered By Blogger

Followers

Thursday 27 September 2012

Z Z z z . . . . atau hibernate ???

Rasanya ramai yang suka sleep dan hibernate laptop kan? Betul tak? Yelah senang..tak payah nak tunggu lama sangat bila nak bukak semula. So…paling mudah sleep kan je. Ada pulak yang kata kalau sleep kena ada source (bateri or current) jadi hibernate je sebab takde guna tenaga.

Orang ni kata sleep bagus, orang tu kata pulak hibernate lagi baguslah. Aish…tension!! Mana satu yang betul ni???

Untuk dapatkan kepastian, hari tu masa teman Jiha ngan Nisha pi betulkan laptop sempat lah berbual-bual jap dengan abang yang repair laptop. Nak tahu abang tu cakap apa??
                 
        “ Kalau nak menjahanam kan lagi silakan lah.”

Haha..amekaw! Sebijik kena. Owh…tak boleh ea? Hm..abang tu kata biarlah shut down je terus. Memang banyak kerja sikit, tapi lagi banyak kerja kalau laptop tu dah rosak! Jadi, kesimpulannya….shut down kan jelah ye kawan-kawan. =)

                                                     klik sini!


Wednesday 26 September 2012

Adam & Hawa . . .

Tak perlu rasanya miLa nak introduce pasal drama ni. For sure semua orang dah tahu. Kisah Adam Muhkriz dan Ain Hawani yang sebelum ni terlebih dahulu popular melalui novel. Novel ini dah lama tapi baru didramakan. Yelah..sekarang ni kan musim adaptasi daripada novel.

Dapat pulak heronya Aaron Aziz, hmm..memang kena sangatlah. Heroinnya Nadia Nysaa(silap eja rasanya), maybe ramai yang tak kenal tapi lakonannya boleh tahan hebat jugak. Sebelum ni dia pernah pegang watak sebagai adik kepada Remy Ishak dalam filem Cun. Cerita lain tak berapa sure pulak, sebab dia jarang berlakon.

                                    Adam Muhkriz & Ain Hawani

Pada pendapat miLa, novel kalau nak diadaptasi better biarlah dalam drama. Macam filem Ombak Rindu bukannya tak best tapi macam tak berapa puas kalau tengok. Banyak babak yang dipotong.

Untuk drama Adam Hawa ni ada 80 episod. Mang ai…banyak tu. Tapi seriously memang sebijik2 ikut dalam novel. Sesiapa yang berminat bolehlah tengok kat Mustika HD Astro setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Setengah jam je. Sampai hari ni, baru 17 episod.

Kalau tak pun, ni miLa ada link lau sesiapa yang nak tengok atau mendownload drama ni. Selamat menonton!



Monday 24 September 2012

Realiti atau fantasi?


Ha…penatnya awal-awal ni. Study + rowing. Cukuplah dua benda yang miLa buat kat UTM ni. Itu pun dah tak terkejar rasanya. Game rowing semakin menghampiri. So, training pun kenalah hard sikit. Setiap hujung minggu kena pulak pi Batu Dam. Sampai JB ahad malam, esoknya pulak dah kelas. Warghhh….penat. Huh..jangan mengeluh miLa! Insyaallah boleh! hehe

Dan seperti biasa masalah berat badan yang miLa perlu hadapi. Wahai cik fatty sekalian cepatlah hang terbakaq. Huhu.. Tapi, walau busy sekalipun tangan ni duk menggatal jugak bukak blog. Ah..nak update jugak! Huhu…

Okay2..back to the topic, realiti or fantasi? Sebenarnya nak cerita yang miLa ada jumpa someone yang sangat special Khamis yang lepas. Cer teka siapa? Hm....

Tun Dr. Mahathir

                                                    dari jauh.....

Macam mimpi je dapat jumpa Tun M. Walaupun dari jauh tapi yang penting miLa tak tengok dia dalam tv. Live ni! huhu.. Tajuk diskusi nya panjang, tak silap: Realiti atau fantasi generasi sekarang mampu memimpin negara menjelang 2020.

Tapi sedihnya dapat dengar sejam je =( Bait-bait yang meluncur keluar dari mulutnya semuanya penuh dengan makna yang mendalam. 

Dalam banyak-banyak tu miLa suka pasal sebilah pisau yang tajam. Apa yang miLa paham beliau cuba maksudkan ialah...sebilah pisau yang tajam boleh digunakan samada untuk membunuh atau mengukir sesuatu. Yelah..walaupun pengukir tu hebat macam mana sekalipun mengukir, tetapi hanya dia yang akan menentukan apa yang akan dibuat dengan pisau tu. Mengukir ataupun untuk membunuh......

Fikir-fikir kan lah dan selamat memahami! =p


Wednesday 19 September 2012

Jodoh maktab yang seterusnya...



Alhamdulillah..tak rugi rasanya join mereka reunion haritu. Hubungan dengan teman-teman yang lama pun semakin akrab. Tak sangka masih ramai juga pasangan yang berpacaran dari maktab dulu masih kekal ke hari ini. Kitorang gelar jodoh maktab namanya. haha..

Sabtu yang lepas, 16/9 seorang lagi selamat…



Saranghae...


Selamat ditunangkan… hehe..Tahniah Hanis dan Mira! Ingat lagi masa zaman Hanis meng’usha’ Mira. Malu-malu kucing si Mira tu dibuatnya. Kitorang sekelas sampai naik menyampah tengok muka Hanis. Makna taknya hari-hari datang kelas kitorang. Waktu prep ke, rehat ke..ada je muka si Hanis tu…

Tapi apa-apa pun miLa salute kat Hanis sebab dia lakukan semua tu lepas dia letak jawatan sebagai BWP (badan wakil pelajar). Oke! miLa doakan hubungan korang hingga ke jinjang pelamin dan yang penting sekali diberkati yang maha Esa. Aminn…..

p/s: Tapi kan..bila tengok kawan-kawan yang bertunang ke.. yang kahwin ke.. terfikir jugak “Dorang yang cepat ke atau aku yang lambat ni?” hehe..


Friday 14 September 2012

Semester 6 tolak 1

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah masuk semester 5. Nasib baik celik, kalau tak.. hmm.. Walaupun mati itu pasti, tapi yang pastinya miLa belum bersedia lagi. Insyaallah, harap-harap semester ni dipermudahkanlah segalanya.


First time ni duduk bilik single. Masa cuti hari itu, terfikir juga berani ke tak miLa ni nanti. Malam ni masuk malam yang ke-4, dan buat masa ni berjaya tidur sorang-sorang. Haha..Yelah..selama ni mana lah pernah duduk sorang-sorang. Tapi…yang pasti miLa tak keseorangan kat blok ni. Mekaseh Jiha n Nisha!


                                                               Ha...   La...   Sha....

Dan seperti biasa setiap kali naik semester baru, azam pun baru lah. Itulah..inilah.. Hmm..tetapkanlah azam ni ye miLa! No hangat-hangat tahi ayam.. =)

p/s: Anak buah masuk sambung belajar kat sini..malu lah pulak bila dia dengar dia cakap.. ‘Itulah mak cik aku’ Ohh..noooo! Beza umur kita 2 tahun je kot!




Sunday 9 September 2012

Oh, my blog!

Astaghfirullah..macam manalah miLa boleh tak perasan backround yang miLa guna selama ni untuk blog ada unsur-unsur keagamaan Kristian.

Mula-mula tengok kat gambar rumah tu. Mati-mati ingat rumah hantu ke pe. Rupa-rupanya ada tanda salib.

                                             cer tengok bulatan atas ni

Tak sedap hati try lah search kat internet words yang ada kat tepi tu... 'for the lord is great and greatly to be praised'
                                             
                                           ingatkan ayat biasa-biasa je

Ya Allah! Sah! Tu ayat dari Bible. Kenapalah sebelum ni boleh terlepas pandang. Jadi buat masa ni, miLa tengah cuba untuk renovate blog my grape tetapkan hatiku semula.

Dalam kenangan....................



p/s: berhati-hatilah dengan semua benda yang kita gunakan dalam kehidupan seharian

Wednesday 5 September 2012

'let bygone be bygone..'



Bila habis SPM dulu terlintas kat hati, kalau boleh aku tak nak dikaitkan langsung dengan budak maktab. Kononnya nak membawa dirilah. 

Tapi sejauh mana pun miLa pergi memang tidak pernah terpisah dengan 4 huruf ni m.r.s.m. Hanya Allah yang tahu keadaan miLa kat sana dulu. Menangis air mata darah je yang belum masa tu. Bukan senang nak pikul amanah...

Dalam beribu pelajar kat kmj (kolej matrikulasi johor) dulu boleh kan pula classmate maktab tinggal berhadapan dengan bilik miLa. 

Bila dapat sambung belajar kat UTM, 2 coursemate pun budak maktab jugak. Dorang tu jugaklah duduk bilik berhadapan dengan bilik mila. Alhamdulillah 2 orang  budak maktab tu jugaklah kini menjadi sahabat sehidup sematiku mengharungi hidup di UTM.

Bila terbaca kat fb dorang nak buat reunion pada hari raya ke-7 (25 ogos) memang tak amek pusing langsung. Berbulan-bulan dorang promote benda tu kat fb. Hmm..biarlah dorang.

Tapi…sampai bila kan nak elakkan diri? Pi mai pi mai tang tu jugak. Perkara yang dah lepas biarlah lepas. Omputeh cakap ‘let bygone be bygone’. Oh My English! So, bila Jiha ajak tiba-tiba tergerak pulak hati nak pergi. 

Sepanjang jalan nak ke sana tu terasa seperti ada music background lagu Kosong, Najwa Latif…. =)

                                                           
                               Kini aku bangkit
                               Membuktikan yang ku tak sakit
                               Dengan segala perih yang kau berikan
                               Kini aku pantas berjalan
                               Bergerak ke hadapan
                               Dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar


p/s : janganlah kita menyimpan dendam dengan sesiapa. Tak perlu risau, Allah kan ada. Dia maha segala-galanya. Biarlah Dia yang membalasnya.....


po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...