Powered By Blogger

Followers

Friday 31 May 2013

Tukar nama: mila --> milas


Bismillahirrahmanirrahim...

miLa + malas = milas..

Seriously sejak akhir-akhir ni miLa ni sangat pemalas tahap gaban gilerrr. Dan menjadi sahabat sejati “bertangguh”. Update blog rajin pulakkk... Eiiii..kenapa macam ni? why……why….why? Kat sini nak buat satu pengakuan, sebenarnya kan…

MILA TAK HANTAR BUKU RANCANGAN MENGAJAR TU LAGI!!

Habis tu buat apa pergi UTM? Mak..abah..orang bukan saje2 je taw nak balik UTM, serious memang nak hantar. Tapi…tak siap age. So, tak jadi nak hantar. Orang cuma uruskan bilik kolej dengan settle kan pasal PSM je. Maaf kan kakak...

Tadi, turun je dari kereta abang tadi cepat-cepat nyorok kan beg yang miLa isi buku mengajar tu...harap-harap takde sape2 yang terjumpa nanti..



Wahai rakan-rakan blogger, jadi saksi ea…

“Saya Nurshamela Saim, dengan ini berjanji akan siapkan dan lengkapkan buku Rancangan Mengajar tu. Dan berjanji akan terpacak pagi-pagi Isnin kat depan pejabat pos untuk pos buku tu bagi lecturer.”

Sooo…miLa..…start malam ni disaat semua orang tidur sila siapkan ye! Takde tangguh-tangguh! Anggap macam dah takde hari esok oke!

my dear Nisha, tingkyu sangat2 teman miLa dua hari ni. Bahagia~ Insyaallah 10Jun nanti kita date lagi ea. Kita paksa jiot join kita nanti ye!


dengan nisha kat PSZ UTM..


nisha nga survey tajuk PSM


menghabiskan baucer sebelum expired!




p/s: Nisha…sorry..miLa tak hantar lagi sebenarnya L

Wednesday 29 May 2013

piknik besan-besan :)


Bismillahirrahmanirrahim...

Kerja sangat banyak ni, tapi relax semacam. Tapi rajin semacam pulak nak update blog. Haha.. Jumaat ni last kena hantar buku Rancangan Mengajar tu kat pensyarah pembimbing. Ya Allah..malas nya nak siapkan buku tuuuu… Iblis..syaitonn..nyah kau dari badan ku ni….!

So, esok plan nak pergi rumah Nisha dulu kat Taman U. So, Jumaat tu boleh lah settle semua benda. Hantar buku, pilih bilik kat Kolej, isi borang projek sarjana muda (PSM)..hmm.. tu je rasa nye kut. Hehe… selebih nya nak lepas rindu kat Nisha. Jangan jeles ye jiot..Huhu..


Siang tadi kawasan umah miLa takde bekalan air, so kami seharian berpiknik kat Gunung Berlumut semata-mata nak mandi. Hehe.. Dah lama tak berpiknik. Dan, idea yang baik dari abang ajak keluarga mentua dia join sekali. So, dapatlah merapatkan silaturrahim antara dua besan ni. Okay, nanti nak wat gini gak lah dengan keluarga mentua (haha..calon suami pun takde lagi ni)


anak buah..


nyum..nyumm....

abang, mak ngan abah..


p/s: maaf tak banyak gambar boleh share. Sebab ada yanggg........hmm... :(

guru pengiring vs. peserta


Bismillahirrahmanirrahim...

Tugas terakhir sebagai guru di Sekolah Tinggi Kluang: GURU PENGIRING CAMPING. Hehe. Terujaaaa.. al-maklum masa zaman sekolah-sekolah dulu tak pernah join mana-mana camping. Rasanya bukan jadi guru pengiring, dah macam peserta dah ni.

Dorang pasang khemah, cikgu ni sibuk jugak memasang. Hehe.. sampai-sampai kat sana hujan pulak tu. Hmm..memang rezeki lah dapat main hujan sekali. Sekali pandang memang cam budak-budak sekolah. Tiga kali pandang, baru dorang perasan. Laaaa….Cikgu miLa kerrr? (peace…..cikgu kan sempoi)

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Penat memang penat tapi seronok SANGAT-SANGAT! Pasang khemah. Buat gajet…pintu gerbang..ampai baju..rak kasut.. Kayu fresh amek dari hutan taw.


Sepanjang Cabaran PBB ni, macam-macam pertandingan ada, tapi rezeki bomba cuma kat masakan je. Itupun dapat no. 3. Apa-apa pun Alhamdulillah.. Best dapat spend time dengan student-student ni. Tengok gelagat dorang yang memang tak matured tu. (cikgu miLa pun sama..hehe)

Cikgu rindu awak semua budak bomba…!!

afiqah, shakina, nisa, mahira, ameer, dania, nafa, era, nik, wani, maisara, maihani

Tapi…sayang nya takde gambar sangat. Sebab tak sempat nak pegang fon. Ada pun ni curi kat FB student.. TQ Shadiq :) hehe


Pengakap 01


pertandingan memasak..

tenang je rase.........





Wednesday 22 May 2013

60-an la sangat...versi hari guru...



Bismillahirrahmanirrahim...

Ingat lagi entry ni, Oh..cikgu…  Lambat sangat update entry HARI GURU, kan..kan?? udah basiiiii......hehe. Tapi pada miLa, takkan pernah basi dalam ingatan. Kenangan pertama sambut hari guru yang tak bisa ku lupakannnn!!! miLa lambat update sebab mencari gambar. Tapi tak banyak pun jumpa… L so, mila upload mana yang ada jelah..

Baju?haha… Lepas update entry oh..cikgu.. tu miLa terus serang rumah akak, pinjam baju zaman anak daranya. Memang dah terdesaakk sangat.  Yelah..tema 60-an, miLa lahir pun 1991. Hehe..memang takde la bajunya. Dan selepas renovate. Tadaaa….haha..

baju kembang-kempis



menyorok~


Malu sesangat. Ok, first n last jadi SALOMA ber’pinggang kerengga’. Sebenarnya boleh je kalau nak pakai baju pelam (peplum). Tapi manalah mak cik ada. Ketinggalan zaman sangat......huhu

 Part persembahan? Hehe. Soryyyy ye anak-anak murid, cikgu ni memang out sikit bab-bab menari. Seperti yang dijangka, esoknya kat sekolah anak murid tak habis-habis mengusik...

“Fuyooo…cikgu miLa menari semalam”

Yang tak leh blah siap tiru gaya miLa menari lagi. Ohh…tidakkkkk! Cikgu malu L


from my students..


najwa latiff?? hehe..tak sama kan??


Saturday 18 May 2013

dilema UPU...



Bismillahirrahmanirrahim

Dari semalam terperasan junior-junior update status kat FB citer pasal result UPU dorang. Alhamdulillah..semoga adik-adik semua berjaya dalam apa jua bidang sekalipun yang diceburi. Dan semoga dapat buat pilihan yang terbaik.

macam-macam adaaa...

Hmm..miLa confirm sekarang ni ramai adik-adik yang kat luar sana tengah pening-pening lalat nak pilih apa kan? Satu nasihat dari akak (ber’akak’ plak..hehe), TOLONGGG…plisss la.. jangan ikut kawan ye. Kawan pilih tu, awak pun sibuk pilih tu jugak. Jangan okay!

Kalau boleh tanya-tanya kat orang yang berpengalaman. Tapi, jangan tanya kat sorang je. Yelah.....setiap orang ada pendapat sendiri kan. Lepas tu, adik-adik nilailah sendiri decide mana yang terbaik. Yang penting, mintak pendapat mak ayah dan keluarga. Dan yang paling penting sekali DOA. Minta lah supaya Allah berikan jalan yang terbaik buat adik semua. Insyaallah Allah akan permudahkan segalanya.

Dan bila dah buat pilihan tu jangan pernah menyesal dengan pilihan yang adik dah buat tu. Percayalah, setiap yang Allah dah aturkan buat kita ada hikmah disebaliknya.

Dulu akak miLa (gediks ber'akak' jap) pernah persoalkan kenapalah bidang pendidikan yang akak dapat. Padahal mengharap dan minat kat bidang lain. Tapi, bila dah mula pengajian, Subhanallah..Dia maha mengetahui segalanya. Rupa-rupanya naluri miLa ni memang kearah cikgu cikgi, cuma selama ni tak perasan je.

Ingat lagi masa dulu, letak course pendidikan math kat senarai permohonan UPU tu sebab nak jaga hati mak abah. Sebab mak abah memang nak sangat miLa jadi cikgu. Tak sangka pilihan pertama tu diterima. penting kan keberkatan mak ayah kita?? hmmm...

Dan buat adik-adik yang tak dapat offer mana-mana tu, janganlah bersedih. Teruskan berdoa. Insyaallah..ada yang terbaik yang Allah telah aturkan buat adik. Jangan kecewa, sebab tak semestinya adik tak boleh berjaya dalam hidup adik selepas ni. Buktikan kat kawan-kawan yang adik pun boleh berjaya. Teruskan usaha ye!

zaman matrik....rindu plak :)


Tuesday 14 May 2013

oh...cikgu......



Bismillahirrahmanirrahim

Masa sekolah dulu 16 Mei lah antara tarikh yang di tunggu-tunggu. Seronok sehari tak belajar satu hal. Masa hari nilah nak tengok cikgu dari sisi lain. Yelah..kalau hari biasa dapat tengok cikgu-cikgu mengajar je. Tapi masa nilah dapat tengok bakat-bakat terpendam dorang. Lepas tu jadi pengkritik tak bertauliah..Hehe..

Masa hari tu jugaklah nak tengok cikgu pakai cantik-cantik. Bukan hari yang lain tak cantik, cantik jugak. Tapi masa hari tulah cikgu punya cantik lain macam. Huhu.. Lepas tu tengok cikgu mana yang dapat paling banyak hadiah. Padahal miLa tak bagi hadiah kat cikgu pun.

Kalau bagi pun, dapat bagi kat guru kelas je. hehe.. Yelah..kalau nak bagi kat semua yang ajar, memang den tak mampu. Kalau nak bagi kat 'cikgu best' je kang apa pulak kata 'cikgu tak best'?? Mesti dia kecik hati. Sooo..to be fair, semua cikgu tak dapat! hehe. Apa yang dapat mila bagi cuma senyuman yang paling manis dari hati yang ikhlas. Terima kasih cikgu! 

Tapi tu semua dulu, pemikiran anak kecil. Ni bila diri sendiri yang dah bergelar cikgu barulah merasa perasaan mak sambut 16 Mei tu camne. Nak pakai baju apa? Dahlah kena buat persembahan depan anak-anak murid. Kena menari pulak tu. Aduh…Ya Allah malu nyerrrrrr…… ~_~

Tema hari guru untuk kali ni irama twist. Baju? Kena pakai pakaian 60-an. Tiba-tiba, terbayang cerita Madu Tiga, penyanyi perempuan yang nyanyi lagu Malam Pesta Muda Mudi. Owhh…tidak….! Baju yang macam kerengga tu?? 32..18..40…?? haha.. Tak mahu!!!




Sunday 12 May 2013

mak a.k.a penasihat terhormat :)



Bismillahirrahmanirrahim...



Tak payah nak tunggu hari ibu, hari-hari hari ibu kan? hmm..tapi entry kali ni khas buat mak tapi bukan sebab nak sambut hari ibu tu ye.huhu..

Bagi miLa, mak memang super power lah. Macam-macam dia boleh jadi sepanjang nak besarkan kita yang degil ni. Boleh jadi ayah, kakak, kawan, tukang masak of course lah..hehe. Kadang-kadang tu jadi teman bergaduh pun ye. Tapi jap je, pastu kawan balik. hehe

Tak tahulah kenapa sekarang apa-apa yang jadi mesti citer kat mak. Citer kat mak pasal sekolah, anak-anak murid yang nakal dan kiut tu..hehe...dan pasal “en. bersih dan ikhlas” tuh. Yang peliknya tak rasa malu atau segan pun kat mak. Macam-macam mak nasihat. Mak sangat memahami. Masa ni rasa macam mak ada segulung ijazah psikologi je. J

Haritu adalah terbaca kat satu artikel ni. Kat situ dia tulis kalau kita nak apa-apa cakap kat mak, mintak mak doakan. So, pasal en. B.I. (bersih dan ikhlas) tu miLa memang cakap kat mak suruh mak doakan. Hehe.. (Amboi..gatal nyer.. hehe)

Tapi, bila kisah tu tak kesampaian sedih bila setiap kali teringat ayat mak…

“Jangan risau, hari-hari mak doakan untuk anak mak ni. Tapi mak doa kalau bukan dengan dia (en. B.I.) pun takpe, pertemukanlah dengan dengan jodoh yang baik-baik.”

Masa dengar mak cakap macam tu, mata ni dah control je. Plis...jangan nangis miLa! huhu. Dan kena sentiasa ingatkan kat diri ni yang setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Kita tak nampak tapi hanya Allah yang lebih mengetahui dalam setiap percaturanNya.

p/s: Buat en. B.I. , selamat hari lahir. May Allah bless u..

Bengkel Sushi



Bismillahirrahmanirrahim...

Nak post entry tapi malas sangat nak taip. Takde mood. Rase nak biarkan je entry buatmu yang bersih dan ikhlas tu camtu. Haha…bila baca balik gelak-gelak je. ^_^ Tutup muka malu.. Jiwa kacau masa tuh. Ish2…miLa...miLa..

Ni nak rajin-rajin kan semula mengupdate blog yang tak berapa nak famous nih. Banyak citer nak citer tapi, tulah bila tangan nih dah menidakkan kemahuan hati nak update so terbengkalai lah blog ni.

Okay..mila start pasal bengkel sushi yang miLa pergi haritu. TQ tu Reca Momouss, miLa wat entry bengkel sushi sebab awak taw! Sebab reca komen kat entry miLa ritu kan? Kan? kan? huhu

Sebulan yang lepas.. (lama tak lama lah) miLa ada join satu bengkel sushi kat sekolah. Hebat tak hebat lah budak sekarang nih, siap ada matapelajaran bahasa Jepun lagi. Zaman miLa dulu manalah ada. Untunglarh korangg….huhu

Bengkel ni memang untuk ajar student buat sushi. Bukan budak-budak je, cikgu nya pun tumpang sekaki. Owh….camni ke watnye.. kacang je rupanya.. Haha…Tapi nak buat kat rumah memang tak lah. Siapa mahu makan?? miLa? huhu.. sorry ye tekak I tekak JAWA. Mahu muntah nya nanti.

Bahan-bahan untuk buat sushi ni tak banyak, Cuma kena ada nori (rumpai laut), nasi, makisu (alat penggulung) dan inti sushi (timun,ketam, telur dadar..blah..blah). Nori tu digunakan sebagai pembalut. Alah..yang kulit sushi tu. Nasi tu pulak kena campur dengan cuka, gula dan garam. Inti sushi tu pulak terpulang masing-masing nak letak apa. Tapi yang miLa tengok dia cuma letak timun, telur dadar dengan isi ketam je.

Ha..lagi satu makisu. Ingatkan nak gulung tu macam biasa, rupa-rupanya ada alat dia. hmm..baru tawu. Ok. Dah banyak membebel nih. Meh layan gambar dari fon murah.. huhu

tenaga pengajar dari sekolah jepun JB


tengok tu nama dia..jepun mali...


nori


makisu





with her daughter


hasilnya...


your turn!

Cara-cara:

1) Bentangkan nori atas makisu. Pastikan bahagian licin nori di bawah.
2)Letak nasi atas nori. Kemudian ratakan.
3)Buat parit kat tengah nasi. Kemudian susun timun dan ketam dalam parit tu.

tangan mr. google..huhu


4) Kemudian gulung. Siap! huhu

mr. google gulungkan..hehe




po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...