Followers

Saturday, 13 April 2013

weekends yang tak serupa weekends



Bismillahirrahmanirrahim...

Haha..bahasa apa tu miLa?? lantak lah ye..hehe… nama pun cikgu, bukan time kat sekolah je jadi cikgu, sampai rumah pun still jalankan tanggungjawab jadi cikgu. Tanda buku, wat lesson plan… Bukan hari sekolah je taw, excuse me… hujung minggu pun tak terkecuali okay! Aish..macam mana lah kalau da kahwin nanti ek? (hamboi2..jauh dah mikir nyer..huhu)
 
Kalau sepanjang masa dekat sekolah, bila masanya nak spent masa dengan family? Hmm…..serious sekarang ni memang berniat nak cari husband yang cikgu jugak! sekali lagi ulang..
"Nak cari laki cikgu!!"


 Haha.. giler la miLa.. memilih! Haha.. bukan apa, bila memikir keadaan jadi cikgu macam ni, miLa rasa memang kena cari cikgu jugak. Sebab hanya cikgu je yang paham kerja cikgu ni macam mana. Training tulah..nilah..kelas tambahan lah..student nilah..tulah…haha. J

Ada je program setiap sabtu ahad, apa je yang miLa tak pernah jadi? Semua dah merasa. Yang paling kelakarnya bila diamanahkan untuk jadi juri untuk pertandingan sajak!! Ya Allah, satu background pasal bahasa pun miLa takde! Perosak bahasa adalah.. haha..macam manalah leh terpilih jadi juri ni… huhu..

gadis-gadis...

my herooo..

para juri....

So, untuk minggu ni alhamdulillah, jadual pack untuk hari ni je (sabtu), esok free! Yeay…hehe. So, untuk harini pagi-pagi dah terpacak kat sekolah untuk bengkel sushi (nantikan entry sushi miLa) Lepas tu berlari ke kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 4.

Lepas tu sampai rumah bersiap-siap pulak amek berkat pengantin. Hehe.. jiran miLa buat majlis kenduri kahwin, bak kata mak “wajib pergi” sebab mak nak promote anak gadis dia yang sorang ni. hahaha..


Wednesday, 3 April 2013

Dua-dua miLa sayang...



Bismillahirrahmanirrahim...

Ingat lagi entry ni?? Kau pergi.... Yeay….nisha dengan jiot dah balik. Very surprisingly mereka berdua datang dan bermalam kat rumah miLa! Ya Allah, lepas segala rindu. Hilang demam kami bertiga (kami bertiga demam serentak sebelum jumpa..sweet tak??)Hehe.. Mekaseh korang…. Muahhhh..hehhe.. Tapi, sayangnya dorang dapat bermalam sehari je.

Dan miLa’s book of records sebab first time miLa ber’midnite’!!! hehe.. macam tak percaya je mak abah bagi keluar. Huhu..  So, kami pun keluar berjimba-jimba. Dalam banyak-banyak cerita malam tu , kitorang pilih Oz The Great And Powerful. Awesome!! Tak rugi bayar tiket.

Alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya di rumah lebih kurang dalam pukul 1.30 pagi! hehe.. Kalau mak mentua tawu ni kompem kena reject. Ish..anak dara keluar malam, apa nak jadi ni... huhu.. To bakal mak mentua kami (cehh..perasan), insyaallah ni first n last kami ber'midnite'. hehe.. okay, stop! miLa dah mula merepek ni...

dua-dua miLa sayang...


hadiah dari semarang, indonesia..




Ada limit nak guna baucar buku?? tak suka!



Bismillahirrahmanirrahim...

Yeahhh…alhamdulillah..jumpa jugak kedai buku kat Kluang yang terima baucer tanpa syarat! Huh..lega… setiap kali masuk MPH kat Kluang Parade, memang garu kepala nak beli apa. Sebab 10% je boleh beli stationery, selebihnya buku.

Daripada miLa beli novel better miLa beli alat tulis, yelah sebab miLa kan ngah Latihan Mengajar ni. So, memang tersangat-sangat lah nak beli macam-macam alat tulis. Marker, kad manila, kertas mahjon, A4 paper, file….barang-barang untuk bahan bantu mengajar(BBM).

Sebelum dapat dulu memang dalam kepala ni memang aim nak beli alat tulis, yelah jimat duit PTPTN miLa. Apa-apa pun terima kasih kerajaan sebab bagi baucar ni.. Harap dapat teruskan pemberian baucar ni tahun depan. Ha..lagi satu harap sangat kalau kedai-kedai buku lain tak kena kan syarat dan had untuk beli alat tulis dengan buku. Please…please….hehe 

Baru habis RM100, ada lagi RM150 lagi..


p/s:  terima kasih uncle union :) nanti saya datang lagi kedai uncle ea..hehe

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...