Powered By Blogger

Followers

Monday 30 July 2012

Demam Masterchef



Rasa macam best je bila tengok peserta-peserta dalam masterchef tu masak. Tiba-tiba je berangan nak pandai masak semua benda. hehe..

Kali ni mak turunkan ilmu buat kuih karipap pusing. Agak rumit sikit berbanding dengan karipap biasa. Walaupun payah tapi bila dah siap terasa puas bila pusar-pusar dia jadi. Ha..boleh jual ni kat u nanti. haha.. Berangan je lebih.



Biasalah kalau ada anak buah..hmm..memang tak menang tangan melayan kerenah dorang. Kita menggelek, dia pun sibuk nak menggelek.

Memang rimas sebab ada je tangan yang duk mengacau. Tension! Tapi bila tengok gelagat dorang ni hati naga Tasik Chini pun boleh tercuit. 



Nasib baik nenek ada extra kayu

Part yang tak boleh lupa, sambil tangannya menggelek Uyat beritahu kat akak dia :
                     
                  'Abang nak jadi chef bila dah besar nanti.'


Haha..ok  Uyat! Wait n see jelah bila kamu dah besar nanti.


3..6..atau 9??? (part 1)



Setiap kali bila orang tanya berapa jumlah adik-beradik, mesti Mila akan blur-blur sekejap. Sebab tak tahu nak jawab berapa. Kadang-kadang jawab 3.. Kadang-kadang tu 6 atau 9. Macam sifir 3 pulak. Haha..

Sebab apa nak tahu? Sebab..pelik sedikit ceritanya… Kadang-kadang siap kena lukis carta lagi nak bagi orang mudah faham.


Carta Hatiku =)

Huhu..okay.. Mila akan try terangkan seringkas yang mungkin. Em…macam mana ek nak cerita. Dah dua tiga kali asyik main delete-delete je ni. Tak tahu nak ceritakan macam mana. Huhu..

Okay.. macam ni..  Ibu dan abah merupakan janda dan duda. Masing-masing ada 3 orang anak sebelum dorang kahwin. Ibu kematian suaminya dan abah kematian isterinya. Bila mereka kahwin dapatlah lagi 3! Antaranya Mila lah..

So........... 3 + 3 + 3 = 9!

Saturday 28 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Alhamdulillah..selamat datang bulan Ramadhan.. Ihya Ramdhan. Dalam bulan mulia ni, sama-samalah kita memperbanyakkan amalan dan semoga ibadah kita diterima oleh Allah. Aminn..


                'Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
                 Agar dapat ku lalui dengan sempurna.......'

Sayu bila dengar lagu Harapan Ramadhan dari Raihan ni..

Alhamdulillah jugak sebab tahun ni sekali lagi dapat menyambut puasa di rumah. Terasa beruntungnya diri ni, sahur berkejut, buka tersedia. Huhu..

Ingat lagi masa sem pertama puasa kat u dulu, ada 12 missed call sebab nak kejutkan Mila bangun sahur. Malu nyerrrr…haha.. Apalah payah no nak bangun. Free-free je ke marah. Tapi ada ke patut cakap camni kat Mila:

                                        ‘ Macam orang mati laki.’

Ei..kecik hati taw…………………….! Tapi bila fikir-fikir semula, ha..memang patut pun Mila!


Wednesday 18 July 2012

akhirnya.....


Fiuhhhh....akhirnya dapat jugak mila habiskan tengok cerita 'Apocalypto'. Terjebak tengok cerita ni masa dalam bas. Uncle driver bas pasangkan. Masa tu otw dari Kluang nak balik UTM Skudai. Tapi sayangnya dapat tengok separuh je.



Jaguar Paw

Kalau dari 5 bintang, mila kasi 4 bintang. Dalam masa 2 jam 18 minit tengok cerita ni, tangan mila banyak di mata. haha.. Mengerikan. Tapi best! Setiap secene mendebarkan. 

Cuma yang tak berapa sedap mata memandang sebab pakaian dorang. Dorang memang bercawat je. Tapi alhamdulillah tiada scene sepertimana yang selalunya ada dalam setiap movie omputeh lain. Fahamkan maksud mila? huhu..

Insyaallah kalau ada masa nanti mila ceritakan. Tapi, bagi siapa yang nak tengok ni linknya.





Monday 16 July 2012

Jauhhhhh di ........belakanG


Harini sempat berkongsi cerita dengan seorang kenalan.Tapi sebelum ni  hanya kenal nama saja. Dari luaran memang tidak selari apa yang ada dalam dirinya. Dari luaran terserlah muka samseng nya. Tapi bila dia membuka cerita tentang ilmu agama. Masyaallah..kagum pulak rasa. 

Semua yang keluar dari mulutnya bersumberkan buku dan kadang-kadang tu dikuatkan dengan dalil-dalil. Tadi pun sempat selak-selak buku dia sekejap. Tajuknya Tuan Bertanya Dr Danial Menjawab.

Sempat juga tengok harga, RM 30. Apa la sangat nilai RM30 kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang ada di dalamnya. Duit boleh dicari. huhu..

Tiba-tiba terasa diri ni masih jauh di belakang =(




Sunday 15 July 2012

tanam ANGGUR



Harini genap 20 hari menganggur atau nama saintifik nya tanam anggur. Seumur hidup sekali je pernah kerja. Itupun masa tunggu result SPM. Setiap kali nak kerja ada je yang menghalang (bkn malas ye..hehe). Antara jawapan yang mak bagi..

 “Tak payahlah kerja. Awak kan dah penat belajar. Ni cuti 2 bulan rehatlah pulak.”

Nak bantah kang jadi anak derhaka pulak (dan2 je..huhu). Tapi tak nak la setakat tanam anggur. Dan disebabkan terlalu obses dengan peria katak, mila tanamlah pokok peria katak. Sebelum cuti sem haritu sempatlah tanam, tapi macam dah tak berbuah lagi je...

So, ini tanam yang baru….

selepas seminggu


Monday 2 July 2012

Bila mak gila bola




Pagi tadi terjawab teka teki dengan kejayaan Sepanyol merangkul piala euro 2012 dengan kemenangan besar 4-0. Kalau ayah mila mesti dia cakap, ‘itali balik bawak bakul’. Faham tak? Maknanya banyak bolos, so nak bawak 4 biji tu kena lah bawak dalam bakul. Huhu..

Bila lelaki minat bola tu biasalah.. tapi ni my mum! Uh…tahun ni da masuk 58 tahun. Tapi semangat bola dia mengalahkan mila. Ha…pada budak laki yang tak percaya mila ni gila bola, jangan lah pelik ye. Sebab…mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi?

Bila orang semua gila Liga Inggeris, mak mila yang bagusnya dia sangat-sangatlah ikuti perkembangan liga Malaysia. Tak caya????? Meh tengok ni…..

Jadual perlawanan ditampal dalam buku catitan  mak



keputusan liga pun diguntingnya

Patutlah surat khabar kat rumah ni berlubang sana-sini. Hmm..kerja mak kitorang rupanya… aish…sabo jelah..

Itu kitorang boleh bersabar lagi, tapi yang paling kitorang paling menyirap bila ada mak dah conquer tv! Nak tak nak terpaksa lah kitorang mengalah bagi dia chance tengok bola. Abang-abang kalau balik cuti mesti mengadu dengan kegilaan mak kitorang. tengok game bola.

Ayah mila? Dia nak tengok berita pun kadang-kadang tak lepas. Kesian ayah kitorang. Makan malam kadang-kadang tu pukul 11. Sebabnya? Mak nak habiskan tengok bola. Haha..

Memang salute lah sebab boleh dikatakan mak hafal kebanyakan pemain negeri kat Malaysia., pemain harimau muda mahupun harimau malaya. Ush..dasyat….

Piala euro ni dia kurang minat sikit, tapi dia tahulah yang mila ni minat Portugal. Yang lawaknya time Portugal lawan Sepanyol dia kejutkan mila…

“Kak…bangun. Dah pukul berapa ni..tak nak tengok bola ke???”

Siap join tengok sekali pulak tu. Rasa nak gelak guling-guling masa tu…. Mak..mak…



I've got it! (part 2)



Tapi dalam situasi yang tertentu ia sangat perlu. Yup! Sangat perlu! Tadi teman mak belanja barang dapur kat Econsave. Nama pun hari ahad, kompem-kompem la ramai orang. Masa nak timbang barang kena beratur. Panjangnya jangan cakaplah. Mang  ai…sabarlah jelah. Dah beratur panjang-panjang tu tiba-tiba ada sorang staff suruh kitorang berbaris memanjang kearah lain. Macam kat sekolah lak kena marah dengan pengawas masa beratur nak beli makanan kat kantin.

okay..yang tak sedapnya tak lama selepas tu muncul satu barisan lain pulak. Adush..mana datangnya ni. Sedap-sedap je cross masuk line kitorang. Dalam hati doa-doa lah staff tadi datang balik marah rakyat Malaysia yang tak berapa nak hormat kat kitorang yang dah beratur punya baik ni.

Tapi..yang lain pulak muncul. Maybe akak kat belakang dah menyirap sangat kut. Dia sound la couple bangsa cina sebab diorang kat depan sekali dalam barisan baru tu. Peh..wat tak tahu je. Toleh pun tak nak. Sian akak tu cakap sowang-sowang.

Disebabkan mila berdiri paling dekat dengan couple tu, mila cuit-cuit tangan wife dia. Pehh..tak toleh jugak. Amboi…nak kena ni.. Tiba-tiba teringat kat lecturer bi yang superb tu! Teringat kisah dia dengan aunty Cina yang tiba-tiba tunduk selepas dia 'spekang bi'.

Ha..pe lagi..mila cuit sambil.. ‘excuse me,sis.’ 2 3 kali gak lah ulang ayat yang sama. Barulah dia pandang. Itupun dia marah-marah. Lepas dengar dia membebel. Ayat pertama mila keluarkan dengan penuh yakin dengan slang bi ‘You supposed queue from the back.’  Haha..terus senyap. 


Tak tahulah apa yang membuatkan dorang tersenyap terus. Akak kat belakang tadi pun senyum sebab barisan yang menyibuk cross kat line kitorang mula beratur kat tempat yang sepatutnya.

To Mr. Affendi, now, I’ve got it! Kadang-kadang kita kena bajet macam bagus. Hahhahaha.. Dan kepada rakyat Malaysia silalah jangan memotong barisan. Tak kesahlah barisan apa sekalipun!





I've got it! (part 1)


Masa mula-mula dia mengajar, kitorang sekelas tertanya-tanya. Ni kelas apa sebenarnya? Serious ke ni kelas English? Haha.. macam kursus motivasi pun ada. Nak kata ajar bi selamba je dia speaking melayu. Ha..dia cakap melayu dalam kelas bi! Itu yang mila tak pernah jumpa sebelum ni dalam mana-mana kelas bi.

Pendekatan yang dia gunakan masa mengajar memang superb! Tak perlu nak guna bahan teknologi yang canggih sangatlah  tapi p&p dia sangatlah.. Entahlah..speechless~  kalau nak cerita pasal dia memang sampai bila tak habis. 


                                              kenangan bersama mr. affendi

Macam biasa setiap kali kelas macam-macam input yang kitorang dapat. Cerita daripada pengalaman dia sendiri…semuanya mesti ada sesuatu yang dia ingin cuba sampaikan. Bila dia nasihat suruh kitorang berlagak untuk berbahasa ‘orang putih’, terdetik dalam hati ni.. perlu ke nak berlagak cakap bi? Cakap melayu sudah.. betul tak?


po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...