Followers

Wednesday, 27 March 2013

lagi untuk Reca Momouss :)



Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…yeayy cuti sekolah! (tak terlambat lagi kan?) hehe.. So, dapatlah skrew2 balik mana-mana tulang yang longgar tu. huhu. Tapi, walaupun cuti sekolah, miLa still berkampung kat sekolah. Ada 2 task, first, kena ceriakan bilik kebitaraan math dan jaga adik2-adik berkawad.


Hmm..ingat dapatlah beraktif semula dekat blog ni, tak berkesempatan juga. Harini, bukak-bukak blog miLa tersenyum lebar mencecah telinga. Ingat entry miLa yang before ni? 333!!! Nak tawu tak Reca balas semula entry miLa.. baca kat sini. hehe.. Mekaseh Reca.. J Tengok ni…comel kan? hehe


mekaseh Reca! :)


Hmm..tapi Reca dah ubah disable right click dia.. Ala…mila nak yang dulu tu… Lagi comel… haha.. 

yang lama kat sebelah belakang...


Sunday, 24 March 2013

333!!!



Bismillahirrahmanirrahim

hasil kerja printscreen..hehe

Alhamdulillah…tercapai jugak hasrat untuk dapat follower yang ke 333. Tq Reca Momouss..Huhu.. Jadi, sebagai tanda penghargaan miLa akan promote blog gadis manis yang berasal dari kepala batas, pulau pinang ni. 


tak dapat right klik, so printscreen lg..huhu


Habis semua entry dia miLa stalk (sorry reca). Hehe.. Hasil dari pembacaan (ayat skema giler J) Reca ni study di politeknik (tak sure poli mana) tapi sekarang ni sedang berLI(Latihan industri) di sebuah company perhotelan. God Luck Reca! Semoga dipermudahkan segalanya.

Yang menariknya Reca pergi kerja nak moto je. Memang berani lah balik malam-malam tu. miLa salute 5 saat! Hehe.. Tapi. sori pada guy kat luar sana yang berminat pada cik Reca ni sebab cik Reca ni sudah pun taken by someone..huhu..

Dan setiap kali entry, Reca akan selitkan gambar meow2 yang comel. Cer tengok kat bawah ni... 

Reca on9 time keje! haha

Soooo....apa lagi...meh pakat ramai-ramai singgah blog Reca (klik sini) ...

p/s: Dalam planning untuk melenyapkan diri dari FB. :(

Tuesday, 19 March 2013

terlepas this moment !!



Bismillahirrahmanirrahim...

Ringkas, cepat dan padat! Okay…miLa akan cuba untuk mengupdate entry yang seRINGKAS dengan menggunakan masa yang CEPAT untuk menghasilkan entry yang PADAT! Haha…Rindu sangat-sangat nak post entry, tapi apakan daya……..

buku menunggu untuk ditanda & paper exam

Nampak tak? Student hari-hari hantar buku. Dengan kena prepare untuk mengajar lagi, buat lesson plan lagi. Itu tak termasuk aktiviti sekolah dan meeting cikgu. miLa memang balik dalam pukul 4-6! Hari-hari okay!! Ya Allah, bantulah miLa menghadapinya. Semoga terus kuat semangat dan ikhlas dalam melaksanakan semua amanah. Okay full stop!

Back to the topic! Tadi miLa sempat jaga budak kawad. Tiba-tiba menyesal…….Ya Allah……miLa terlepas moment ni masa sekolah dulu.  Kenapalah miLa tak tahu yang join kawad ni sangat menyeronokkan?? Penat tu memang lah….Tapi miLa rasa ada something pada kawad ni. Memang rugilah…. 

Walau apa-apa pun, semuanya dah terlepas. Nak menyesal pun tak baik sebab setiap perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah…Allah bagi miLa peluang kedua, dapat merasa keseronokan kawad walaupun bukan berada dalam barisan tetapi menjadi pemerhati. Melihat telatah adik-adik yang mencuit hatiku...hehe

Terima kasih student kawad kaki team bomba STK yang sudi berkongsi kegembiraan awak semua pada saya. Saya sayang awak semua… J


kawad formasi


cun!


p/s: menunggu follower yang ke 333!

Sunday, 10 March 2013

Pengikut yang tak boleh di ikut…



Bismillahirrahmanirrahim…

Dari tajuk nampak macam ada bau-bau politik kan, hmm…tapi tak ye… Walaupun dalam hati ni memang dah berpegang pada satu, tapi takkan sesekali miLa berpolitik di tempat awam. Cukuplah setakat di hati ni je. Undi kan rahsia. Chewahhh..hehe..

Tapi, kadang-kadang geram jugak miLa tengok member-member yang terlalu lantang bersuara kat FB dan termasuk jugak di blog. Obses sangat! miLa tak kesah siapa yang dipangkah, tapi agak-agak la. Secara tak langsung, sebenarnya perbuatan korang tu menjatuhkan diri korang sendiri tawu??? (cuma pendapat miLa je)

Ok back to the topic, ni nak citer pengikut a.k.a follower. Hmm…da lama sebenarnya miLa pendam. Entry ni khas wat blogger yang tak boleh miLa follow. Korang……….please lah…pastikan korang nya setting tu ada link blog anda ye. Kalau tak pun tinggalkan la something kat chatbox. Tp make sure gak yang kat chat tu ade url blog awak ye..

Sebab macam mana lah miLa ni nak follow anda kalau takde satu pun link korang. Apa yang miLa boleh buat cuma menatap muka korang je di box follower. Huhu..


p/s: miLa mewajibkan diri untuk mem”follow” blog yang follow miLa. So, silalah tinggalkan link di tempat yang sepatutnya J

Friday, 8 March 2013

Entry tertunggak: Minggu kedua mengajar, kenangan dolu-dolu..



Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu kedua yang banyak mengimbau memori silam. Banyak kenangan dolu-dolu berenang-renang di kepala.

Bila masuk bilik guru, teringat zaman dulu. miLa gi bilik guru hanya dengan satu matlamat, semata-mata nak sejukkan badan. (bilik guru ada air-cond) hehe

Bila lalu tangga kat blok B, teringat dulu-dulu miLa pernah terlanggar Mr. X..haha…terabur semua buku masa tu..hehe..tak sengaja okay!

Aish…sekarang kalau jalan, miLa akan senyum sorang-sorang jelah, semuanya mengingatkan zaman gadis hingusan..huhu

Tapi secara jujurnya susah untuk rasa diri miLa ni sekarang dah jadi cikgu! Terasa macam mila ni student je. Tulah..inilah akibatnya buat latihan mengajar kat sekolah sendiri..  :)

Satu kes yang miLa tak leh lupa! miLa terikut baca ‘ikrar pelajar’ masa perhimpunan. Nasib baik cikgu yang berdiri sebelah miLa tegur, 

“Eh, mila..ni ikrar pelajar. Cikgu tak payah angkat tangan.” 

Lepas tu baru perasan student yang berdiri kat baris depan semua nya dah senyum-senyum tengok miLa..haha... malu nyerrrrrrrr..... 

p/s: semoga dipermudahkan segalanya ~ aminnn....huhu

Entry tertunggak: Minggu pertama mengajar, test power air mata



Bismillahirrahmanirrahim...

Pengalaman hari pertama yang hampir membuatkan hujan di kawaan mata miLa. haha.. Mana taknya kereta meragam pulak. Dah la first day, Ya Allah memang berserah je masa tu. Tersengguk-sengguk. Bala..bala...(dialog Hantu Kak Limah) Astaghfirullah…tak baik cakap cam tu.. anggap ini semua dugaan dariNya..

Walaupun dah dua tiga kali mati enjin setiap kali berhenti kat kawasan bukit (jalan jam masa ni), miLa gagahkan jugak start enjin semula. Dah lah nervous nak lapor diri membuak-buak, ditambah pulak dengan ketidakwarasan kereta. Huh..tapi alhamdulillah..selamat jugak sampai sekolah.

Dan esoknya, ayah miLa hantar pergi sekolah! Tengs abah! Kereta yang tersengguk-sengguk tu telah selamat dimasukkan wad. Melayang lagi pulusss…

alat penguji tahap gelabah..huhu

Settle mengenai kereta, tugasan yang GPK bagi pada kami bertiga memang lah sangat menguji tahap KETEBALAN TEMBOK MUKA. Huhu.. Sebab kami dikehendaki meminta tandatangan daripada semua guru dan staff sokongan! Oh, my muka!

117 guru + 22 staff = ???

Tempoh masa adalah selama seminggu! Syukurlah miLa dulu sekolah sini, so tak lah gelabah sangat nak cari cikgu ikut list sebab majority miLa masih kenal. Walaupun rasa terbeban dengan extra tugas tu, tapi miLa rasa ada side positive nya jugak. Kalau tak memang taklah miLa nak tegur semua orang. hehe. Malu~

Yang paling mengumbirakan hati bila ada cikgu yang masih kenal miLa…

“Awak dulu sekolah sini kan? Muka awak saya perasan dulu..”

Wahhh…famous jugak aku dulu ek. Hehe. Tapi yang menggelikan hati bila jalan berselisih dengan student....

" assalamualaikum cikgu..."

"selamat sejahtera cikgu.."

Untuk minggu pertama ni memang miLa rasa nak gelak je..haha..sorry lah ye..cikgu masih di awang-awangan lagi ni....hehe


p/s: my big prob, malu tak bertempat! Huh…..  ~,~

Saturday, 2 March 2013

Kau pergi......


Bismillahirrahmanirrahim...

Sedih pulak sebab tak dapat nak update blog macam dulu. Ya Allah, kerja sangat-sangat bertimbun. Padahal sebelum lapor diri ritu ada terniat kat hati yang miLa akan update sentiasa blog ini dan berkongsi pengalaman sebagai seorang GURU PRAKTIKAL!

Hmm..tapi harapan tinggal harapan. Nak gi mengintai kat blogger lain pun tak sempat. Memang terasa terputus hubungan lah. (poyo je ayat..hehe) Maaf la ye korang. miLa baru tahu, macam ni rupanya jadi cikgu :( 

Hmm..sepanjang 2 minggu miLa berpraktikal ni banyak benda yang dah berlaku tapi tak sempat nak share..so, mila point-point kan je la ea…



1)  Kehilangan seorang rakan. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, tapi miLa sempat mengenali arwah. Takziah buat keluarga arwah Ahmad Tarmizi bin Rosdi. Semoga arwah tenang di sana. Al-fatihah buat arwah~


Arwah meninggal ketika ingin menyelamatkan mangsa lemas. Alhamdulillah orang yang diselamatkannnya selamat. Cuma mungkin ini yang dah tertulis buat dirinya. Dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya......

arwah duduk di kiri


2)  Pemergian 2 teman baik miLa Nisha dan Jiha ke Semarang, Indonesia. Dorang dapat tawaran latihan mengajar kat sana untuk tempoh 5 minggu. Gud Luck my bestie!

Oleh sebab terlalu rindu (cewahhh), miLa sanggup turun ke JB semata-mata nak melepaskan rindu. huhu

teman IBUK nisha dan IBUk jiha bershopping..huhu


IBUK nisha... :)

IBUK jiha.. :p


3)     Hmmm..semua pergi tinggalkan miLa. hehe.. Sorang lagi Faris Nasir.. Dia ke Seoul, Korea Selatan untuk program exchange student selama satu sem di Kookmin University. Hmm..jelesss nyerrrr. Hehe..


koreaboy90..haha


Semoga dipermudahkan segalanya. huhu.. Jangan lupe ole-ole untuk miLa ye. Bajet macam Faris baca je kan..huhu (Padahal dia tak tahu pun kewujudan blog ni)


p/s: Yang pergi tetap pergi, yang ada di sisi masih ku tercari-cari..
po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...