Followers

Wednesday, 26 June 2013

cap jari yang special...


Bismillahirrahmanirrahim…

Harini pagi-pagi lagi dah tercongok kat depan Pejabat Pendaftaran Kluang. Nak pi tukaq IC yang version ada dua muka tu. Biasalah pergi dengan abah kan, haruslah menjadi orang pertama yang sampai. Hehe.. Ayat standard abah, “Esok pagi-pagi kena pergi, nanti kalau lambat ramai orang dah. Lama nak kena tunggu nanti.”huhu.. Baik, bos!

Hm…seperti yang dijangka bila urusan yang melibatkan cap jari, mesti akan dengar dialog ni..

“Em..cap jari awak tak boleh detect.”

Dan seperti kebiasaannya, jari miLa akan menjadi mangsa dorang. Entah krim apa ntah yang disapu nya kan jari ni. Redha jelah. Kalau yang sapu kan nya sekaum takpe. Kalau tadi name tag dia tulis “Shahrizal”! Aduhh..batal air semayang! (Sorry zaujku, ini kes tak boleh elak)Huhu.
.
Buntu memikirkan masalah ni, dah bertahun-tahun dah tapi still tak okay. Pakai lotion pun dah. Pernah pergi klinik, doktor cakap.. “Takde apa-apa ni, nanti dah lama-lama baik la”. Rasa macam nak pergi jumpa doktor tu sekarang ni je. “ Doktor tipu!! Tak baik-baik punnnnnnn…..”

ala..tak jelas pulak gambar ni.

Kadang-kadang rasa macam orang kurang upaya pun ada gak. Sedih je. Semua urusan mesti makan masa lama. Alasan yang diberi : "Cap jari awak rosak. Tak match dengan IC." Masa buat lesen memandu pun sama, siap ada special kad untuk miLa cap jari. Pergi mana-mana kena standby surat beranak. Siyesss..terasa OKU. Huhu

master kad cap jari driving school

Tapi yang tak boleh blah, ada yang cakap camni.. “ Ini kalau bawak kau pergi merompak bagus ni. Kau kan takde cap jari. Polis tak boleh detect nya.” Gelak-gelak je dengar. Hm..sabar jelah. Sebabbbbb…setiap ciptaanNya dah cukup sempurna. Teringat kat surah Al-Qiyaamah ayat 4...

“Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.”


Dalam dunia ni, walau pasangan kembar sekalipun cap jari mereka tetap tak akan sama. Setiap orang ada yang tersendiri. Subhanallah… Berapa ramai manusia kat dunia ni? Inilah kekuasaanNya, begitu hebat ciptaanNya.


14 comments:

  1. Samalah dengan jari akak. Agaknya haus ko banyak sgt dok buat kerja rumah. Nak keluar EPF pun dok tonyoh2 la jari dgn losyen, last2 depa link dengan JPN. Print dari sana.

    Keluar duit pun sama terutama dgn amount yg banyak. Berjam2 jugaklah dok buang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ye ke kak?? leh jadi geng ni..huhu..salam perkenalan :)

      2la..leceh..macam-macam prosedur nak kena wat.. kdg2 terfikir gak, insyaallah kalau satu hari nanti bila dapat kerja yang nak key-in kedatangan pkai cap jari..hmm...mesti data tak boleh rekod kan? :(

      akak ade pakai ape2 tak?

      Delete
  2. erm..mmng ramai jgk orang hdapi msalah tu..alhmdulillah, sy tak hdapinya..kalau x, jenuh nak berurusan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..mmg rmai je yg seangkatan dengan mila ni..huhu..Insyaallah xde pnyakit yg xleh disembuh slain mati kan? huhu..sdg mncari pnawar nye... :)

      Delete
  3. nape bleh jadi mcm tu..payah jugk klu jdi mcm tu..nk berurusan pn payahkn..
    cian mila ..cepat2 cari penawar tau..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..mila xpasti kak zara..tp doktor tu ckp kulit jari mila allergic..cth, sabun serbuk..nanti jari mila akn pecah2..cepat terluka..insyaallah..tp buat masa ni tak jumpa lagi..huhu

      Delete
  4. he3 mcm dh kawen je awk ni :) owhh kulit snsetif ni..igtkn gmbar kulit kecut..tp btol jgak..jum p merompak malam ni nak?? he3..byakkn bersbar ye..adalah 2 hikmahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nape ckp sya da kawen??

      aah..kulit sensitif..insyaallah ade hkmah nye..huhu..ha..jom3..cari sasaran.. :p

      Delete
  5. sama lah macam saya cap jari tak boleh setect. rasa sedih sangat bila nak berurusan. saya baru nak buat lesen, so nanti dpt special kad la yee. masih x dpt penawar lagi. huhhu

    ReplyDelete
  6. akhirnya jumpa orang yg alami masalah mcm saya. kita pon sama jari tak boleh detect. rasa sedih bila nak berurusan. saya abru nak ambik lesen so kira dpt special kad juga la yeee. huhuhu. harap2 dapat penawar suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. sama lah macam saya cap jari tak boleh setect. rasa sedih sangat bila nak berurusan. saya baru nak buat lesen, so nanti dpt special kad la yee. masih x dpt penawar lagi. huhhu

    ReplyDelete
  8. salam, boleh saya tahu macam mana awak buat ujian komputer memandu? saya tak boleh ambil ujian sebab cap jari saya rosak. dia kata saya kena pergi JPN dulu buat surat pengesahan yang menyatakan cap jari saya rosak baru boleh ambil ujian. betul ke macam tu? ataupun ada cara lain yang boleh dibuat? saya pun belum tukar i/c baru lagi. maaf banyak bertanya saya harap awak boleh membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...masa buat ujian komputer saya tiada masalah..cuma masalah bila setiap kali kelas memandu...cap jari dengan ic tak match...tapi dia tak suruh pergi JPN pun...sebab dia tahu cap jari saya rosak..cuma saya kena pergi kelas memandu mintak dorang sediakan special card utk saya...gambar kad tu macam kat atas..

      Delete
    2. so..lepas tu setiap kali urusan untuk buat lesen memandu saya kena bawak kad ni sampailah saya selesai dapat lesen memandu..

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...