Powered By Blogger

Followers

Saturday 15 March 2014

Baucar terakhir


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dapat merasa lagi BB1M. Walaupun agak kontroversi sikit sebab awal-awal ritu ada yang cakap dah up jadi RM300. Tapi syukur lah daripada langsung tak dapat, RM250 tu pun dah terlalu cukup. Rasanya kalau takde baucar ni jangan harap lah nak beli buku.

Singgah kedai buku memang lah selalu tapi, lebih  sekadar membelek dari memiliki. Apalah..dengan ilmu pun nak kedekut kan? Tapi itulah diri kita. Harga sepuluh ringgit itu terlalu mahal untuk sebuah buku. Tapi sanggup mengeluarkan berpuluh-puluh untuk beg, kasut dan benda-benda lain. Padahal ilmu itu sampai bila kita boleh guna. Berbanding dengan beg atau kasut, bila dah rosak ke tong sampah la tempatnya. Bukan nak mengata tapi diri ni pun sama. hehe

Tapi tak guna jugak kalau membeli sekadar letak tersusun rapi di rak kan? Kena bijak memilih, beli buku yang kita minat dan yang kita akan baca. Hmm..mungkin ini kali terakhir dapat BB1M. Tapi kalau ada rezeki sambung master bila-bila nanti Insyaallah dapatlah merasa lagi. Itu pun kalau sambung. Doakan. Hehe..


RM200


Thursday 13 March 2014

borang "hari jubah"



Bismillahirrahmanirrahim...



Assalamualaikum wbt,





Semalam dapat borang dari ketua kelas. Bila pegang dan baca isi-isi borang tu rasa sebak tiba-tiba. Ya Allah, 4 tahun kejap je masa berlalu. Dah nak habis dah degree miLa. Rasa macam baru je lagi mak ayah mila hantar masuk UTM ni.

Kalau di ingat kan semula macam-macam dah harungi. Suka..duka.. Pengalaman yang sangat berharga, tak ternilai rasanya. ‘Pengalaman ibu segala guru’. Tapi cukup ke ilmu dan pengalaman yang ada ni untuk hadapi untuk masa yang akan datang?

Teringat satu motivasi, tapi lupa terbaca kat mana. Motivator tu cakap, menuntut ilmu ni tak semestinya kena pergi sekolah, kena ada pen dengan kertas, kena dengar cikgu mengajar kat depan. Tapi menuntut ilmu tu sangatlah meluas. Bila dan kat mana-mana pun kita boleh dapat ilmu. Cari lah ilmu, insyaallah kita tak akan rugi. Dan beramal lah dengan ilmu yang kita ada.

Terjumpa satu hadits Imam At-Tarmidzi,

“Sesungguhnya kami mendengar Al-Quran yang menakjubkan.
Sesiapa yang mendapat ilmu daripadanya, ia pasti unggul.
Sesiapa berkata dengan menggunakan konsepnya, ia berada dalam kebenaran.
Sesiapa menetapkan hukum dengannya, ia pasti berlaku adil.
Sesiapa mengamalkan kandungannya, ia pasti diberi pahala,
Dan sesiapa mengajak orang lain kepadanya, ia pasti akan ditunjukkan kea rah jalan yang lurus.”


p/s: sama-samalah kita doa kan kejayaan kita di dunia dan akhirat.


Wednesday 12 March 2014

doa senjata mukmin: pray for MH370




Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt,

Hari ni dah masuk hari yang ke-5 MH370 hilang. Puas memikir ke mana MH370 menghilang. Macam-macam toeri terbaca. Kat FB, blog sampaikan kat wassup pun ada je yang share teori ke mana hilangnya MH370. Ada yang tak masuk akal pun ada.

Nak tengok berita kat tv kalau dalam UTM  ni kena pergi kafe. Nak streaming berita pun internet macam biskut. So, setiap masa bukak radio kat handfon sebab nak tawu perkembangan terbaru. Ini kita yang takde pertalian darah dengan mangsa. Lagi kan pula kalau mangsa tu antara ahli keluarga kita sendiri. Macam mana lah perasaan dorang kan?

Kalau kita ni yang tak sabar2 nak tawu berita terbaru, dorang lagi lah nak tawu. Kalau kita sedih, dorang lagi lagi lagi la sedih. Ya Allah, tabahkan lah hati mereka dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan dariMu.

Walau apa pun yang dah terjadi kat MH370, terhempas, kena sorok dengan makhluk Allah yang lain, kena rampas atau apa pun sekali yang terjadi, kita kena berdoa. Hanya Dia yang berkuasa. Dia yang menentukan segalaNya. 



Dari sudut yang lain, berdoa je bukanlah tak perlu bertindak apa-apa. Tapi belajarlah dari kesilapan yang telah berlaku. Perbaiki kelemahan. Contoh, kes 2 penumpang yang guna pasport palsu. Macam mana boleh terlepas? Macam-macam lagi kelemahan kita. Dan sebagai negara yang majoriti rakyat beragama Islam, majoriti pemimpin-pemimpin negara pun beragama Islam buka lah mata dan hati kita. Renungkan lah apa yang telah terjadi. 



Friday 7 March 2014

yang tertangguh...




Untuk kali kedua perkara yang sama terjadi semula. Tak pasti sama ada air mata yang mengalir tu tanda keinsafan atau kegembiraan. Alhamdulillah..Kau berikan kepada ku apa yang di cari. Bertambah sikit lagi dah. Rasa lebih tenang. Sayu. Semua bercampur baur.

Untuk kali pertama dulu, tanpa segan silu air mata ni mengalir tanpa menghiraukan sesiapa yang ada ketika itu. Dan untuk yang kedua ni, perasaan yang sama hadir. Allah..istikhamah itu yang aku perlukan. Tapi susahnya…

Nak tunggu berapa lama lagi ye? Sampai bila nak ditangguh? Lebih selesa rasanya berkeadaan begitu. Tapi, apa guna nampak baik di luaran namun di belakang masih banyak lagi benda yang perlu ditinggalkan. Semuanya tak seiringan. Payahnya…





p/s: nak seribu daya, tak nak seribu dalih. lawan si tanduk!


save the date!


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t....

Nampaknya bila balik rumah jela baru dapat update blog. Kalau balik u rasa macam tak sempat je. Dengan wifi utm yang macam biskut kejap ada kejap takde. Macam-macam cerita kalau nak diikutkan, tapi tak tercerita. Hihi

Tahun ni dah mula dah member invite walimatulurus dorang. Setiap kali g wedding member2 rasa macam tak percaya je. Yelah…dulu g wedding dengan family. Gi pun sebab wedding sedara mara. Sekarang ni gi wedding kawan-kawan plak. Aduh…dah besor rupanya miLa ni..hehe

Ni minggu lepas punya cerita. Member masa form 4-5 dulu. Ni entry masa dorang tunang dulu. 'jodoh maktab yang seterusnya' semoga kekal bahagia till jannah to both of you. semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. amin.... 


tahniah misao n hanis!


Balik rumah ni pun dapat lagi satu invitation. 22/3 ni. Pening gak ni. Sebab sabtu miLa ada tusyen. Nampak nya lepas tusyen tu terpaksa la rushing drive balik kluang. Kang tak pergi tak sedap pulak. Takpelah jb kluang tak jauh mana kut, sejam lebih sampailah.


22/3 - tahniah kak syida :)


5/4 nanti kat segamat pulak. Hmm..pun kena pergi gak ni. Best pulak pergi wedding orang ni. haha..mak cakap pergilah, boleh amek berkat. OMG mak..mak…


5/4 - erin dan fikri :)



p/s: terpandang kat kad kahwin tu tulis 'kepada: cik nurshamela saim' Bila la cik tu nak bertukar jadi puan kan. hehe.. okay...mula dah berangan..huh!


po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...