Powered By Blogger

Followers

Wednesday 31 July 2013

Buatmu yang bergari..

Bismillahirrahmanirrahim…

Semalam miLa temankan anak jiran depan rumah buat 'medical check up' untuk sambung belajar. Bila tanya kenapa tak buat2 lagi, dia jawab tunggu abang cuti tak dapat2. Simpati pulak bila dengar, lagipun dia dah takde ayah, dalam hati syukur alhamdulillah miLa masih ada ayah. Teringat entry yang lepas. L

So, pergilah temankan. Sementara tunggu nombor giliran dipanggil, tiba-tiba semua mata kat dalam Klinik Kesihatan ni terarah melihat sesuatu. miLa pun. Ada dua orang warden penjara berjalan seiringan dengan 2 orang banduan. Masing2 bergari. Seorang banduan berbaju hijau, seorang lagi berbaju biru.

Mata ni memang menjadi pemerhati setia. Macam2 gelagat orang yang disekeliling miLa nampak. Ada yang takut untuk dekat2 dengan mereka. Bila nampak banduan yang bergari dan warden duduk kat kerusi ni. Sebelah2 tu semua kosong. Mungkin takut. Ya Allah, apa perasaan banduan tu ek bila semua orang takut nak dekat dengan mereka?


sekeliling kerusi baju hijau tu kosong, semua takut agaknya..

miLa cuba letakkan diri miLa dalam situasi dia. Malu bila semua orang tengok2. Lagi2 dengan gari masih di tangan. Dalam hati penuh simpati. Tapi mungkin ada yang memandang hina. Nak je cakap, "Ha..tulah..kenapa awak tak ingat masa buat salah dulu???" Tapi siapa kita untuk menghukum seseorang. Mungkin itu kisah silam mereka. Ingat, setiap orang pernah melakukan kesilapan.

Sebagai masyarakat, kita patut bagi sokongan pada mereka, maksud miLa janganlah terus mengecop diri mereka sebagai banduan yang sehingga bila-bila tidak akan pernah berubah. Berilah peluang kedua buat mereka. Mereka sudah pun mendapat bayaran di atas kesilapan yang dibuat. Dan buat mereka yang bergari, bantulah diri sendiri, mulakan hidup baru. Belajarlah dari kesilapan sebab peluang kedua sentiasa wujud jika peluang yang diberikan digunakan sebaiknya.

p/s: Terperasan banduan tu pegang2 pergelangan tangan dia, sakit agaknya sebab kena besi gari. 'Awak..lepas ni berubah ye. Jangan jadi jahat lagi."

Monday 29 July 2013

Seandainya...


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah…dah nak masuk hari yang ke-20 kita berpuasa. Tinggal beberapa hari je lagi nak menyambut Syawal. Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita. Aminn..

Semalam terperasan status anak buah miLa kat facebook. Sedih je bunyi nye..



"Teringat kt arwah ayah;(..bulan puasa tahun ny tak meriah seperti dulu...mood:sedih.."

Abang ipar miLa pergi menghadap Ilahi Februari yang lalu. Semoga arwah tenang di sana. Salam Takziah.

Selalu gak terfikir macam manalah bila ayah miLa takde nanti? Ya Allah miLa masih perlukan dia di sisi. Memang setiap yang hidup akan mati. Tapi miLa masih belum bersedia seandainya Dia ingin mengambil kedua-dua orang yang paling miLa sayangi, mak dan abah. Tak dapat nak bayangkan macam mana nanti. Ya Allah, bagilah kesempatan lagi untuk aku berbakti kepada mereka.


Friday 26 July 2013

Cara untuk meringankan blog


Bismillahirrahmanirrahim…

Tadi jalan2 kat blog mama, bacalah entry "Jom Timbang Berat Blog Anda". Mama ada kasi link untuk timbang blog, so mila pun cuba la. Oh My Blog! Obesiti macam tuan nya jugak. Hehe.. mama cakap paling cun berat blog dalam 100kb je. Nak tawu miLa nye berapa?? 420.46kb !! haha..

La…so, selama ni orang lain nak bukak blog mila loading tahap siput bab1 la ye?? hehe.. Ya ampun..ni semua gara-gara widget yang miLa pasang. Mana tak berat kan. Tapi nak buang sayang, almaklum design background blog tak berapa nak cantik. So, bila tambah2 widget tu baru la nampak meriah sikit (perasan) hehe..

Jadi, mila jumpalah pak cik ‘google’ tadi. Search cara nak buat blog ringan. Terjumpa satu entry ni, "Tutorial: Nak ringankan blog/cepatkan loading blog". Tq owner blog tu, Ameno World. miLa dah copy code yang awak bagi tu. Alhamdulillah..miLa rasa macam membantu. Berbeza lah dengan sebelum ni, laju dah.

Jom try, kalau tak nak boleh remove je nanti.

Macam biasa pergi kat Design > Layout > Add a Gadget > pilih HTML/JavaScript
Dan copy paste code ni:


<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0N4V7vIrxcq78valpyiCgZAA4HKKEGuqNXgPNoEiG6HrsqoGBirNcFd0wE7lkeFCp8MMXyyHNjvNbEAkEO7eOvTEpO5CXi6ieF-3OUnl5S46lFegs59YsMlZq4ZDNO3M1QvI0I1W9qJk/s1600/grey.gif"
});
});</script>



Ok done! Jangan lupa save ye. huhu.. Selamat mencuba! Ada perubahan tak??




p/s: Excited miLa gi timbang lagi..tapi hampa..berat sama je. Tapi loading dah laju. Hm…kenapa stiil berat ek walaupun loading dah laju?

Adehh..pening..hehe



Alkisah kuih raya: Suji


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak menjak popular trend ‘kuih tunjuk', 2 3 tahun kebelakangan ni  memang semua 'kuih tunjuk' je kat rumah ni. Dah takde buat sendiri dah. Rindu pulak zaman-zaman duk menggila buat kuih dulu.

“Berapa jenis buat kuih raya tahun ni?”

Hmm..masa ni memang semua orang berlawan-lawan. 9..10..15.. Siapa yang paling banyak, memang bangga giler la dia masa tu. huhu..

Alang2 miLa kat rumah menganggur ni, cuba lah untuk mengasah bakat yang tak berapa nak ada ni. hehe.. “Mak, akak (panggilan mila kat rumah) nak buat kuih raya. Tapi mak tolong ulikan ea, nanti akak gentel je. Mak rilek je ehh.”

 Tapi, nama pun mak kan, tak sampai hati agaknya tengok anak dia buat sorang2, last2 sampai habis mak tolong sekali. huhu.. Untuk harini dapatlah 1 jenis, kuih suji. Salute lah kat mak, resipi semua dalam kepala je. Mak pakai hard disk ape la ek? Hehe..

So...sebelum mila ter'delete' resipi tu dalam kepala ni, better mila transfer kat blog ni. Kang kalau lupa, boleh cari kat sini. Nak salin kat buku, hmm..takut tak jumpa je buku tu tahun depan. Haha




Bahan-bahan:

Minyak sapi
Gula
Tepung gandum
Kacang badam (hiasan)
Nisbah minyak sapi, gula, tepung gandum= 1:1:3


Langkah2:

1) Ayak tepung gandum dan gula.
2) Gaul kan minyak sapi dan gula sehingga sebati. (agak-agak je)
3) Masukkan tepung gandum dalam adunan tadi. Kebiasaannya guna nisbah 1:1:3 tu. Tapi bergantung gak sampai dapat tekstur dia yang betul.
4) Gentel bulat2. Cucuk kacang badam kat kuih tu. Better cucuk dalam2, sebab nanti tak cepat tertanggal.

*mila letak dalam cup kecik2 tu, supaya nampak glemer..hehe

5) Hmm..nak bakar kat oven tu miLa pakai suhu 120 dalam masa 15-20 minit. Korang agak2 sendiri lah ea. Better try bakar 1biji je dulu. Tengok berapa lama yang sesuai.


p/s: Ramai yang buat pakai tepung suji, tapi mak buat pakai tepung gandum je. Bak kata mak, lain orang lain cara. huhu

Wednesday 24 July 2013

Kalau lupa kata laluan SPA


Bismillahirrahmanirrahim...

Rasanya dah kerap sangat miLa dengar orang merungut lupa kata laluan bagi permohonan SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam).  Ada yang mengadu tunggu2 SPA hantar kata laluan yang baru tapi bila check emel tak dapat pun kata laluan baru. So..miLa cubalah bantu mana yang patut. Alhamdulillah..selesai masalah. Huhu

Mula-mula blur jugak, tapi bila fahamkan betul Panduan Pengguna Borang SPA8i baru faham. Tapi ini untuk masalah yang tak terima kata laluan baru dari SPA je taw, miLa cuba ringkaskan kat sini:

1) klik “lupa kata laluan”

klik Lupa Kata Laluan



masukkan nombor IC dalam ruang MyID dan klik "Reset Kata Laluan"

Lepastu keluar ni, klik je Ok.


2) Semak akaun emel anda dan tunggu dalam masa 48 jam.

3) Kalau tak terima sebarang emel daripada SPA, korang kena hubungi SPA di alamat emel HantarPengaktifan@spa.gov.my


Ni contoh emel mila, klik gambar untuk lebih jelas


4) Tunggu dan pihak SPA akan balas emel korang.



Kalau case miLa, pihak SPA suruh buat akaun emel baru. Dah buat lepastu kena send alamat emel baru kat dorang balik. Memang pantas dorang wat kerja. Alhamdulillah, kejap je dah dapat respon. Huhu.. 


Penting ke status si dia?


Bismillahirrahmanirrahim…

Sebagai seorang perempuan, mestilah kte mahukan kehidupan yang lebih baik selepas berkahwin, tapi penting ke kita melihat pekerjaan si dia?


pangkat dan darjat..hehe..


Dan sekiranya kita boleh menerima dia seadanya, bagaimana kte nak meyakinkan kepada kedua ibu bapa kte yang sudah pasti mahu mencari bakal suami yang terbaik untuk anaknya?

Meh..kongsi sikit pendapat korang...terima kasih :)


Tuesday 23 July 2013

walaupun hanya satu huruf...


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..sudah hampir separuh perjalanan kita di bulan Ramadhan. Tanya lah diri kita, sudah banyak mana amalan yang kita sudah lakukan? Lebih baik dari tahun lepas atau masih di takuk lama? Sedar diri ini tidak layak untuk memperkatakan tentang hal ini. Tapi itulah tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati.

“Barangsiapa membaca satu huruf Al-Qur’an, dia akan meperoleh satu kebaikan. Dan kebaikan itu akan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu 1 huruf tapi Alif 1 huruf, Lam 1 huruf dan Mim 1 huruf.”

(Hadits At-Tirmidzi)

Kalau tidak mampu untuk membaca sehelai ayat suciNya, cukup sekadar sepotong ayat. Jika masih tidak mempunyai ruang dan waktu untuk itu, cukuplah hanya satu huruf. Kita tetap akan dibalas dengan kebaikan walaupun hanya satu huruf sahaja. Masyaallah…


Penuhilah ruang yang ada untuk beramal ibadah kepadaNya. Semoga ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan mulia ini diterimaNya hendaknya.


p/s: peringatan untuk diri sendiri dan para sahabat...

Saturday 20 July 2013

Ramadhan Giveaway by ZZ


Bismillahirrahmanirrahim...

Huu..yeahh..demam segmen. Hehe. Macam biase bab segmen2 kat blog ni memang kena tag dengan kak zara lah..hehe. tq kak J

Hmm..kalini Ramadhan Giveaway by ZZ. Sebelum tu nak citer sikit, ada kisah disebalik segmen ni. Semalam ada join segmen dari ecah khalili. Tapi masalahnya tak jumpa kat mana ruang untuk paste url entry segmen tu. So, tanyalah kat kak zara DAN kak zara tinggalkan la link tu kat chatbox. Si gelabah (mila ler) ni pi la klik and terus paste tanpa tengok betul2 link tu. hehe.. guess what? miLa paste url entry segmen ecah kat segmen ZZ. Hehe.. Kalau ZZ tengok mesti sentap je kan. huhu..  So, cepat2 emel kat ZZ minta maaf. Sori ZZ J TER'paste'..hehe

End of story..kwang..kwang..hehe



So, jom join segmen ni. Syaratnya mudah je:

Ofkos kena wat entry segmen.
Follow blog ZZ.
And tag 3 orang teman blogger korang. Tapi tiada paksaan. So, kurang pun boleh. Hehe

Tarikh tutup sampai 30 Julai ni je. Jom join! Mana tawu rezeki korang menang ke kan? Insyaallah..huhu

miLa tag:

(hadiah nampak mcm untuk ladies tapi nanti korang berdua bagi la kat mak ke..adik pmpuan ke..atau ur soulmate..hehe)



Friday 19 July 2013

"First Giveaway by Ecah Khalili"


Bismillahirrahmanirrahim…

Kebiasaannya miLa join segmen setelah ditag oleh teman blogger.  Lain pulak kali ni bila tuan segmen tu sendiri yang datang jemput. Ish..bukan datang rumah mila. Ecah khalili tinggalkan jejak di chatbox miLa je. Tq Ecah! Hehe.. So, sebagai tanda sokongan 1st segmen oleh Ecah, miLa join ye. Tahniah Ecah..huhu





Meh..pakat ramai-ramai kite join. Syarat-syaratnya taklah secerewet mana pun. Mudah je. Follow blog dan like fanpage Ecah. Lepastu korang kena klik beberapa link. Ala..bukan payah mana pun nak klik kan? Huhu.. Jom Join!

Untuk kali ni miLa tag super mama n kak mimie. Selamat bersegmen! hehe



feeling princess~


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak dari kecik memang suka sangat tengok citer cinderella. Feeling2 princess! Sampai pernah lah pasang angan-angan nak kahwin dengan anak raja. Hehe.. Pastu nak jadi macam mendiang Puteri Diana. Tolong orang sana, tolong orang sini. Best nyerrr..huhu

So..kalau nak ditengok kan situasi sekarang ni…hmm..anak raja manalah nak kite ni kan. huhu.. Anak rajagobal pun belum tentu nak kat kite. hehe.. Nak bantu atau sedekah kat orang pun apa lah yang mila ada? Sedekah senyuman jelah yang mampu. Huhu

So..bila member citer pasal ke’best’an program yang dia join tu memang membuatkan hati ni meronta-ronta nak join! Pergi rumah anak yatim dengan rumah orang tua-tua dan hulurkan sumbangan. Bersihkan surau. Dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah..minggu lepas miLa busy kan? haa..miLa join program tu la, “Program Ziarah Ramadhan Siswa Belia 2013” di Surau Taman Molek, JB. Pengalaman jangan cerita lah. Macam-macam miLa dapat. Walaupun puasa, tapi penat tu terbayar dengan setiap kenangan sepanjang program tu.

Masak bubur lambuk dari A to Z kami sama-sama buat. Siap dapat korek resipi lagi dari pakcik surau tu. Sementara tunggu bubur tu sejuk, kami bersihkan pulak sekitar surau. Selepas Zuhur, kerja mem’packing’ dijalankan. Dah siap, ha..apa lagi kitorang pergi kerumah-rumah edarkan bubur pulak. Free je bubur tu, siap kami beri free gift lagi taw, jadual berbuka puasa dan imsak.





Yang sedih part masa nak hulurkan sumbangan kepada keluarga terpilih. Bila dah selesai majlis penyampaian sumbangan, tiba-tiba ada satu mak cik ni bangun pergi kat pengacara majlis. Mak cik tu jalan pun memang dah tak kuat sangat, heret-heret kaki je. Percakapan pun dah tak jelas. Kena dengar betul2 baru faham.

Dia mengadu yang dia tak dapat apa-apa. Ya Allah, sayunya hati ni tengok. Masa tu memang kami semua terdiam. Sebab bungkusan yang ada makanan rutin tu dah habis. Mujur ada ketua kami, dia datang dekat mak cik tu, salam cium tangan dan hulurkan not RM50 2 keping. Dia minta maaf bagi pihak kami dan hanya itu je yang mampu kami bagi. Subhanaallah.. Makin sayu masa tu, air mata si gembeng (miLa ler siapa lagi) memang tunggu masa je nak mengalir.


Aish..kira dari pagi kami sampai kat surau hinggalah malam, macam-macam pengisian kami dapat. Harap-harap next time ada lah lagi program macam ni. Kepada golongan yang berkemampuan, jangan lupa orang yang di bawah anda. Berkongsilah walau sedikit. Kadang-kadang yang sikit tu dah cukup untuk beri sedikit keceriaan kepada mereka.

Jom layan gambar sepanjang program tu...


helaian jadual berbuka dan imsak


bersihkan surau


sesi mengemas


packing bubur


packing-packing


sesi mengedar bubur lambuk


di rumah flat


edar kat pengguna jalan depan surau..hehe


majlis huluran sumbangan makanan rutin



bersama keluarga terpilih


geng ziarah ramadhan, terbaik!!


p/s: hmm..boleh lah nanti miLa share entry resipi bubur lambuk pak cik surau tu..hehe..tq kat nisha sebab join gak..seronok kn? nanti kte join lagi ea :)

Thursday 18 July 2013

Melayan ragam blog..


Bismillahirrahmanirrahim...

Namanya je dah berblog 2 tahun. Tapi ilmu berblog masih kurang di dada. Huhu.. Takpelah..slow-slow ye miLa. hehe

So..atas nasihat daripada kengkawan blog, miLa tukar setting komen. Kalau ada yang komen kena approve dulu dari miLa. Ini semua untuk keselamatan blog yang selalu meragam ni. huhu. Cer baca entry ni, klik sini. Tq syuk shusuke J

Walaupun, ramai dah tahu macam mana nak tukar setting untuk approval comment tu. Tapi ni kira ilmu kan. Sikit pun ia tetap ilmu. Sharing is caring. Chewaahh..huhu. Nah…


Cara nak tukar setting:
1) Klik kat dashboard.
2) Klik “setting”.
3) Pilih “posts and comments”.
4) “Comment moderation”, sila pilih “always”.
5) Letakkan email korang untuk terima notification approve.
6) Then, jangan lupa save setting ye. 




Ha..lagi satu. Kalau dah dapat notification kat emel, korang jangan jadi ‘gelabah cendol’ macam miLa. Hmm..almaklum baru buat, tak pasal-pasal tangan ni pi delete komen orang..haha. Mangsa pertama, mimie najib J Sori kak..tak sengaja..hehe.


Klik kat publish. Jangan klik delete. Kalau tak memang arwah la komen tu. huhu






Contest Ramadhan & Raya by Cik Akak


Bismillahirrahmanirrahim…

Setelah sekian lama tak bersegmen, kali ni miLa join selepas di tag oleh my sis zara. hehe.. Tq kak. Sori..lambat sikit join. Ada masalah teknikal. Huhu..

Dah lama dah follow cik akak nya syarat tapi harini baru nak wat entry nyer..hehe.. Alhamdulillah sempat lagi sebab tarikh segmen ni bermula 10 Julai dan kompem tutup pada 23 Julai ni apabila jam tepat menunjukkan pada 12 malam. 

Meh..ramai-ramai kte meriahkan segmen “CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK”.

miLa nak tag:  fren baru miLa, Aisya Lieza n Hunymadu. Good luck! huhu





banner kredit KathyRbain



Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog adalah Wajib
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja
  • Follow Belog cik akak dan para sponser (wajib)
        Hakim , Farah , Kathy , Kak Hasnah , Wani & Nur Aqilah

  • Add Google + Followers Cik akak dan para sponser (wajib bagi mereka yang ada add google + Followers sahaja)
  • Klik SINI , SINI , SINI , SINI , SINI & SINI (tunggu sampai habis loading)
  • Likes Fanpage dibawah (Wajib)


   




  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri kalian
  • Letak Tajuk " CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK " Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan..
  • Semua peserta wajib memasukkan link blog cik akak ke dalam bloglist masing-masing agar sentiasa alert dengan pengumuman pemenang atau lain2 pengumuman dari cik akak atau sponsor sepanjang contest berlangsung. jika selepas berakhirnya contest kalian nak remove blog cik akak dari bloglist korang pun tidak mengapa. hihihi..
  • Akhir sekali tinggalkan link contest dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100 peratus.
  • Wajib tag 2 orang rakan anda. Pastikan mereka tahu.
  • Jika malas nak buat entri copy je kod html di bawah dan paste di ruangan html new post kalian

Segmen bermula 10.07.2013 dan Tamat 23.07.2013

Jam 12.00 malam (tamat)




Wednesday 10 July 2013

TV1, saya nak bagi cadangan!


Bismillahirrahmanirrahim..

Daripada haritu dah sebenarnya nak cerita pasal ni, tapi hmm..blog meragam pulak. Aish..nak merajuk manja-manja ler tu. Sabar jelah..hehe. Blog dah okay tapi asyik tak menyempat jek nak update. Busy lah sangat (tangan di bahu mata pandang ke atas).Ni kira miLa nak lepas geram selepas seminggu blog ni tak berupdate.

Setiap kali nak menyambut bulan Ramadhan, kalau bukak TV1 memang siaran tilawah al-quran jelah. Masa kecik-kecik dulu pernah termerungut, “Alah…bosan. Takde citer, sik mengaji jek!” Dah besar ni bila dah ada akal, memang geleng kepala je kalau teringat dialog tu. mila…mila…huhu. 

Hmm..walaupun peserta semua berbeza warna kulit, bahasa, fesyen baju dan macam-macam lagi yang sememangnya pelik2 TAPI dorang baca benda yang sama AL-QURAN. J Sejuk perut miLa dengar, mesti perut mak dorang lagi sejuk kan?hehe

Hmm..dan setiap kali tu jugak lah miLa jadi pembantu mak nak cari surah Al-Quran yang nak dibaca oleh qari ngan qariah tu. Bila lah nak jadi macam mak kan, peserta tu baca pastu sama-sama semak kat Al-Quran? Insyaallah..huhu. Harap sangat tahun depan pihak tv1 dapat paparkan surah apa dan ayat ke berapa yang di baca.

Macam sekarang ni memang dia tunjuk, tapi kejap jek. Pastu dah hilang. Kadang-kadang mak terlepas pandang. Kalau boleh biarlah sampai orang tu habis benda tu still ada kat situ. Senang orang yang seusia dengan mak miLa nak cari surahnya. Setiap kali ni gak terasa miLa amek exam muet, dengar juruhebah pelbagai bahasa tu sebut surahnya. Pastu kena cepat-cepat cari surahnya.


Kadang-kadang tak jumpa jugak, sebab mak cakap surah lain, miLa cari surah lain. sampai ke sudah tak jumpa.hehe.. Memang dia dah tunjuk ayat-ayatnya, tapi untuk orang macam mak miLa ni manalah nak nampak. Al-maklum tv umah ni tak lah besar mana pun. Huhu. Kalau nampak pun, macam tak puas, kalau boleh nak gak baca kat Al-Quran.

So, untuk tahun hadapan mengharap sangat TV1 dapat paparkan nama surah dengan ayat ke berapa sepanjang qari dengan qariah tu baca. Insyaallah dapat permudahkan semua. huhu.

hmm...kesempatan ni miLa nak ucap salam Ramadhan buat semua sahabat blogger miLa. Sama-samalah kita pertingkatkan amal ibadah kita. Jangan lupa niat! nah...amek ni..huhu




po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...