Followers

Wednesday, 26 June 2013

Ehemm..ehemm..


Bismillahirrahmanirrahim…

Sejak menjak ni, rasa diri di awang-awangan je. Walaupun sebelum ni dah rekrut hati dah,tak moh dah layan benda-benda ni lagi. Nak wat dono je, tak nak layan. Nak wat macam orang takde perasaan. Takut. Semua ada.

Siap pesan kat mak lagi, “Mak, orang tak nak cari sendiri. Mak carikanlah. Baik bagi mak, baiklah untuk anak mak ni.” haha. Macam desperate sangat je kan bunyinya..huhu
Hmm..apa-apa pun, yang penting sekarang ni kena fokus apa yang lebih penting dulu: study…

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T


Sumber: FB

p/s: Kali ni, kawan-kawan dulu. Kalau ada jodoh, Insyaallah…

Rindu mereka.......





cap jari yang special...


Bismillahirrahmanirrahim…

Harini pagi-pagi lagi dah tercongok kat depan Pejabat Pendaftaran Kluang. Nak pi tukaq IC yang version ada dua muka tu. Biasalah pergi dengan abah kan, haruslah menjadi orang pertama yang sampai. Hehe.. Ayat standard abah, “Esok pagi-pagi kena pergi, nanti kalau lambat ramai orang dah. Lama nak kena tunggu nanti.”huhu.. Baik, bos!

Hm…seperti yang dijangka bila urusan yang melibatkan cap jari, mesti akan dengar dialog ni..

“Em..cap jari awak tak boleh detect.”

Dan seperti kebiasaannya, jari miLa akan menjadi mangsa dorang. Entah krim apa ntah yang disapu nya kan jari ni. Redha jelah. Kalau yang sapu kan nya sekaum takpe. Kalau tadi name tag dia tulis “Shahrizal”! Aduhh..batal air semayang! (Sorry zaujku, ini kes tak boleh elak)Huhu.
.
Buntu memikirkan masalah ni, dah bertahun-tahun dah tapi still tak okay. Pakai lotion pun dah. Pernah pergi klinik, doktor cakap.. “Takde apa-apa ni, nanti dah lama-lama baik la”. Rasa macam nak pergi jumpa doktor tu sekarang ni je. “ Doktor tipu!! Tak baik-baik punnnnnnn…..”

ala..tak jelas pulak gambar ni.

Kadang-kadang rasa macam orang kurang upaya pun ada gak. Sedih je. Semua urusan mesti makan masa lama. Alasan yang diberi : "Cap jari awak rosak. Tak match dengan IC." Masa buat lesen memandu pun sama, siap ada special kad untuk miLa cap jari. Pergi mana-mana kena standby surat beranak. Siyesss..terasa OKU. Huhu

master kad cap jari driving school

Tapi yang tak boleh blah, ada yang cakap camni.. “ Ini kalau bawak kau pergi merompak bagus ni. Kau kan takde cap jari. Polis tak boleh detect nya.” Gelak-gelak je dengar. Hm..sabar jelah. Sebabbbbb…setiap ciptaanNya dah cukup sempurna. Teringat kat surah Al-Qiyaamah ayat 4...

“Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.”


Dalam dunia ni, walau pasangan kembar sekalipun cap jari mereka tetap tak akan sama. Setiap orang ada yang tersendiri. Subhanallah… Berapa ramai manusia kat dunia ni? Inilah kekuasaanNya, begitu hebat ciptaanNya.


Tuesday, 25 June 2013

Tak susah nak dapat pahala


Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat kat entry S.K.A, "owhh idea come to papa.." haha.. same situation lah, nak update entry baru tapi tak tahu nak citer pasal apa. Kang kalau citer pasal diri sendiri meluat pulak orang nak baca..hehe

So…sedang bercucuk tanam anggur kat rumah ni, miLa isi kan lah masa untuk santapan rohani. Baru teringat haritu ada beli buku guna baucer tapi belum tersentuh lagi. Huhu..Okay..so untuk next entry insyaallah nak share apa yang miLa rasa menarik. So..for this entry miLa nak share suatu hadis….

“Jika hambaKu merancang melakukan kebaikan, maka Aku akan rekodkan untuknya satu pahala walaupun dia belum melakukannya. Jika dia telah melakukannya, maka Aku akan rekodkan sepuluh kali ganda (pahala amalan tersebut).”

“Sekiranya dia berniat untuk melakukan satu kejahatan, maka Aku tetap memaafkannya selagi dia belum melakukan kejahatan tersebut. Jika dia telah melakukannya, maka Aku rekodkan sebagaimana perbuatan yang dilakukannya.”

Para malaikat berkata, “Wahai Tuhan, itu seorang hamba-Mu yang hendak melakukan keburukan.”

Allah berfirman (sedangkan Allah lebih mengetahui) : “Lihatlah dia. Jika dia melakukannya, maka catatkan kejahatan itu untuknya. Jika dia meninggalkannya, maka rekodlah untuknya satu pahala. Sesungguhnya dia meninggalkan kejahatan itu kerana takut kepadaKu.”

(Riwayat Muslim)

Sumber: solusi isu 56


Hmmm…betapa Allah sayangkan makhlukNya kan?? Walaupun kita cuma ada niat nak buat baik je, dah dapat satu pahala. Kalau kita buat lagilah, dapat 10 kali ganda. Dan selagi kita tak buat niat jahat kita, Allah tak hukum kita selagi kita belum melakukannya. Diberi pahala pulak tu kalau kita tak teruskan niat jahat kita tu. Tak susah kan nak dapat pahala???

Gambar kat bawah ni takde kaitan dengan tajuk.. Askar sedang menceroboh laptop miLa..hehe

amanda!! wat are u doing haa???


Friday, 21 June 2013

geng degil


Bismillahirrahmanirrahim...

Hmmm..penat mak cik basuh si kecik (kete) tu pagi semalam! Tengah hari jengah tengok dah berhabuk balik. Ohhh…ini ke jerebu nyer?? Haha..umur dah 22 tahun baru tahu jerebu tu apa, penat mak abah hantar pi sekolah. Sorry mak abah kite kurang berpengetahuan am sikit. huhu

Walaupun sana sini orang duk sibuk nasihat kena kurangkan aktiviti luar, tapi bagai mencurahkan air kat payung. Huhu.. si degil ni tetap pi naik gunung gak semalam! Padahal masa nak otw nak ke Gunung Lambak tu nampaklah orang drive dalam kete yang ber’air cond’ pun pakai emas. miLa bukan setakat kan emas, perak berlian zamrud pun tak pakai. (nak wat lawak tak jadi, emas=mask) hehe


Before pergi tu terdetik gak dalam hati, mesti kitorang je kan yang keluar beriadah. Sekali sampai sana…hahaha..orang Kluang ni memang degil-degil ek?? Ramai kut 'geng degil' kat sana. Rasa macam nak 'shake hand' je dengan semua orang yang miLa berselisih masa daki gunung tu. Pastu nak cakap “hai..kite geng arr..”haha


jerebu di kluang


laluan mountain bike


tempat paintball..


'geng degil'..haha


Last pic tu, orang yang kita nampak tu bukan nak naik taw tapi menurun! Hmm..pastu baru teringat sebelum ni ada terbaca, kalau tak nak penat turun bukit kena jalan mengundur. Tapi kena berhati-hatilah kalau tak nak tersungkur. Kalau tak free free je dapat kiss dari bumi nanti. huhu


p/s: dapat naik sampai separuh je..hehe..penyakit semput datang. huhu..tak laratttt.... L




Tuesday, 18 June 2013

bagi sardin?? sempoiiii pengantin tu..


Bismillahirrahmanirrahim...

Aritu jiran depan rumah ada bagi kad jemputan kahwin dari sedara dia kat kg Pontian. Hmm..mak abah memang dilemma nak pergi atau tak sebab tak kenal pun siapa gerangan empunya kad itu.

Tapi…kan dari segi Islam wajib pergi kalau dijemput?? So..dorang decidelah nak pergi. Tapi bila sampai masanya memang tak dapat nak pergi jugak. Hmm..kita merancang, Allah yang menentukan. Ada hikmahnya kutt..huhu

Tapi, mak abah tetap kirimkan duit salam kaut (duit yang orang bagi kat mak ayah pengantin). Pastu esoknya jiran miLa datang bagi goodies bag dari sedara dia.
Okay inilah main point yang miLa nak citer sebenarnya…..haaaaa…tawu tak apa yang ada dalam goodies bag tu???

Terkejuttttt mak miLa..hehehe



Miss sardinnnn


Wa…tak pernah terfikir. Not bad ek? Hmm..leh masak. Daripada bagi cawan-cawan yang saiz nye tangan baby je boleh pegang, better kasi sardin kann..huhu



p/s: tak dapat keje kat kedai roti..wuarghh..sedihhh :(


zon larangan buat sahabat realiti


Bismillahirrahmanirrahim...


Iye.....buat blog untuk kasi orang baca. Tapiiiii...blog miLa ni zon larangan bagi sesiapa yang mengenali miLa di dunia realiti. (poyo je ayat..haha)Yang tawu miLa ada blog ni cuma my bestie Nisha dengan Jiha je. Dorang tahu pun sebab dorang pun ada blog gak. Even family miLa pun tak tahu kewujudan blog ni. Agaknya mak abah pun tak tahu BLOG tu apa.

Malu kuttt..kalau orang sekeliling miLa baca entry-entry kat blog ni. So, agak gelabah level 999999 bila member chat miLa kat fesbuk, seolah-olah dah baca blog miLa!

huh..dah nak nangis tadi. Tup..tup..dia kata acah je. And dia tak tahu pun yang miLa ni betul-betul ada blog. Pehh..sabar jelahhh… Kebetulan masa tu kat econsave mak pesan suruh belikan barang dapur. Hmm..tak pasal-pasal banyak barang yang miLa tak beli. Sorry ye mak!

Lepas tu, dia merengek nak link blog. Haha.. Tak akan ku kasi! So moral of the cerita, jangan cepat melatah. Kena relax dan cool sentiasa. Kalau tak..hmm..tak pasal-pasal mengkantoikan diri sendiri. 

Dalam hati ni geram je dengan dia, rasa nak buat something sebagai ganti rugi buat miLa sasau tak tentu pasal. hehe. TAPI..bak kata Nisha (amek kat blog dia),

“Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling batu lalu dibalas dengan buah...”

Maksudnya, walau orang buat jahat macam mana sekalipun kat kita, kita tak boleh balas dengan jahat semula. Hmm..selama ni pun memang guna prinsip ni pun. Biarlah orang nak buat apa kat kita, tapi kita jangan balas balik okay! huhu..peace yaww....



 jom singgah pi blog NISHA, klik sini.



Saturday, 15 June 2013

Selepas 2 tahun 2 bulan: 404!


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..dah mencuit angka 400 ratus. Hehe.. Kalau blogger lain dah beribu-ribu dah selepas dua tahun. Yolaahh…siapalah nak follow itewww kan.. Iteww sedar iteww sapewww. Uhh..stop spelling like dat! Mengandungkan! Eh..silap..silap..meloyakan!


Okay..terima kasih banyak buat follower miLa yang ke-404 bulan siang. Adik Bulan Syurga Firdausi ke? Hehe.. Nasib baik dah tukar status. Kalau tak baru miLa nak keneng-kenengkan dengan bulan siang. Opss..miLa gurau je taw Setanggi Syurga J

Salam ukhwah ct zulaiha ismail! Kita sebaya taw. Hehe..  Sempatlah tadi miLa berjogging-jogging kat blog Zuzu (nama manja ea?). Orang utarrra ni. Hmm..maybe lah sebab ade loghat-loghat sana. Macam seratuih..belajaq…hehe

Bulan Siang bukan calang-calang orang ye. Kawan baru miLa ni study kat Universiti Mutah, Jordan jurusan Bahasa dan Kesusasteraan. Tersentuh baca artikel Zuzu yang ni, Aku Pelajar Bahasa Arab.



hasil printscreen..hehe


Hmm…buat Zuzu, lantaq pi lah ape orang nak cakap. Ignore je taw. Yang penting awak jangan putus asa. Walaupun daq dekan lagi, kalau naik tu pun dah ok ape. Ada improvement. Keep it up ye J


Thursday, 13 June 2013

Emm..kat sini ada keje kosong tak?


Bismillahirrahmanirrahim...

Hehe..pecah rekod! miLa minta kerja…..waa…benda baru dalam hidup miLa ni. !st time taw cari kerja. Huhu. Al-maklum cuti 3 bulan ni takkan nak tanam anggur je betul tak? Kali ni nekad, mak ke..abah ke..abang-abang ke..walau tak kasi camne pun, miLa nak koje jugak. Huhu

Tadi sambil-sambil beli roti kat kedai roti (takkan kat kedai motor pulak..hehe) mulut ni ringan je tanya..

“emm..kat sini ada kerja kosong tak?"

Budak yang jaga kaunter tu kata tak pasti sebab bos takde. Dia cakap lepas raya baru nak pakai orang. Ala…lepas raya miLa dah naik sem. Huh~

Next sasaran? Hehe.. kedai roti jugak J Esok nak mencuba nasib. Doa kan ye..huhu.. Sambil menyelam nak minum air ni. Hehe.. Niat di hati, sambil kerja tu sambil nak belajar buat roti..kek ke??  Yelahh..senang nanti dah kahwin. Order je kat Umi, nanti Umi buat kan ye. Umi?? Oh..no..apsal berangan terlebih ni? huh~

Hmmm..alangkah bestnya kalau dapat sambung mengajar lagi L Rasa macam nak pergi mohon je kat PPD ada tak nak pakai cikgu. Tapi awal-awal lagi abah dah tak kasi. Ayoyoo..abah kata nanti kalau dapat susah nak mohon cuti. Nanti asyik busy je macam LM haritu. Pergi kerja pagi-pagi, tapi petang baru balik.


p/s: sangat2 rindu kat student miLa.. 1ERA1..4ST2..cikgu rindu awak semua L

miss them damn much!!



say gudbye to anonymous!


Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang ni dah peka sikit bab-bab yang ada kaitan dengan penulisan media lagi-lagi kalau blog. Kalau dulu wat pekak-pekak je. Anonymous benda alah ape pun tak tahu. Hehe..

Macam biasa sejak menjadi penanam anggur yang sukses ni, pagi-pagi lagi dah tunggu Pak Wan hantar surat khabar. Kadang-kadang siap berebut lagi dengan mak nak baca. Hehe.. tak matured!


Selak punya selak jumpalah artikel ni..



“Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar”

“…langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka..”

"..cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.."

Komen miLa?? hmm..ada baiknya jugak kut dorang wat macam ni. Kalau tak ibarat baling batu lepas tu sorok kan tangan. Mungkin niat si anonymous ni nak menegur, tapi kalau difikir-fikir kan balik kalau teguran yang dibuat tu betul dan ke arah yang baik buat apa nak takut. Kan? kan? Letak jelah nama korang. Letak sekali dengan bin ngan binti. Silap-silap dapat anugerah apa-apa. hehe

Ow…ke anonymous ni takut penulis blog atau portal tu sentap dengan teguran tu? Hmm…baik nya anonymous kan nak jaga hati penulis!! (tangan kat bahu sambil pandang ke atas) hihi..

Hmm..tapi kesian gak la kat secret admire mana-mana blog. Tak dapat dah nak komen kat blog pujaan hatiii..hehe.. sorry ye jangan salah faham, miLa tak pernah buat okay!

p/s: nak baca artikel tu?? klik sini.

Entry tak semegah!


Bismillahirrahmanirrahim...

Lepas published guna fon "canggih" tu, cepat-cepat on laptop bukak blog. Haha.. Gelak-gelak je baca entry 1st entry via alcatel. Hehe. Hm..sayangnya tak boleh adjust font. Kalau tak kompem lepas ni laju je post entry baru. Aishh..kena beli gadget canggih-canggih ni..

Cepatlah habis belajar…..cepatlah dapat kerja….then cepat lah boleh kahwin! Oppsss…tersilap..cepat dapat gaji! Yeayyy..


p/s: maaf..entry mood kanak-kanak ribena.. J

1st entry via alcatel!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...sekarang boleh berblogging kat mana pun miLa gi. Handphone canggih la kate kan. Nak cakap miLa nk berlagak?? Terserahhhh....huhu..

Hey u'all...fon miLa ni 50 hinggit je okay. Hehe..  alacatel one touch 2s..

haa...tak pernah dengar kan fon ni? Actually miLa guna rebat SKMM tu. Terkejut mula-mula bila abang bawak balik uma cakap "50 hinggit je taw". Hmm..apa lagi kan nak pakai samsung yang ber"SS" memang den tak mampu. Huhu

Yelahh..student lagi kut. Nak keluar kan duit beratus-ratus untuk sebuah fon je?? Hmm..memang tak lah kut. Haha.. terserlah kedekutan di situ ek?

Tuesday, 11 June 2013

masih bergelumang~


Bismillahirrahmanirrahim…

Tajuk bukan kemain lagi kan..hehe. Teringat kat ayat Nisha,

“Orang lain dah lama dah habis Latihan Mengajar, kau pulak tak habis-habis lagi buat buku rancangan mengajar tu”

Haha..masih bergelumang dengan buku mengajar

miLa janji nak pos buku isnin minggu lepas kan? miLa tak jadi pos pun. Sebab rasa tertipu giler ngan someone. Suruh miLa call lecturer minta panjangkan due date hantar buku tu. Tu yang mila pun wat dono jek tak hantar buku masa yang miLa balik UTM masa Jumaat tu. Sebab ingat kan dorang pun hantar lewat.

Sekali...bila miLa tanya akak dah hantar belum. dia jawab "Dah..hari jumaat ritu" 
Derrrrrr...menyirappp..sabo jelah... Tak pasal-pasal i takde mood nak post entry baru (xde kaitan kan??hehe)

So, miLa decide alang-alang dah lambat ni better miLa tak payah pos. Better jumpa empat mata dengan lecturer hantar sendiri. Tak kesah lah walaupun terlewat SEMINGGU! haha..sempoi kau miLa! selamba je kan.. Buat lecturer tu macam member-member kau je. hehe

Semalam dah jumpa dah lecturer miLa tu. Tup..tup..dia suruh bawak balik lagi! Hahaha.. Hmm..ada la tu yang dia suruh tambah lagi.  Due date ditambah lagi sampai minggu ni. 
Nasib baik tak pos ritu kan..ada hikmahnya kena tipu ritu. huhu


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. ”


                                                                                                                  (Al-Baqarah: 216)

p/s: sori sesiapa yang dah follow..takleh nak follow korang balik..nape ntah :(

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...