Powered By Blogger

Followers

Saturday 24 March 2012

kebakaran


 

Bukan terbakar lah. Cuma pejabat kesihatan buat fogging je. Huhu.. 

 kereta pun jadi mangsa

 si pe"fogging"

Fogging adalah scene yang paling tak suka bila duduk asrama. Nak tahu kenapa?

PERTAMA, kena sorokkan semua baju dan makanan. Kalau tidak..hmm..baju akan bertukar bau..

KEDUA,  lantai  akan bertukar menjadi LEKIT. Masa ni, nak mop pun tak boleh, sebab akan bertambah lekit.

KETIGA, menjadi penunggu setia. Bab-bab menunggu ni ada 2 part: 
Part yang pertama: tungu bila nak start sembur.
Padahal nya buat announcement bukan main awal lagi. Beria-ia je kita cepat-cepat keluar. Dah la pakaian mase tu memang pakai sembrono (jawa..sembarangan) je. Tup..tup..setengah jam kemudian baru lah dia sembur. Aish..sabar jelah..
Part yang kedua, nak tunggu aswap hilang. Haa..yang ni memang lah lama. Degil betul asap-asap ni tak mahu keluar. 

Kat sini ada tips sikit untuk mencepatkan asap-asap yang degil tu. Sebelum keluar bilik, kowang takyah padam kipas. Lepas tu, buka tingkap seluas-luasnya.

 macam terbakar kan??

aishiteru satu! menunggu...sesuatu yang....

 penunggu...

Tuesday 20 March 2012

BBQ vs. Steamboat



 
Banyak pulak rasanya entry kat blog ni pasal makanan. Hmm..apa boleh buat dah memang kuat makan. =p Kali ini nak cerita pasal makan bbq dan steamboat pulak. 

Di sekitar Johor Bharu ni banyak rasanya tempat steamboat dan bbq tapi kitorang pilih di D’TERRACE BBQ STEAMBOAT yang terletak di Jalan Kolam Ayer. Kalau dari Hospital Sultanah Aminah adalah dalam 1 km. Malas nak cerita banyak-banyak. Layan jelah ea gambar-gambar ni…………..



 sabar mira...kejap lagi masak tu..


 pose dari jiot dan kak wi




rakus nya!! ei..tangan siapa lah ni..huhu


 yummy,,yummmy...........


bersama Kak Wi a.k.a Ketibus (ketiak busuk) =p


 agak-agak terjawab tak soalan tadi??  cucuk pe pulak la tu??



sedap nya bubur....



 
gila kamera..haha


Bak kata Astro "macam-macam ada" pilih jelah nak makan apa. Selain itu, kat sini ada jugak sediakan nasi putih, mi segera dan bubur. Bubur kat sini boleh tahan sedapnya.

Aiskrim pun ada jugak. Sedap yang teramat! Nama aiskrim tu Rasa Sayang. Made in S'gpore.Try cari aiskrim tu kat kedai luar tapi takde jual pulak.

Nasihat ikhlas dari mila, pastikan perut anda mempunyai ruang yang secukupnya. Haa..kalau tak menyesal laaa. Mana tak nya..dengan bayaran RM20.90 sekepala kalau setakat nak makan sejemput. Aish..membazir-membazir. Kalau untuk kanak-kanak rasanya RM 10 je kut.

Kalau nak makan selalu alamat bankrup la. so...kitorang plan setiap sem hanya sekali je boleh makan kat sini. hhuhu.. so, kena tunggu sem depanlah ek? hmmm...tak sabar.............................










Saturday 17 March 2012

ex-friend




Selalu dengar istilah ex-girlfriend, ex-boyfriend, ex-wife dan sewaktu dengannya. Tapi..pernah tak dengar orang kata:

 “Dia tu bekas kawan aku.” 

Hahaha.. Tak pernah kan?? Sebabnya.....

once friend always friends..’ 
  
Biasalah kalau ada tergaduh sikit-sikit tu, asam garam dalam kehidupan. Bukan suami isteri saje taw yang ada dugaan, orang berkawan pun ada jugak.  Tak kisah lah berkawan  dengan sesama jantina atau berlainan. Kadang-kadang ada yang tak berapa suka dengan keakraban kita. Nanti mula lah ada yang busuk hati menjadi ‘jarum’ mencucuk sana sini.

Serious, bukan senang nak dapat kawan yang ada masa kita bergelak dan menangis. Kawan untuk gelak tu memang ramai. Berlambak-lambak..bersepah-sepah..bertaburan... Tapi susah nak jumpa kawan yang ada masa kita menangis. Kalau anda jumpa, please…jangan biarkan dia pergi.

‘You jump, i jump!’

 Wow..titanic..huhu.. Penting dalam memilih dengan siapa kita harus berkawan. Berkawan dengan penjual sate badan kita akan berbau sate jugak. Badan kita  takkan bertukar menjadi bau durian. Melainkan kalau kita berkawan dengan si penjual durian. Tak percaya?? Trylah…… 

Kalau kita baca mana-mana artikel tentang keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang, faktor ‘terpengaruh dengan rakan sebaya’ mesti tak pernah tertinggal. Mesti ada punya. Tak percaya? Cuba check kat karangan bahasa melayu adik-adik kita yang masih bersekolah. Haa..ada kan???

Tapi tak salah kan kalau kita berkawan dengan orang yang dah terhanyut. Sampai bila kita nak tengok dia hanyut. Tapi berubahkanlah dia sebelum dia pulak mengubahkan diri anda untuk sama-sama hanyut dengan dirinya. Uhh..bahaya…….


doa dhuha

Assalamualaikum.. selamat pagi semua… 
Huhu..waktu pagi ke sekarang? hmm… tak kesah lah.. apa yang korang lakukan semasa bangun dari tidur? Mungkin ada yang………. 
"Arghhh..pukul berapa ni???aku lambat bangun ni..!"

Ingat lagi dulu, ustazah kat sekolah agama dulu pernah pesan. Masa kita bangun dari tidur ucapkanlah salam pada malaikat yang ada di kiri dan kanan kita dan tidak lupa juga pada Rasul Allah. Dan berdoalah seketika agar hari yang kita bakal tempuhi pada hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam…

Kat sini mila nak share kat korang doa dhuha. Disertakan sekali dengan terjemahannya sekali.

وَالْقُوَّةَ جَمَالُكَ، وَالْجَمَالَ بَهَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ ضُحَاءُكَ، الضُّحَآءَ اِنَّ اَللهُمَّ
فِى رِزْقَى كَانَ اِنْ اَللهُمَّ.عِصْمَتُكَ وَالْعِصْمَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُوَّتُكَ
فَيَسِّرْهُ مُعَسَّرًا كَانَ وَاِنْ فَأَخْرِجْهُ اْلاَرْضِ فِى كَانَ وَاِنْ فَأَنْزِلْهُ السَّمَآءِ
وَبَهَاءِكَ ضُحَاءِكَ بِحَقِّ فَقَرِّبْهُ بَعِيْدًا كَانَ وَاِنْ فَطَهِّرْهُ حَرَامًا كَانَ وَاِنْ
.الصَّالِحِيْنَ عِبَادَكَ مَآاَتَيْتَ نِىْ آتِوَقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ وَجَمَالِكَ

ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBADIKASH SHALIHIN.

Ertinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Hmm…perasan tak sebenarnya ayat doa dhuha versi jawi tu salah??? Mila dapat doa dhuha ni kat internet. Tapi dah lama dah. Tapi baru terperasan yang susunan dia salah. 

Hati-hati taw bila nak cari apa-apa kat internet. Lagi-lagi ayat al-Quran. Rasanya lagi bagus kalau kita rujuk pada yang pakar. Kalau boleh cubalah elakkan dari mengoogle. Sekarang ni macam-macam cara pihak luar untuk mempermainkan agama Islam. 

Tapi, mungkin juga orang yang share ayat ni kat laman tersebut takde niat buruk apa-apa, mungkin berlaku kesilapan teknikal. Tapi kita kena hati-hatilah ye. Yang ni versi yang betul selepas di edit.


اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
  

Tapi selepas edit, macam biasa terus save dalam file. Tup..tup..bila bukak. Ayatnya dah ter’shuffle’ balik. So, bila fikir-fikirkan balik mungkin ayat kat laman tu betul tapi bila mila save kat file ayat tu tershuffle sndiri. jadi, berhati-hatilah bila nak save ayat al-Quran dalam lappy. Mungkin mila kena cari satu software yang boleh tulis ayat al-Quran. Hmm..nak carilah…

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...