Powered By Blogger

Followers

Wednesday 30 November 2011

IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSEL



PERTAMA :

Pensel ini mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya.

*Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidup kita iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA :

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Dan kita akan mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.

*Begitu juga akan berlaku dalam hidup kita. Kita mestilah berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri kita menjadi lebih baik.

KETIGA :

Pensel ini mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.

* Sentiasalah kita memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

KEEMPAT :

Luar atau isi pensel yang lebih penting? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya.

* Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA :

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.

*Begitu juga kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Jadi, bijak dan berhati-hatilah dalam bertindak.

-solusi isu no.35-

Tuesday 29 November 2011

PATAH SERIBU...

 Tajuk Lirik Lagu: Patah Seribu
Artis: Shila Amzah


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku









Sunday 27 November 2011

a + b + c !!

Sudah lama rasa nya tak post apa-apa kat sini. Walaupun memang tahu takde siapa pun yang nak baca. Tapi saya nak post gak! haha.. Syok sendiri la kata kan.

Okay.. saya nak share dengan semua tempat paling best (antara yang terbest pernah jumpe) a+b+c. AIR BATU CAMPUR! Kalau anda berada di area skudai, tak rugi rasa nye kalau berhenti sebentar di Greenjade Republic yang terletak di Medan Selera Jalan Kebudayaan 8 Taman Universiti. Medan selera ni dekat dengan jusco taman u. Kedai ni terletak di penjuru medan selera.


      view dari depan medan selera taman u

Macam2 ada kat situ. Mee kari dia pun kaww gak. Tapi kalau tak nak makan berat2, dekat situ ada gak orang jual goreng2. Goren pisang, kopok lekor (betul ke eja dia macam ni..=p), ubi ketuk dan lain2 lagi.

Berbalik cerita pasal abc. Mungkin ada yang kata 'ala..biasa je abc ni'. Tapi bagi saya rasa dia memang best! Terbaekk wokk! huhu.. 

     coklat dia sangat..sangat..sangat sedap!

harga : rm3 semangkuk (tapi puas hati)

Saturday 15 October 2011

miss it !!!



dah lamanya tak post ape-ape...uhh...rindu!


Sunday 5 June 2011

oN diet =(

sedang bdiet skang ni. bkn suke2 taw. TERPAKSA! utk lightweight women coxless four brat kne bwah 59. almak.. da kantoi brat lbey 59. mak kte sye mmg "brat tulang". jgn salah paham, bukan berat tulang yg pmalas ue. ni jisim tulang saya yg brat. hehe.. coach pun da nek pening dok pkir cmne x trun2 brat nyer ni. sori abang majai(coach rowing team kl)! mcm2 cara dah wat. berat dosa kut =)

                                                        women coxless 4

bcinta btul nak trun kn brat ni. mkan kompem2 la kene catu. pressure beb.. membe laen ssdap mkn. saje je mlm2 wat megi. harum semerbak bilik ku ni. hai badan bg la kerjasama kat sya. xmoh ar men cak2. ari 2 da elok2 trun 59, xsmpai seari nek blik 2 KILO! mnanges jogging..tarik ergo machine 30 mnit..wat tali skipping 1000 seari. tingkyu kat suhairi sebab kasi pinjam tali skipping..dye da trun 8 kilo. ish..xleh jadi ni. sya pun nak gak! 

takut nak bdiet ni sbnar nyer. owg kate lau tsilap diet power leh mnurun. arap2 x la tjadi pd sya. gem sukma mgu dpan da stat. lau brat tlebih leh disqualified 1 team! sdey laaaaaaaaa............

Friday 3 June 2011

HUKUM WAJIB bayar hutang pinjaman PTPTN !!!

BEBERAPA hari lalu media melaporkan mengenai usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memburu hampir 100,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM1.9 bilion sejak 1997. Biarpun beberapa kali notis amaran dikirim kepada mereka, namun sehingga kini masih belum menerima maklum balas daripada peminjam liat terbabit.

Sepatutnya peminjam bersikap lebih positif, berterima kasih kepada PTPTN menyediakan dana besar untuk membiayai pengajian masing-masing. Usah jadi kacang lupakan kulit, sebaliknya hargailah inisiatif yang disediakan kerajaan dengan membuat pembayaran balik selepas tamat pengajian dan mempunyai kerjaya.
 
Sejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi, amalan berhutang sudah pun berlaku seperti kisah Nabi Muhammad SAW yang berhutang seekor unta. Kemudian baginda membayar hutang untanya tadi dengan unta yang lebih besar dan lebih baik daripadanya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 
      “Sebaik-baik kamu, ialah orang yang melebihkan hutang dan memperelokkan pembalasan hutangnya    
       (menambah daripada apa yang diambil).”

Kini, berhutang sudah menjadi ‘trend’ dalam kehidupan masyarakat. Untuk memiliki kenderaan, perabot rumah dan apa saja keperluan hidup dengan cepat, maka tidak dapat tidak seseorang itu perlu berhutang.

Tetapi malangnya, ramai pula yang hanya tahu berhutang, tetapi tidak pula berusaha melangsaikan pembayaran hutang mengikut perjanjian dibuat. Adakalanya orang membuat jaminan terpaksa memikul beban kerana kedegilan si berhutang.


HUTANG???
Hutang dalam bahasa Arab bermaksud al-Qardhu atau potongan. Dari segi bahasa membawa maksud potongan sebahagian harta dan diberi kepada seseorang yang memerlukan.

Islam sebagai agama yang syumul dalam segala aspek menggariskan beberapa persoalan mengenai hukum berhutang, ganjaran pemberi hutang serta kaedah membuat bayaran balik sesuatu hutang yang dibuat.
Rasulullah SAW mengingatkan kita semua orang yang berharta asyik menangguhkan pembayaran hutang yang sudah dibuat termasuk dalam perbuatan zalim.


HUKUM BERHUTANG 
Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah Amir yang bermaksud: 
“Jangan kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata: Apa itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda: “Hutang.”

 

GANJARAN PEMBERI HUTANG
Dalam Islam hutang dan sedekah mempunyai pertautan yang amat rapat dan dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: 

“Hutang dari segi pahala, lebih dua pahalanya daripada pahala sedekah”. (Hadis Hasan).

Dalam kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril pada malam Israk Mikraj, tergantung di salah sebuah pintu syurga kata-kata bermaksud:

“Sedekah bersamaan 10 kali ganda dan hutang bersamaan 18 kali ganda”.

Lalu baginda bertanya kepada Jibril: “Mengapa demikian? Jawab Jibril: “Sedekah diberikan kepada seseorang, semua atau sebahagiannya. Sementara hutang, orang tidak akan meminta berhutang kalau tidak kerana sebab mendesak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Allah akan menolong hamba-Nya selama hamba itu suka menolong saudaranya”. (Riwayat Muslim).

Pun begitu, memberi hutang boleh bertukar menjadi wajib apabila bertujuan memenuhi keperluan yang begitu mendesak, seperti membantu orang yang sangat memerlukan, menghadapi musibah atau apa jua bencana alam dan golongan manusia yang termasuk dalam golongan kurang upaya.

Ini bersesuaian dengan kehendak Allah seperti tercatat dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwa kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya”.


berita harian : wajib bayar hutang pinjaman PTPTN (Wan Marzuki Wan Ramli)

moral of de story : 
    wahai rakan-rakan ku (untuk budak-budak JPA atau sewaktu dengan nyer takyah baca! hehe ), kalau kowang dah habis belajar nanti dan insyaallah mendapat kerjaya jangan la lupa bayar PTPTN ea.. tak berkat woo..n macam dalam artikel atas cakap ianya termasuk dalam perbuatan zalim. bila time nak buat pinjaman dulu..amboi 'lautan api sanggup di renangi'. sekarang nak lepas tangan pulak. ingat ramai lagi adik-adik selepas kita yang nak sambung belajar lagi. jangan la sampai kerajaan menarik balik kemudahan yang disediakan tu. 

    haa..dan yang dah dappt pinjaman atau pun mana-mana biasiswa guna kan lah duit ue ke arah kebenaran. (skema nyer ayat) nak shoping boleh tapi berfikir la dengan waras. jgn smpai duit dah habis tapi sem tak habis-habis! 

 


 

Thursday 2 June 2011

Karnival Sukan Air 2011


 karnival sukan air??? apa tu? haaaaaa.... rugi pada sapa2 yang tlepas karnival ni. utk pengetahuan kowg, karnival ni mrupakan salah satu program yg telah dianjurkan dlm HIMPUNAN SEJUTA BELIA kat putrajaya yg blangsung pada 27-29 mei. pd sape yg tak pergi aduh..tlepas sudah. tunggu taun depan la ye =) hehe..mcm2 woo aktiviti dan pertandingan yg ada. adiah pun leh di katakan lumayan. mmg lumayan pun!

ade ptandingan kayak, dragon boat, rowing machine, perahu panjang, ski air, wakeboard... eh..macam2 la. tak reti den nak myebut nyer. alex yoong pun ade. mase mule2 dengar mc sbut name alex yoong ingat kan alex yoong anak ah fong. rupe2 nyer alex yoong formula one ue. sejak bile dye mnukar career tak tau la plak. hehe..




 
     dragon boat


                                                                        kayak


                                                                 rowing machine


tahniah la pada sape2 yg menang especially kat "dak2 UTM" n "kembar 8 adik2 SAS". hebat la kowg. tp pada sape yg tak bnasib baek, lek luuuuuuu... taun depan ade lagi. kte try age ea. huhu.. yg membuatkan saya bangga adalah smngat pasukan yg di tunjukkan dlm team ni. tbaek wok! siyes besh. saya bersykur dpt mrase nikmat spanjang bersama team rowing. i luv u all. mmg big happy famili la.

                                                   tyme susah same2 kita harungi


                                                         bahagia nyer anept!


                                            sume kite sapu. cayalahhhhhhh.....



pantang nmpak cmera. ush..masing2 laju. tp bkn sekadar gmbar hiasan je taw. kat lua gmbar pun mmg ktorg cmni. hepiiiiii.... 


  mmg sempoi. korg pernah ke mkn cmni?? atas daun pisang je beb. kat tepi simpang plak 2. share ntah berapa org pn xtau la. orang yg tak lapa pun leh lapa bile tgok ktorg mkn cmni. haa..rase lapa x?? hehhe


 dlm fmili ni 'no gaduh2' ye. hehhe.. acting je ni. lau adik salah abg akak tgur. lau abg akak salah adik2 leh tgur. tak men ar gado2 ni. buang karen je. kami kan budak baek.


  yeahhhh...lompat! huhu.. cantik x?? mkaseh pd nor afifah borhan yg snap gmbar ni. ahir kate di sini saya seru pada sume dak2 utm yg lum join rowing, joinlah! mcm2 faedah yg anda akn perolehi. bdan sihat, otak cergas, mase kowg yg mmg slalu free kat hostel ue leh terisi. dpt kwn2 yg mmg besh, sempoi lagi menyempoikan. elaun pn ad taw. haaa...pe tunggu lagi join jom!

Tuesday 26 April 2011

eXam datanG Lagi.........



 fnal sem dtg lagi... boleh dkatakan stiap kali nak fnal situasi yg sama jek akan blaku. bile bkak fb, mcm2status kwn yg akn mrungut nak stdy. contoh nye:
                         arghhhhhh...tensen nye...nape la aku amek bnde ni :(
                                                            ataupun camni
                         congrats titas! anda bjaya wat saya ngntuk... zzzzZz

                 x kurang gak ad yg try bg smgat kat dri sndri..tp perlu ke post kat fb???haha

                         chaiyokkkk.....jgn ptus smgt...ingt pesan mak ayh =) 

 2 bru kat fb..twitter lum age. hmm...slain fenomena ue bnde yg lain lagi kte leh nmpak ialah......

 SEBELUM...........

 
                                            clean & clear....

KETIKA STUDY WEEK....

                                                              meja sape la ni????


2 bru cikit. rase cam puting beliung , tsunami jek meja study ni. bape skala ritcher x sure lak. hehehe
dan ktika inilah bermula la zaman mngwish gdluck..fb skali lg mnjadi mngse mg'tag2' owg. era msj kat fon pn msih ad lagi. cntoh nyer cmni:

                        tau x ape i2 KESETIAAN?
                        still bsme buku walaupun mse tido
                        tau x ape i2 KEBAHAGIAAN?
                        bgolek atas katil bsme buku2
                        tau x pe i2 KESUNGGUHAN?
                        stay up spnjg mlm trutama pd mlm terakhir
                        tau x pe i2 PENGORBANAN?
                        melepaskan buku pd waktu genting
                       dan tau x pe i2 KEBERANIAN?
                       msuk dwn pprksaan walaupun x habis bce bku...;)
                                GUDLUCK!



lagi 1, lau tyme2 cmni ramai gler owg yg tensen. termasuklah saya. bak kata Dr. Nora bukan manusia 2 name nye lau x tensen. nak tensen 2 boleh tp agak2 la. jgn smpai owg yg x tensen jd tensen bile tgok anda. cam care anda leh wat. salah 1 bye ialah dengan bdoa. berdoa la agr Allah memberi ketenangan. ada petua yang ingin saya kongsikan disini utk ilangkn stress. ntah dr mane ye tjmpe. hehehe 

teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.
-Mula-mula berdiri. 
-Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. 
-Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. 
-Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
-Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.
-Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
-Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.
-Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 - kali. 

Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.

Friday 22 April 2011

rOwing vs. mEndayung



    majulah sukan utk negara. so, utk mcipta sweet2 moment kat utm ni mcm2 aktiviti saya join. salah satu nyer adalah rowing. sejarah camne tjoin? hmm.. tingkyu 4 kak nad kerana telah mgajak saya utk menemani nyer dftar rowing. tp ngan saya2 skali 'TERDAFTAR' join rowing. hahaha.. rowing? pe 2? lau nak tau rowing 2 dlm bhase mlayu mmbawa mksud mendayung. hahhaa.. bunyi cam gmpak je kn lau sbut rowing =)





 slalu nyer team kami akn train stiap hari (xleh caye sgt). tp lau utk train kat air hnye 2 mgu skali d ulu yam slangor iaitu d batu dam. cinta pndg pertama beb. sgt..sgt..cantik! tenang jek rase. cer tgok kat gmbar ats ni. rase cam nak pgang je awan ue.



ni bot2 yg ad kat sane. plih je nak yg mane 1. nak sowg, nak b2, atau nak lbih mriah lagi leh la amek bot utk 4 owg. lau rase2 nak bwk 1 fmili, bot 8 pun ad. hahhaha. tp knangan yg pling xleh dlupekn pasal bot ni bkn sbb tkaram dlm air tp kngan bsame uncle D, bot dan saya. ape tjadi? ni bkn sweet moment tp sweat moment. pe rase kne marah+tengking dpn org ramai ek? punca nye hanyalah sbb tgoyang kn bot. alamak..goyang kn bot pn salah ker? ish3. uncle D(dengki) btul laa. x pasal2 hujan trun wlau pn pns trik kat sane.hehehe

Friday 8 April 2011

???????????


syamila..... gmbar ni najiha yg amek.. tengs jiot!! =) hehehe...ramai yang tanya kenapa syamila????kenapa tak tulis nama sebenar, shamela??...huhu..

jawapan: ...teeetttttt!!

hahaha..ok2..meh cikgu mila jawab...sebab kalau ejaan bagi sebutan shamela o shamila o syamela o ape-ape je laaa kan takde maksud pe2 dari segi Islam...

syamila = lengkap...


waaaaa...lengkap ke saya...???? INSYAALLAH lengkap sesempurna namanya...hehehhe...amin ya rabb... rahsia lainn untuk ejaan ni?? biarlah rahsia..hahhahaha...

Sunday 3 April 2011

my 1sT swEet mOmenT in uTm =)


nanadwaTi, jihawaTi, cahyawaTi, mirawaTi n anishawaTi.......... kemBar waTi =)
po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...