Powered By Blogger

Followers

Wednesday, 10 July 2013

TV1, saya nak bagi cadangan!


Bismillahirrahmanirrahim..

Daripada haritu dah sebenarnya nak cerita pasal ni, tapi hmm..blog meragam pulak. Aish..nak merajuk manja-manja ler tu. Sabar jelah..hehe. Blog dah okay tapi asyik tak menyempat jek nak update. Busy lah sangat (tangan di bahu mata pandang ke atas).Ni kira miLa nak lepas geram selepas seminggu blog ni tak berupdate.

Setiap kali nak menyambut bulan Ramadhan, kalau bukak TV1 memang siaran tilawah al-quran jelah. Masa kecik-kecik dulu pernah termerungut, “Alah…bosan. Takde citer, sik mengaji jek!” Dah besar ni bila dah ada akal, memang geleng kepala je kalau teringat dialog tu. mila…mila…huhu. 

Hmm..walaupun peserta semua berbeza warna kulit, bahasa, fesyen baju dan macam-macam lagi yang sememangnya pelik2 TAPI dorang baca benda yang sama AL-QURAN. J Sejuk perut miLa dengar, mesti perut mak dorang lagi sejuk kan?hehe

Hmm..dan setiap kali tu jugak lah miLa jadi pembantu mak nak cari surah Al-Quran yang nak dibaca oleh qari ngan qariah tu. Bila lah nak jadi macam mak kan, peserta tu baca pastu sama-sama semak kat Al-Quran? Insyaallah..huhu. Harap sangat tahun depan pihak tv1 dapat paparkan surah apa dan ayat ke berapa yang di baca.

Macam sekarang ni memang dia tunjuk, tapi kejap jek. Pastu dah hilang. Kadang-kadang mak terlepas pandang. Kalau boleh biarlah sampai orang tu habis benda tu still ada kat situ. Senang orang yang seusia dengan mak miLa nak cari surahnya. Setiap kali ni gak terasa miLa amek exam muet, dengar juruhebah pelbagai bahasa tu sebut surahnya. Pastu kena cepat-cepat cari surahnya.


Kadang-kadang tak jumpa jugak, sebab mak cakap surah lain, miLa cari surah lain. sampai ke sudah tak jumpa.hehe.. Memang dia dah tunjuk ayat-ayatnya, tapi untuk orang macam mak miLa ni manalah nak nampak. Al-maklum tv umah ni tak lah besar mana pun. Huhu. Kalau nampak pun, macam tak puas, kalau boleh nak gak baca kat Al-Quran.

So, untuk tahun hadapan mengharap sangat TV1 dapat paparkan nama surah dengan ayat ke berapa sepanjang qari dengan qariah tu baca. Insyaallah dapat permudahkan semua. huhu.

hmm...kesempatan ni miLa nak ucap salam Ramadhan buat semua sahabat blogger miLa. Sama-samalah kita pertingkatkan amal ibadah kita. Jangan lupa niat! nah...amek ni..huhu




25 comments:

  1. selamat berpuasa sayng..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak zara.. slamat menjalani ibadah puase gak :)

      Delete
  2. selamat berpuasa cik mila.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mama...slamat bpuase gak..masak sedap2 taw utk buke nty! :p

      Delete
  3. selamat menjalankan ibadah puasa.. betul tu, sepatutnya kena jelas la surah apa dan ayat no. berapa.. harap tv1 ambil perhatian dengan teguran mila ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh kak aiza..salam ramadhan gak wat akak..hehe..kalau la tv1 perasan entry mila...huhu

      Delete
  4. selamat berpuasa dan beramal ibadah...moga Ramadhan kali ni , lebih baik dari Ramadhan sebelum ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..insyaallah..salam ramadhan gak wat azimah :)

      Delete
  5. salam ramadhan dan selamat berpuasa :D

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa :) mak awak pn ikut skali baca ke?? bguslah :) anak dia ikut x?? he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan gak..pose biaq pnuh na..hehe..mak ikut skali bace..feeling2 pserta..hehe..ank dia? haha..insyaallah.. :)

      Delete
  7. haa...kan? senang orang yang sedang bertatih macam kita ni nak refer balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..tawu xpe..kalau dy wat insyaallah boleh permudahkan semua..

      Delete
  8. =) kan best kalau program masa bulan raamdhan ni sllu ada kat tv..=) salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tula...sejuk sikit mate ni mmandang..salam ramadhan gak aisya :)

      Delete
  9. Ok jgk cadangan nie.. tu la yg bestnya tv1 nie.. hiburan melalaikan kurang berbanding stesen tv lain...

    ReplyDelete
  10. akk pula jarang tgk tv..tp dengar2 bcaan tu sebab kdng mak ayh layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..hehe..same la kte..dngar mak ayh layan :p

      Delete
  11. Mak sis pun suka dengar orang mengaji kat tv. Tapi bukan tv1 la kot. Hehe ^^ Salam Ramadhannnnn~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..klau tilawah ritu kat tv1..ni tadarus alhamdulillah kat sume tv ade.. =D

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...