Powered By Blogger

Followers

Wednesday 30 November 2011

IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSEL



PERTAMA :

Pensel ini mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya.

*Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidup kita iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA :

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Dan kita akan mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.

*Begitu juga akan berlaku dalam hidup kita. Kita mestilah berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri kita menjadi lebih baik.

KETIGA :

Pensel ini mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.

* Sentiasalah kita memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

KEEMPAT :

Luar atau isi pensel yang lebih penting? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya.

* Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA :

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.

*Begitu juga kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Jadi, bijak dan berhati-hatilah dalam bertindak.

-solusi isu no.35-

5 comments:

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...