Followers

Monday, 9 January 2012

lagi..dan lagi....!

Dah macam rumah terbiar blog ni sekali tengok. huhu.. =p Selamat tahun baru! Apa azam tahun ni? Hmmm..azam mila tahun ini mengharapkan agar semuanya akan menjadi lebih baik dan baik lagi dari tahun sebelumnya. 

lagi...dan lagi???? yeahh... baru-baru ni, bersama roomate tercinta ct radiaton adawiyah a.k.a kak wi busuk dan najiha saimi bersiar-siar di Hutan Bandar MPJBT. Dapatlah keluarkan peluh dari dok terperap kat bilik sepanjang hari. Yang paling penting dapat main gelongsor! hahaha...Tiba-tiba angka 21 tahun bertukar menjadi 12 tahun! ish..ish..

haaa..tinggi tak?

hehehe...Ingat nak try sekali je. last-last, berkali-kali..lagi..dan lagi...huhu. Tapi serious best!

Hmm..pejam celik pejam celik dah sampai penghujung sem 3. Nasib baik pejam masih celik, kalau tak celik-celik tu....huhu..paham-pahamlah..Tak wujud post ni. hehhe..

Bila time final macam ni semua orang tension. Yang tak tension pun akan terpengaruh tension tengok orang yang tension. Agak-agaklah kalau nak tension tu mak ngah oii.. Kesiankanlah dekat orang-orang sekeliling kita. huhu

Dan bila time tension, laju pulak tangan ni nak suap makanan ke mulut. Benda yang sebelum ni kata tak sedap menjadi sedap. Nak hilangkan tension katanya. hahha. Iya kan jelah...

Dan bila dah makan tak ingat dunia, mulalah jarum penimbang menunjukkan angka peningkatan. Alangkah bestnya kalau pointer pun turut join sekaki meningkat ek??? huhu...





1 comment:

  1. lawa background macam hidup jea ^_^

    jngan lupa taw follow balik kt cahayapembuka.blogspot.com

    ReplyDelete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...