Followers

Wednesday, 31 October 2012

masa selalu jelous dengan saya!


Assalamualaikum….Hmm…berkepuk-kepuk rasanya dah habuk kat blog ni. Lama benar rasanya tak update entry baru. Ya Allah, sejak dua menjak ni sangat-sangatlah busy. Nak pulak seminggu tak masuk kelas (sibuk dengan game rowing), balik-balik tu assignment dan test pulak menunggu. Dengan wifi yang tak berapa nak bagi kerjasama sangat, so payahlah sikit nak online.

Tiba-tiba teringat kat geng blogger lain yang rajin giler mengupdate entry baru. Hari-hari pulak tu. Rajin nyerrrr kowang…huhu

Ok..tukar topik! huhu..Alhamdulillah dah habis game rowing. Kali ini pulang dengan 2 pingat. Satu perak untuk Sukan IPT. Dan gangsa untuk VBR (Varsity Boat Race). Dua-dua ni dalam event lightweight coxless four.

                                      bukan main tunduk lagi miLa =)

Dapatlah kenangan berlawan dengan orang yang berlainan warna kulit. Tapi disebabkan training kitorang bawah sinaran matahari yang bersinar-sinar tu, rasanya dah takde beza warna kulit kitorang dengan dak Colombo tu.Huhu.. Final VBR tu kitorang (UTM) berlawan dengan UOC (University of Colombo), UPI (Universitas Pendidikan Indonesia), CUHK (Chinese University Hong Kong), PKS (Malaysia) dan UTHM. Kira saingan sangatlah sengit, tapi alhamdulillah rezeki menyelebahi kami dan dapatlah no. 3(gangsa). Hehe..syukur sangat!

Sayang rasanya nak tinggalkan dunia rowing. Kalau ikutkan VBR ni mungkin game rowing yang terakhir. Sebab next game bulan April tahun depan, masa tu miLa sedang menjalani latihan mengajar(LM). Sedih pulak rasa.

p/s: banyak gambar lagi nak share. tapi tak sempat pulak nak upload.. =(

4 comments:

  1. Wah,,best o ada ptandingan rowing....kat sini mcm xde....

    ReplyDelete
    Replies
    1. best taw..huhu..owh..tracey tinggal dmana?

      Delete
  2. nice blog. salam perkenalan :) do follow mine :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq =) salam perkenalan jgak..insyaallah =)

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...