Powered By Blogger

Followers

Thursday, 12 January 2012

special sangat ke??

Masakan special? Haha..special sangat ke?

telur mata lembu

sayur goreng

                                                                          sayur bening

Taklah special sangat pun kan. Inilah namanya lauk untuk ‘low budget’. Mesti orang akan cakap: ‘ish..makan lauk macam ni je?’Mungkin sebab korang dah terbiasa makan dengan lauk ayam atau ikan kut. Tup..tup..bila takde ayam atau ikan haa..mulalah mencari alasan takde selera nak makan.

 Tapi rasanya korang patut try taw. Kadang-kadang lauk simple macam ni lah yang berselera.

Tapi takut jugak nak makan telur hari-hari. Ada bad effect kan?? Orang cakap kuning telur tu tinggi kolestrol. Tapi takkan nak makan putih telur je?? Taklah nama nya telur mata lembu. Jadilah telur mata lembu buta. Hehhe.

Tapi yang bagusnya sebab ada banyak sayur. Selalunya berulamkan peria katak (ada cerita best pasal peria katak ni..takpe..nanti-nanti cerita), timun, kacang panjang atau kacang botol. Mula-mula dulu makan cicah dengan budu. haa.. jangan ingat orang timur sahaja yang reti makan budu. saya pun reti jugak! Tapi lepas seminggu makan, mila dapat alahan pulak. So, terpaksalah berhenti makan budu. ush..sedih-sedih.. =( 

Okay cerita menu petang pulak :

Bihun sup atau bihun tom yam

Haa…amekaw.. macam kat kedai lak kan. Huhu..Sebenarnya ringkas je nak masak bihun sup ngan tomyam ni. Kitorang masak guna kiub. Guna perencah ayam atau tomyam. hmmm...rasanya dua tu jelah yang termampu setakat ni nak masak kat dala rice cooker tu.hehhe Lain-lain boleh try sem depan pulak =p




No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...