Powered By Blogger

Followers

Tuesday, 10 January 2012

duit dah habis..sem bila nak habis??

Bagi pelajar yang menerima biasiswa atau PTPTN istilah ‘duit dah habis tapi sem tak habis-habis’ dah lali rasanya dengar. Huh..masa tu macam-macam yang terfikir kat kepala, nak berniaga lah, nak puasa seminggu lah, nak makan sehari sekali je lah..macam-macam lah..

Idea yang nak berniaga tu kira boleh diterima lagi. Bagus apa kalau dari sekarang dah pandai nak cari duit sendiri. Taklah mengharap pada pama (papa & mama) je. Tapi bab yang puasa tu..haaa…berhati-hati sikit ea.. niat dah salah tu. Nanti niat kerana Allah S.A.W. dah bertukar sebab nak jimat duit. Mana boleh macam tu. Baik niat je terus, ‘sahaja aku berpuasa pada esok hari  kerana nak jimat duit’ kan senang… So, niat tu penting!

Tapi pada sesiapa yang terima biasiswa tu rasanya tak tercekik sangat macam budak PTPTN. Kalau nak dibezakan jumlah duit PTPTN yang dapat dengan biasiswa jauh beza. Macam mila, setiap hujung sem mesti kayap. Aish..terpaksa lah control-control nak makan. Macam sekarang ni (kantoi duit dah habis..hehe)

Tapi, alhamdulillah la. Sebab dah jumpa jalan penyelesaiannya. Nak tahu macam mana? Masak sendiri! Dah tak layan dah masakan mak cik kafe walaupun masak sendiri ni taklah sesedap mana pun.hohoho.. Kalau mak mentua makan kompem kena reject! Huhu.. Bak kata najiha saimi : nak sedap-sedap makan kat rumah laaa...........


Tapi siyes jimat! Lagipun makanan sekarang kan mahal. Sepinggan kadang-kadang dah cecah rm4. Itu pun ambil ayam goreng dengan sayur je. Takkan nak makan sekali sehari je kan?Ish..mahal gilak! Sekali-sekala tu boleh la…



Kalau sebelum ni 5o hengget tak cukup untuk seminggu, tapi sekarang seminggu duit luak 20-40 je. Tapi tengok jugak lah apa yang korang masak. Kalau masak ikan siakap 3 rasa hari-hari, memang bankrupt la..  

ok..nanti next entry mila sambung cerita masakan special dari bilik!

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...