Followers

Wednesday, 12 March 2014

doa senjata mukmin: pray for MH370




Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt,

Hari ni dah masuk hari yang ke-5 MH370 hilang. Puas memikir ke mana MH370 menghilang. Macam-macam toeri terbaca. Kat FB, blog sampaikan kat wassup pun ada je yang share teori ke mana hilangnya MH370. Ada yang tak masuk akal pun ada.

Nak tengok berita kat tv kalau dalam UTM  ni kena pergi kafe. Nak streaming berita pun internet macam biskut. So, setiap masa bukak radio kat handfon sebab nak tawu perkembangan terbaru. Ini kita yang takde pertalian darah dengan mangsa. Lagi kan pula kalau mangsa tu antara ahli keluarga kita sendiri. Macam mana lah perasaan dorang kan?

Kalau kita ni yang tak sabar2 nak tawu berita terbaru, dorang lagi lah nak tawu. Kalau kita sedih, dorang lagi lagi lagi la sedih. Ya Allah, tabahkan lah hati mereka dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan dariMu.

Walau apa pun yang dah terjadi kat MH370, terhempas, kena sorok dengan makhluk Allah yang lain, kena rampas atau apa pun sekali yang terjadi, kita kena berdoa. Hanya Dia yang berkuasa. Dia yang menentukan segalaNya. 



Dari sudut yang lain, berdoa je bukanlah tak perlu bertindak apa-apa. Tapi belajarlah dari kesilapan yang telah berlaku. Perbaiki kelemahan. Contoh, kes 2 penumpang yang guna pasport palsu. Macam mana boleh terlepas? Macam-macam lagi kelemahan kita. Dan sebagai negara yang majoriti rakyat beragama Islam, majoriti pemimpin-pemimpin negara pun beragama Islam buka lah mata dan hati kita. Renungkan lah apa yang telah terjadi. 



No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...