Powered By Blogger

Followers

Sunday, 4 March 2012

assignment kalkulus?

hmm...lama dah tak post apa-apa. lepas cuti sem hari tu terus stop post entry. tapi ada gak wat entry baru. cuma tak berkesempatan post kat sini. huhu.. bila dah lama tak post rasa tak biasa pulak nak post entry baru. first,sebab segan, 2nd, sebab malu, third, segan+malu. hahaha. apa yang mila merepek ni..??

okay2. masa kemas file-file yang bertaburan dalam lappy terjumpa satu assigment. agak pelik masa first lecturer beri assignment ni pada hari pertama kuliah. first, sebab ni assignment untuk subjek kalkulus. tak percaya??? cer baca.....


Tulis mengapa awak memilih untuk menjadi guru, (jika ini bukan pilihan awak, ceritakan apa yang awak nak buat).

Setiap ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Tidak ada yang ingin melihat anak mereka menemui kegagalan dalam hidup. Sebagai seorang anak pula,mereka ingin memeberikan yang terbaik buat ibubapa mereka yang mana selami ini telah bersusah-payah membesarkan. Setiap keputusan atau pilihan yang di ambil memerlukan restu daripada ibubapa. Ada yang mengatakan berkat sesuatu perkara jika mendapat restu daripada kedua ibubapa.
Pilihan saya untuk menjadi guru pada awalnya bukanlah disebabkan kerana cita-cita, tetapi adalah kerana pilihan ibubapa saya. Mereka mahukan saya menjadi guru apabila tamat belajar. Alasannya hanya kerana kerjaya sebagai guru sesuai dengan orang perempuan, terutamanya kalau sudah berkahwin.  Tambahan, sejak kecil lagi saya telah dibesar dikelilingi oleh golongan guru. Kebanyakan jiran tetangga saya turut bekerja sebagai guru. Malahan abang saya juga meupakan seorang guru yang mana sedikit sebanyak telah mempengaruhi diri saya.
Bak kata pepatah “tak kenal, maka tak cinta”, lama-kelamaan tanpa disedari minat terhadap kerjaya guru mula tersemai. Setiap kali semasa cuti persekolahan, saya banyak menghabiskan masa dengan mengajar anak saudara saya dalam mata pelajaran yang beliau kurang mahir. Terasa kepuasan setiap kali dapat membantu beliau.
Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, masalah moral di kalangan remaja semakin menular. Perasaan sedih dan kecewa tatkala terbaca artikel di dada-dada akhbar yang menceritakan keruntuhan akhlak remaja yang kecundang dalam kehidupan mereka. Semangat untuk membantu anak bangsa sendiri yang tidak pernah padam turut menjadi salah satu faktor mengapa saya memilih guru. Saya amat berharap semangat ini terus berkobar tanpa mengenal erti penat lelah demi mendidik anak bangsa agar berjaya.
Jika dahulu dahi saya akan berkerut seribu setiap kali ibubapa saya menyentuh tentang kerjaya sebagai seorang guru tetapi tidak lagi sekarang. Malah jika ada yang menanyakan kepada saya apakah kerjaya yang bakal saya ceburi, dengan bangganya saya mengatakan “saya bakal seorang guru!”.

haha..inilah assigmnet kalkulus pertamaku ketika semester 2. mane nombor-nombor???? pelik kan.
yelah...ingat lagi masa tu, semua orang dalam kelas blur-blur. betul ke dia ajar kalkulus ni?? dia tak silap masuk kelas kan?? haha.. 

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...