Followers

Saturday, 17 March 2012

ex-friend




Selalu dengar istilah ex-girlfriend, ex-boyfriend, ex-wife dan sewaktu dengannya. Tapi..pernah tak dengar orang kata:

 “Dia tu bekas kawan aku.” 

Hahaha.. Tak pernah kan?? Sebabnya.....

once friend always friends..’ 
  
Biasalah kalau ada tergaduh sikit-sikit tu, asam garam dalam kehidupan. Bukan suami isteri saje taw yang ada dugaan, orang berkawan pun ada jugak.  Tak kisah lah berkawan  dengan sesama jantina atau berlainan. Kadang-kadang ada yang tak berapa suka dengan keakraban kita. Nanti mula lah ada yang busuk hati menjadi ‘jarum’ mencucuk sana sini.

Serious, bukan senang nak dapat kawan yang ada masa kita bergelak dan menangis. Kawan untuk gelak tu memang ramai. Berlambak-lambak..bersepah-sepah..bertaburan... Tapi susah nak jumpa kawan yang ada masa kita menangis. Kalau anda jumpa, please…jangan biarkan dia pergi.

‘You jump, i jump!’

 Wow..titanic..huhu.. Penting dalam memilih dengan siapa kita harus berkawan. Berkawan dengan penjual sate badan kita akan berbau sate jugak. Badan kita  takkan bertukar menjadi bau durian. Melainkan kalau kita berkawan dengan si penjual durian. Tak percaya?? Trylah…… 

Kalau kita baca mana-mana artikel tentang keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang, faktor ‘terpengaruh dengan rakan sebaya’ mesti tak pernah tertinggal. Mesti ada punya. Tak percaya? Cuba check kat karangan bahasa melayu adik-adik kita yang masih bersekolah. Haa..ada kan???

Tapi tak salah kan kalau kita berkawan dengan orang yang dah terhanyut. Sampai bila kita nak tengok dia hanyut. Tapi berubahkanlah dia sebelum dia pulak mengubahkan diri anda untuk sama-sama hanyut dengan dirinya. Uhh..bahaya…….


2 comments:

  1. kite suka gaduh dgn mila..huuhuu..haha

    ReplyDelete
  2. hehe..tu bukn gaduh okay..itu membuli mila!

    ReplyDelete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...