Powered By Blogger

Followers

Saturday, 17 March 2012

doa dhuha

Assalamualaikum.. selamat pagi semua… 
Huhu..waktu pagi ke sekarang? hmm… tak kesah lah.. apa yang korang lakukan semasa bangun dari tidur? Mungkin ada yang………. 
"Arghhh..pukul berapa ni???aku lambat bangun ni..!"

Ingat lagi dulu, ustazah kat sekolah agama dulu pernah pesan. Masa kita bangun dari tidur ucapkanlah salam pada malaikat yang ada di kiri dan kanan kita dan tidak lupa juga pada Rasul Allah. Dan berdoalah seketika agar hari yang kita bakal tempuhi pada hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam…

Kat sini mila nak share kat korang doa dhuha. Disertakan sekali dengan terjemahannya sekali.

وَالْقُوَّةَ جَمَالُكَ، وَالْجَمَالَ بَهَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ ضُحَاءُكَ، الضُّحَآءَ اِنَّ اَللهُمَّ
فِى رِزْقَى كَانَ اِنْ اَللهُمَّ.عِصْمَتُكَ وَالْعِصْمَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُوَّتُكَ
فَيَسِّرْهُ مُعَسَّرًا كَانَ وَاِنْ فَأَخْرِجْهُ اْلاَرْضِ فِى كَانَ وَاِنْ فَأَنْزِلْهُ السَّمَآءِ
وَبَهَاءِكَ ضُحَاءِكَ بِحَقِّ فَقَرِّبْهُ بَعِيْدًا كَانَ وَاِنْ فَطَهِّرْهُ حَرَامًا كَانَ وَاِنْ
.الصَّالِحِيْنَ عِبَادَكَ مَآاَتَيْتَ نِىْ آتِوَقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ وَجَمَالِكَ

ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBADIKASH SHALIHIN.

Ertinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Hmm…perasan tak sebenarnya ayat doa dhuha versi jawi tu salah??? Mila dapat doa dhuha ni kat internet. Tapi dah lama dah. Tapi baru terperasan yang susunan dia salah. 

Hati-hati taw bila nak cari apa-apa kat internet. Lagi-lagi ayat al-Quran. Rasanya lagi bagus kalau kita rujuk pada yang pakar. Kalau boleh cubalah elakkan dari mengoogle. Sekarang ni macam-macam cara pihak luar untuk mempermainkan agama Islam. 

Tapi, mungkin juga orang yang share ayat ni kat laman tersebut takde niat buruk apa-apa, mungkin berlaku kesilapan teknikal. Tapi kita kena hati-hatilah ye. Yang ni versi yang betul selepas di edit.


اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
  

Tapi selepas edit, macam biasa terus save dalam file. Tup..tup..bila bukak. Ayatnya dah ter’shuffle’ balik. So, bila fikir-fikirkan balik mungkin ayat kat laman tu betul tapi bila mila save kat file ayat tu tershuffle sndiri. jadi, berhati-hatilah bila nak save ayat al-Quran dalam lappy. Mungkin mila kena cari satu software yang boleh tulis ayat al-Quran. Hmm..nak carilah…

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...