Followers

Sunday, 18 November 2012

banana fruit 2 times =)

Hmm....apa lah miLa ni. Masuk kali ni dah dua kali tertinggal kunci dalam kereta. Yang first tu nasib baik kat rumah, so taklah risau sangat pun. Tapi harini.....Ya Allah, hikmah apa la yang Kau aturkan buat ku....

Dah lah sorang-sorang. Boleh pulak keluar kereta sehelai sepinggang tak bawak apa-apa. Baguslah..tengok kunci dengan handphone dari luar je ye miLa. Nasib baik bawak purse duit. Tapi.... tiba-tiba rasa duit bukan segala-galanya. Nak handphone!

Canggih betul zaman sekarang ni, baru perasan ketidakwujudan public phone.  Aah la..mana public phone dulu-dulu yang kat sini??? Takde dah?



Bentuk lebih kurang, kalau lah purse ni boleh bertukar jadi handphone. Jalan terakhir, terpaksa pinjam phone orang untuk telefon mak. 

Abah, jangan angkat ye...hehe (takut) Tapi, yang tak nak tulah jadi. So, awal-awal lagi dah surrender dengan abah:


 "Abah, marah saya kat rumah ye. Guna kredit orang ni. Tak boleh lama-lama."


No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...