Walaupun dah nak separuh sem tapi
minggu ini merupakan hujung minggu pertama miLa kat UTM. Huh..leganya dapat
relax-relax.
Aktiviti pertama, beriadah dengan
miss Jiha. Dah lama tak jogging sama-sama ke Tasik Tropika, UTM. Nyaman nyer
rasa. Tiba-tiba rasa UTM ni sangat cantik! Masa jog tu bukan setakat
dikelilingi pokok-pokok je taw, siap jumpa dengan haiwan lagi. Tapi bila dah
dekat dengan geng tu apa lagi melajukan speed lah. Giler nak jog slow-slow? Habis
dikejarnya cik angsa tu. Huhu..
siap ada toilet lagi..
kanak-kanak..hehe=)
On the way balik jogging tu macam
biasalah singgah dulu kat Aked Meranti untuk ambil breakfast. Hehe =p Apalah
miLa ni…dah penat-penat jogging lepas tu pergi kutip balik lemak-lemak tu
semula. huhu.. Takpe..orang kata kalau ambil breakfast takde effect sangat pun.
Hmm..macam biasa ayat nak sedapkan hati..hehe
Aktiviti kedua, pergi rumah
Nisha. Terima kasih sangat-sangat kat Nisha sekeluarga sebab menjemput kami
untuk makan tengah hari kat rumah. Macam-macam lauk ada. Tingkyu Cik Mas! Rugi
siapa yang tak datang..
kari ayam
hati dan pedal
ikan jacket
sayur
ulam!
sambal belacan =)
Cakap je makan tengah hari
last-last sampai ke petang kat sana. Siap makan petang pulak. Huhu.. yang
paling best, siap belajar buat kuih siput pulak tu. Hehe.. Alamak..malunya
kantoi tak reti buat. Terasa loser giler masa tu. Tapi, nasib baik ada geng =p
gadis-gadis =p
try and error...
macam-macam saiz ada..hehhe
Mak pun dah lama tak buat kuih tu
masa raya. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, bila nak tolong buat kuih tu mesti
mak tak kasi. Yelah, bukan tolong sangat pun nanti. Tolong bersepahkan je
lebih. Hehe.. Ala..mak....kalau dulu mak kasi akak buat mesti akak dah pro kan
buat siput tu..(perasan) =)
Aktiviti ketiga, sauna di bilik!
Yeah…takde karen(elektrik)! Masa nilah boleh rasa sedap hati walau tak buat
kerja apa-apa pun. Hehe..
kanak-kanak???kurang asam...!!!
ReplyDelete