)
Bismillahirrahmanirrahim…
Minggu pertama untuk semester terakhir, belum
apa-apa assignment dah menggunung. Tapi tangan ni duk menggatal jugak nak update
blog. hehe
Alhamdulillah…ahad yang lepas mila berpeluang
untuk gi ceramah diari ammar. Mak ayah arwah ammar yang sampaikannya.
Sambutan daripada warga UTM sangat luar biasa.
Bayangkan penganjur terpaksa bertukar tempat disebabkan dewan yang disediakan
tak dapat menampung jumlah audience yang hadir. Last-last buat kat masjid UTM.
First floor masjid penuh. Siapa yang pernah ke Masjid UTM so tawu la besar
first floor tu macam mana.
1st time tengok video youtube pasal
arwah, rasa nak tawu sangat-sangat kisah hidup arwah. Macam mana lah insan
seawal 20 tahun ni boleh jadi satu fenomena. Sungguh hebat penangan arwah. Walaupun
sudah hampir 3 bulan arwah pergi, kisahnya masih menjadi perhatian ramai.
Tersentuh hati mendengar luahan hati dari ibu dan
ayah arwah.
“Sebenarnya kami sangat sedih, hati kami memendam perasaan kerana kehilangan anak kami. Tapi, kami kena kuat untuk sampaikan mesej Allah ini…”
Mak ayah mana yang tak sedih bila kehilangan anak. Tapi mereka sangat kuat. Sepanjang dua jam, macam-macam yang mereka kongsikan pengalaman mereka dalam membesarkan arwah. Ya Allah, kuat nya mereka . Kebiasaannya, kalau mak ayah orang lain yang kematian anak, nampak gambar anak pun dah menangis-nangis.
7 formula yang digunakan oleh ayah Ammar:
1)
Terapkan
semangat ummah
2) Berikan nama yang terpuji
3)Adab yang terpuji
4)Menguasai Al-Quran (tadabbur)
5)solat tahajud (wajib sekali seminggu)
6) Menguasai ilmu zaman
7) Menguasai pelbagai bahasa
2) Berikan nama yang terpuji
3)Adab yang terpuji
4)Menguasai Al-Quran (tadabbur)
5)solat tahajud (wajib sekali seminggu)
6) Menguasai ilmu zaman
7) Menguasai pelbagai bahasa
p/s: Al-fatihah
untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.
cemburu dengan arwah.. Allah..
ReplyDeletehmm...insan yang sangat istimewa...
Deletehari tu, usim pun ada buat program cam ni gak, rasanya, abang ipar dia kot yg di jemput...tak sempat pergi, bila tengok poster, tarikh dah lepas...
ReplyDeletehmm..insyaallah ada rezeki nanti dapat pergi..sedih dengar cerita dorang nang :(
DeleteUntung mak ayah arwah dpt anak mcm arwah...
ReplyDeletemenurut mereka arwah anak yang sangat baik, kalau nak di ingatkan semula bila arwah pernah kecil kan hati, dorang cakap tak ingat sebab arwah sangat baik...hmm...jeles dengan arwah kan? :(
Deleteal-fatihah untuk arwah ammar.. begitu mulia pekerti beliau..
ReplyDeletesmoge dpt membuka mata dan hati anak-anak muda zaman sekarang :)
Deletebetul tu mila.. seharusnya nak muda zaman sekarang encontohi beliau..
Deleteinsyaallah kak..kalau tak dapat semua yg nak contohi arwah, sikit pun jadi la dari langsung takde kan..harap ada yg mnyambung smgat arwah..
Deleteal fatihah... :( semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman..
ReplyDeleteamin...insyaallah mama...syurga menanti insan sepertinya..
Deleteal fatihah. arwah banyak berjasa .
ReplyDeleteada hikmah nya arwah pergi..smkin rmai ank muda zmn skrg ni yg mula bukk mata hati dan jiwa..alhamdulillah..
Delete