Followers

Thursday, 13 February 2014

Saya pilih mak abah! :)




Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...



Alhamdulillah pejam celik dah masuk semester yang ke-8, insyaallah lagi 3 bulan dah boleh lah tarik nafas lega untuk degree miLa. Fuhh..lega sikit la. Hm..tapi lepas ni nak kena duk memikir soal kerja pulak. Dengan isu posting bagi graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) yang masih tak pasti.



Malah macam-macam versi dah sekarang ni dengar. Dengar khabar angin, siapa yang dapat CGPA 3.5 akan didahulukan dulu. Ada yang cakap kemungkinan lepas ni posting kat Sabah Sarawak je. Huhu..macam-macam. Tak sanggup nak dengar versi lain.

Antara faktor kurang jumlah pengambilan guru baru sebab, cikgu takde yang pencen. Bila umur untuk bersara 60 tahun, jadi cikgu yang sepatutnya pencen umur 56 dorang kena tunggu lagi 4 tahun. Jadi, dalam tempoh 4 tahun takde cikgu yang pencen, melainkan yang tak nak sambung ke 60. So, mengharapkan ada sekolah-sekolah baru bukak jelah.

Tengok senior-senior yang lepas pun masih ramai yang belum posting ke mana-mana. Kalau senior-senior yang lepas pun belum posting, lagikan miLa ni?? So, dengar banyak ura-ura member lain yang nak sambung Master. Sebab sementara nak tunggu posting, dalam masa  setengah tahun (kalau sambung bidang yang berkaitan dengan degree) je da ada master.

Hati memang la nak, siapa yang tak nak sambung belajar. Tapi…………..hm…miLa tak boleh kut. Entah la dilemma gak ni. Kesian pulak dengan mak ayah. Ayah dah 74 mak 60. Huhu.. bila la agaknya dorang nak merasa gaji dari titik peluh miLa sendiri. hehe. Asyik dorang je yang menghulur. Dorang selalu cakap,

“Kakak (panggilan miLa kat rumah) masih bawah tanggungjawab abah. Kalau ada apa-apa bagitahu je”

Hmm..memang la miLa ni anak bongsu. Kakak dengan abang lain semua da keje. Tapi tak sampai hati laaaa………..dalam usia abah sekarang ni patutnya dah tak perlu mengharap mak ayah lagi kan? huhu. Kalau nak sambung master memang la akan ada scholarship mana-mana. Tapi, mesti akan ada  ketika yang miLa perlukan bantuan dorang. Tak cukup duit ke ape ke. Hm.. ada terfikir gak sementara amek master nak wat part time. So, boleh la cover sikit. So, tak payah la menyusah kan dorang.

Tapi rasa macam dah lama sangat belajar. Dah sampai masanya miLa spent time untuk dorang. Pernah dengar mak cakap,

“Cepat lah kakak habis belajar tu, bila lagi nak berkepit dengan mak, nanti dah nak kahwin pulak”

Haha..apa la mak ni..lama lagi la mak..hehe..orang tu masuk minang kita pun lum lagi. Mak dah terfikir macam-macam. (Opsss..hehe)

Aish….entah la..dilema (poyo je ayat..hehe) So, rasanya tak kut. Plan sekarang ni, insyaallah habis belajar nak apply dulu kat PPD untuk jadi guru ganti. Dan apply semua jawatan guru. Tak kiralah under kementerian pendidikan ke, MRSM ke, kolej-kolej ke, matrikulasi ke. Kalau nak hantar miLa ke Sabah Sarawak pun insyaallah miLa akan pergi kalau dah ditentukan itu rezeki untuk miLa. Untuk Master, hmmm..takpe lah. Insyaallah bila ada rezeki nanti miLa sambung. (Ilmu tak mengenal usia J ) Yang utama sekali sekarang ni mak abah. Rasanya dah sampai masanya untuk miLa berjasa kepada dorang pulak. Kakak sayang mak abah……………..


sarangheaaa.....


p/s: Ya Allah, permudahkanlah rezeki ku.


4 comments:

  1. makcik sy, baru habis ipg tahun lepas, sekarang tunggu posting..dia cakap maybe lambat, ni pun baru dpt surat lulus temuduga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..tula..posting dah lambat sekarang ni..mak cik nang ade jd cikgu ganti kat sekolah mane-mane x?

      Delete
  2. banyak dugaan kalau belajar ni mila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..tula..semoga dipermudahkanNya..doa kn miLa syuk..huhu

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...