Powered By Blogger

Followers

Sunday 4 November 2012

hujung minggu pertamaku!


Walaupun dah nak separuh sem tapi minggu ini merupakan hujung minggu pertama miLa kat UTM. Huh..leganya dapat relax-relax.

Aktiviti pertama, beriadah dengan miss Jiha. Dah lama tak jogging sama-sama ke Tasik Tropika, UTM. Nyaman nyer rasa. Tiba-tiba rasa UTM ni sangat cantik! Masa jog tu bukan setakat dikelilingi pokok-pokok je taw, siap jumpa dengan haiwan lagi. Tapi bila dah dekat dengan geng tu apa lagi melajukan speed lah. Giler nak jog slow-slow? Habis dikejarnya cik angsa tu. Huhu..

                                                            siap ada toilet lagi..

                                                            kanak-kanak..hehe=)

On the way balik jogging tu macam biasalah singgah dulu kat Aked Meranti untuk ambil breakfast. Hehe =p Apalah miLa ni…dah penat-penat jogging lepas tu pergi kutip balik lemak-lemak tu semula. huhu.. Takpe..orang kata kalau ambil breakfast takde effect sangat pun. Hmm..macam biasa ayat nak sedapkan hati..hehe

Aktiviti kedua, pergi rumah Nisha. Terima kasih sangat-sangat kat Nisha sekeluarga sebab menjemput kami untuk makan tengah hari kat rumah. Macam-macam lauk ada. Tingkyu Cik Mas! Rugi siapa yang tak datang..


kari ayam

hati dan pedal

ikan jacket

sayur

ulam!

sambal belacan =)

Cakap je makan tengah hari last-last sampai ke petang kat sana. Siap makan petang pulak. Huhu.. yang paling best, siap belajar buat kuih siput pulak tu. Hehe.. Alamak..malunya kantoi tak reti buat. Terasa loser giler masa tu. Tapi, nasib baik ada geng =p

gadis-gadis =p

try and  error...

macam-macam saiz ada..hehhe

Mak pun dah lama tak buat kuih tu masa raya. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, bila nak tolong buat kuih tu mesti mak tak kasi. Yelah, bukan tolong sangat pun nanti. Tolong bersepahkan je lebih. Hehe.. Ala..mak....kalau dulu mak kasi akak buat mesti akak dah pro kan buat siput tu..(perasan) =)

Aktiviti ketiga, sauna di bilik! Yeah…takde karen(elektrik)! Masa nilah boleh rasa sedap hati walau tak buat kerja apa-apa pun. Hehe..


1 comment:

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...