Followers

Friday, 8 March 2013

Entry tertunggak: Minggu pertama mengajar, test power air mata



Bismillahirrahmanirrahim...

Pengalaman hari pertama yang hampir membuatkan hujan di kawaan mata miLa. haha.. Mana taknya kereta meragam pulak. Dah la first day, Ya Allah memang berserah je masa tu. Tersengguk-sengguk. Bala..bala...(dialog Hantu Kak Limah) Astaghfirullah…tak baik cakap cam tu.. anggap ini semua dugaan dariNya..

Walaupun dah dua tiga kali mati enjin setiap kali berhenti kat kawasan bukit (jalan jam masa ni), miLa gagahkan jugak start enjin semula. Dah lah nervous nak lapor diri membuak-buak, ditambah pulak dengan ketidakwarasan kereta. Huh..tapi alhamdulillah..selamat jugak sampai sekolah.

Dan esoknya, ayah miLa hantar pergi sekolah! Tengs abah! Kereta yang tersengguk-sengguk tu telah selamat dimasukkan wad. Melayang lagi pulusss…

alat penguji tahap gelabah..huhu

Settle mengenai kereta, tugasan yang GPK bagi pada kami bertiga memang lah sangat menguji tahap KETEBALAN TEMBOK MUKA. Huhu.. Sebab kami dikehendaki meminta tandatangan daripada semua guru dan staff sokongan! Oh, my muka!

117 guru + 22 staff = ???

Tempoh masa adalah selama seminggu! Syukurlah miLa dulu sekolah sini, so tak lah gelabah sangat nak cari cikgu ikut list sebab majority miLa masih kenal. Walaupun rasa terbeban dengan extra tugas tu, tapi miLa rasa ada side positive nya jugak. Kalau tak memang taklah miLa nak tegur semua orang. hehe. Malu~

Yang paling mengumbirakan hati bila ada cikgu yang masih kenal miLa…

“Awak dulu sekolah sini kan? Muka awak saya perasan dulu..”

Wahhh…famous jugak aku dulu ek. Hehe. Tapi yang menggelikan hati bila jalan berselisih dengan student....

" assalamualaikum cikgu..."

"selamat sejahtera cikgu.."

Untuk minggu pertama ni memang miLa rasa nak gelak je..haha..sorry lah ye..cikgu masih di awang-awangan lagi ni....hehe


p/s: my big prob, malu tak bertempat! Huh…..  ~,~

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...