Followers

Tuesday, 14 May 2013

oh...cikgu......



Bismillahirrahmanirrahim

Masa sekolah dulu 16 Mei lah antara tarikh yang di tunggu-tunggu. Seronok sehari tak belajar satu hal. Masa hari nilah nak tengok cikgu dari sisi lain. Yelah..kalau hari biasa dapat tengok cikgu-cikgu mengajar je. Tapi masa nilah dapat tengok bakat-bakat terpendam dorang. Lepas tu jadi pengkritik tak bertauliah..Hehe..

Masa hari tu jugaklah nak tengok cikgu pakai cantik-cantik. Bukan hari yang lain tak cantik, cantik jugak. Tapi masa hari tulah cikgu punya cantik lain macam. Huhu.. Lepas tu tengok cikgu mana yang dapat paling banyak hadiah. Padahal miLa tak bagi hadiah kat cikgu pun.

Kalau bagi pun, dapat bagi kat guru kelas je. hehe.. Yelah..kalau nak bagi kat semua yang ajar, memang den tak mampu. Kalau nak bagi kat 'cikgu best' je kang apa pulak kata 'cikgu tak best'?? Mesti dia kecik hati. Sooo..to be fair, semua cikgu tak dapat! hehe. Apa yang dapat mila bagi cuma senyuman yang paling manis dari hati yang ikhlas. Terima kasih cikgu! 

Tapi tu semua dulu, pemikiran anak kecil. Ni bila diri sendiri yang dah bergelar cikgu barulah merasa perasaan mak sambut 16 Mei tu camne. Nak pakai baju apa? Dahlah kena buat persembahan depan anak-anak murid. Kena menari pulak tu. Aduh…Ya Allah malu nyerrrrrr…… ~_~

Tema hari guru untuk kali ni irama twist. Baju? Kena pakai pakaian 60-an. Tiba-tiba, terbayang cerita Madu Tiga, penyanyi perempuan yang nyanyi lagu Malam Pesta Muda Mudi. Owhh…tidak….! Baju yang macam kerengga tu?? 32..18..40…?? haha.. Tak mahu!!!




4 comments:

  1. haha..sesekali pakai baju era 60an ok pe cikgu..selamat hari guru ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..almaklum xreti berfesyen..ni da srabut pikiaq nak pkai bju ape..btw,tq :)

      Delete
  2. hehe, selamat hari guru, temanya unik hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh nurain :)huhu.. miLa ni ckgu praktikal je..insyaallah lg stahun bru grad..doa kn ye..

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...