Followers

Sunday, 12 May 2013

mak a.k.a penasihat terhormat :)



Bismillahirrahmanirrahim...



Tak payah nak tunggu hari ibu, hari-hari hari ibu kan? hmm..tapi entry kali ni khas buat mak tapi bukan sebab nak sambut hari ibu tu ye.huhu..

Bagi miLa, mak memang super power lah. Macam-macam dia boleh jadi sepanjang nak besarkan kita yang degil ni. Boleh jadi ayah, kakak, kawan, tukang masak of course lah..hehe. Kadang-kadang tu jadi teman bergaduh pun ye. Tapi jap je, pastu kawan balik. hehe

Tak tahulah kenapa sekarang apa-apa yang jadi mesti citer kat mak. Citer kat mak pasal sekolah, anak-anak murid yang nakal dan kiut tu..hehe...dan pasal “en. bersih dan ikhlas” tuh. Yang peliknya tak rasa malu atau segan pun kat mak. Macam-macam mak nasihat. Mak sangat memahami. Masa ni rasa macam mak ada segulung ijazah psikologi je. J

Haritu adalah terbaca kat satu artikel ni. Kat situ dia tulis kalau kita nak apa-apa cakap kat mak, mintak mak doakan. So, pasal en. B.I. (bersih dan ikhlas) tu miLa memang cakap kat mak suruh mak doakan. Hehe.. (Amboi..gatal nyer.. hehe)

Tapi, bila kisah tu tak kesampaian sedih bila setiap kali teringat ayat mak…

“Jangan risau, hari-hari mak doakan untuk anak mak ni. Tapi mak doa kalau bukan dengan dia (en. B.I.) pun takpe, pertemukanlah dengan dengan jodoh yang baik-baik.”

Masa dengar mak cakap macam tu, mata ni dah control je. Plis...jangan nangis miLa! huhu. Dan kena sentiasa ingatkan kat diri ni yang setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Kita tak nampak tapi hanya Allah yang lebih mengetahui dalam setiap percaturanNya.

p/s: Buat en. B.I. , selamat hari lahir. May Allah bless u..

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...