Bismillahirrahmanirrahim...
Nak post entry tapi malas
sangat nak taip. Takde mood. Rase nak biarkan je entry buatmu yang bersih dan ikhlas tu camtu. Haha…bila baca balik gelak-gelak je. ^_^ Tutup muka malu.. Jiwa kacau
masa tuh. Ish2…miLa...miLa..
Ni nak rajin-rajin kan semula
mengupdate blog yang tak berapa nak famous nih. Banyak citer nak citer tapi, tulah
bila tangan nih dah menidakkan kemahuan hati nak update so terbengkalai lah blog
ni.
Okay..mila start pasal
bengkel sushi yang miLa pergi haritu. TQ tu Reca Momouss, miLa wat entry bengkel sushi sebab
awak taw! Sebab reca komen kat entry miLa ritu kan? Kan? kan? huhu
Sebulan yang lepas.. (lama
tak lama lah) miLa ada join satu bengkel sushi kat sekolah. Hebat tak hebat lah
budak sekarang nih, siap ada matapelajaran bahasa Jepun lagi. Zaman miLa dulu manalah
ada. Untunglarh korangg….huhu
Bengkel ni memang untuk ajar
student buat sushi. Bukan budak-budak je, cikgu nya pun tumpang sekaki. Owh….camni
ke watnye.. kacang je rupanya.. Haha…Tapi nak buat kat rumah memang tak lah.
Siapa mahu makan?? miLa? huhu.. sorry ye tekak I tekak JAWA. Mahu muntah nya nanti.
Bahan-bahan untuk buat sushi
ni tak banyak, Cuma kena ada nori (rumpai laut), nasi, makisu (alat penggulung)
dan inti sushi (timun,ketam, telur dadar..blah..blah). Nori tu digunakan sebagai pembalut. Alah..yang
kulit sushi tu. Nasi tu pulak kena campur dengan cuka, gula dan garam. Inti
sushi tu pulak terpulang masing-masing nak letak apa. Tapi yang miLa tengok dia
cuma letak timun, telur dadar dengan isi ketam je.
Ha..lagi satu makisu.
Ingatkan nak gulung tu macam biasa, rupa-rupanya ada alat dia. hmm..baru tawu. Ok.
Dah banyak membebel nih. Meh layan gambar dari fon murah.. huhu
tenaga pengajar dari sekolah jepun JB
tengok tu nama dia..jepun mali...
nori
makisu
with her daughter
hasilnya...
your turn!
Cara-cara:
1) Bentangkan nori atas makisu. Pastikan bahagian licin nori di bawah.
2)Letak nasi atas nori. Kemudian ratakan.
3)Buat parit kat tengah nasi. Kemudian susun timun dan ketam dalam parit tu.
tangan mr. google..huhu
4) Kemudian gulung. Siap! huhu
mr. google gulungkan..hehe
No comments:
Post a Comment