Powered By Blogger

Followers

Tuesday 11 February 2014

Diari Ammar


Bismillahirrahmanirrahim…

Minggu pertama untuk semester terakhir, belum apa-apa assignment dah menggunung. Tapi tangan ni duk menggatal jugak nak update blog. hehe

Alhamdulillah…ahad yang lepas mila berpeluang untuk gi ceramah diari ammar. Mak ayah arwah ammar yang sampaikannya.



Sambutan daripada warga UTM sangat luar biasa. Bayangkan penganjur terpaksa bertukar tempat disebabkan dewan yang disediakan tak dapat menampung jumlah audience yang hadir. Last-last buat kat masjid UTM. First floor masjid penuh. Siapa yang pernah ke Masjid UTM so tawu la besar first floor tu macam mana.

1st time tengok video youtube pasal arwah, rasa nak tawu sangat-sangat kisah hidup arwah. Macam mana lah insan seawal 20 tahun ni boleh jadi satu fenomena. Sungguh hebat penangan arwah. Walaupun sudah hampir 3 bulan arwah pergi, kisahnya masih menjadi perhatian ramai.

Tersentuh hati mendengar luahan hati dari ibu dan ayah arwah.

“Sebenarnya kami sangat sedih, hati kami memendam perasaan kerana kehilangan anak kami. Tapi, kami kena kuat untuk sampaikan mesej Allah ini…”

Mak ayah mana yang tak sedih bila kehilangan anak. Tapi mereka sangat kuat. Sepanjang dua jam, macam-macam yang mereka kongsikan pengalaman mereka dalam membesarkan arwah. Ya Allah, kuat nya mereka . Kebiasaannya, kalau mak ayah orang lain yang kematian anak, nampak gambar anak pun dah menangis-nangis. 


7 formula yang digunakan oleh ayah Ammar:

1)      Terapkan semangat ummah
2) Berikan nama yang terpuji
3)Adab yang terpuji
4)Menguasai Al-Quran (tadabbur)
5)solat tahajud (wajib sekali seminggu)
6) Menguasai ilmu zaman
7) Menguasai pelbagai bahasa


p/s: Al-fatihah untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

14 comments:

  1. hari tu, usim pun ada buat program cam ni gak, rasanya, abang ipar dia kot yg di jemput...tak sempat pergi, bila tengok poster, tarikh dah lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..insyaallah ada rezeki nanti dapat pergi..sedih dengar cerita dorang nang :(

      Delete
  2. Untung mak ayah arwah dpt anak mcm arwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut mereka arwah anak yang sangat baik, kalau nak di ingatkan semula bila arwah pernah kecil kan hati, dorang cakap tak ingat sebab arwah sangat baik...hmm...jeles dengan arwah kan? :(

      Delete
  3. al-fatihah untuk arwah ammar.. begitu mulia pekerti beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. smoge dpt membuka mata dan hati anak-anak muda zaman sekarang :)

      Delete
    2. betul tu mila.. seharusnya nak muda zaman sekarang encontohi beliau..

      Delete
    3. insyaallah kak..kalau tak dapat semua yg nak contohi arwah, sikit pun jadi la dari langsung takde kan..harap ada yg mnyambung smgat arwah..

      Delete
  4. al fatihah... :( semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...insyaallah mama...syurga menanti insan sepertinya..

      Delete
  5. al fatihah. arwah banyak berjasa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hikmah nya arwah pergi..smkin rmai ank muda zmn skrg ni yg mula bukk mata hati dan jiwa..alhamdulillah..

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...