Powered By Blogger

Followers

Saturday 18 May 2013

dilema UPU...



Bismillahirrahmanirrahim

Dari semalam terperasan junior-junior update status kat FB citer pasal result UPU dorang. Alhamdulillah..semoga adik-adik semua berjaya dalam apa jua bidang sekalipun yang diceburi. Dan semoga dapat buat pilihan yang terbaik.

macam-macam adaaa...

Hmm..miLa confirm sekarang ni ramai adik-adik yang kat luar sana tengah pening-pening lalat nak pilih apa kan? Satu nasihat dari akak (ber’akak’ plak..hehe), TOLONGGG…plisss la.. jangan ikut kawan ye. Kawan pilih tu, awak pun sibuk pilih tu jugak. Jangan okay!

Kalau boleh tanya-tanya kat orang yang berpengalaman. Tapi, jangan tanya kat sorang je. Yelah.....setiap orang ada pendapat sendiri kan. Lepas tu, adik-adik nilailah sendiri decide mana yang terbaik. Yang penting, mintak pendapat mak ayah dan keluarga. Dan yang paling penting sekali DOA. Minta lah supaya Allah berikan jalan yang terbaik buat adik semua. Insyaallah Allah akan permudahkan segalanya.

Dan bila dah buat pilihan tu jangan pernah menyesal dengan pilihan yang adik dah buat tu. Percayalah, setiap yang Allah dah aturkan buat kita ada hikmah disebaliknya.

Dulu akak miLa (gediks ber'akak' jap) pernah persoalkan kenapalah bidang pendidikan yang akak dapat. Padahal mengharap dan minat kat bidang lain. Tapi, bila dah mula pengajian, Subhanallah..Dia maha mengetahui segalanya. Rupa-rupanya naluri miLa ni memang kearah cikgu cikgi, cuma selama ni tak perasan je.

Ingat lagi masa dulu, letak course pendidikan math kat senarai permohonan UPU tu sebab nak jaga hati mak abah. Sebab mak abah memang nak sangat miLa jadi cikgu. Tak sangka pilihan pertama tu diterima. penting kan keberkatan mak ayah kita?? hmmm...

Dan buat adik-adik yang tak dapat offer mana-mana tu, janganlah bersedih. Teruskan berdoa. Insyaallah..ada yang terbaik yang Allah telah aturkan buat adik. Jangan kecewa, sebab tak semestinya adik tak boleh berjaya dalam hidup adik selepas ni. Buktikan kat kawan-kawan yang adik pun boleh berjaya. Teruskan usaha ye!

zaman matrik....rindu plak :)


2 comments:

  1. salam. wah sonok nye jadi ckgu heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...alhamdulillah..mmg sronok..jom jd ckgu gak! :)

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...