Powered By Blogger

Followers

Tuesday, 25 June 2013

Tak susah nak dapat pahala


Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat kat entry S.K.A, "owhh idea come to papa.." haha.. same situation lah, nak update entry baru tapi tak tahu nak citer pasal apa. Kang kalau citer pasal diri sendiri meluat pulak orang nak baca..hehe

So…sedang bercucuk tanam anggur kat rumah ni, miLa isi kan lah masa untuk santapan rohani. Baru teringat haritu ada beli buku guna baucer tapi belum tersentuh lagi. Huhu..Okay..so untuk next entry insyaallah nak share apa yang miLa rasa menarik. So..for this entry miLa nak share suatu hadis….

“Jika hambaKu merancang melakukan kebaikan, maka Aku akan rekodkan untuknya satu pahala walaupun dia belum melakukannya. Jika dia telah melakukannya, maka Aku akan rekodkan sepuluh kali ganda (pahala amalan tersebut).”

“Sekiranya dia berniat untuk melakukan satu kejahatan, maka Aku tetap memaafkannya selagi dia belum melakukan kejahatan tersebut. Jika dia telah melakukannya, maka Aku rekodkan sebagaimana perbuatan yang dilakukannya.”

Para malaikat berkata, “Wahai Tuhan, itu seorang hamba-Mu yang hendak melakukan keburukan.”

Allah berfirman (sedangkan Allah lebih mengetahui) : “Lihatlah dia. Jika dia melakukannya, maka catatkan kejahatan itu untuknya. Jika dia meninggalkannya, maka rekodlah untuknya satu pahala. Sesungguhnya dia meninggalkan kejahatan itu kerana takut kepadaKu.”

(Riwayat Muslim)

Sumber: solusi isu 56


Hmmm…betapa Allah sayangkan makhlukNya kan?? Walaupun kita cuma ada niat nak buat baik je, dah dapat satu pahala. Kalau kita buat lagilah, dapat 10 kali ganda. Dan selagi kita tak buat niat jahat kita, Allah tak hukum kita selagi kita belum melakukannya. Diberi pahala pulak tu kalau kita tak teruskan niat jahat kita tu. Tak susah kan nak dapat pahala???

Gambar kat bawah ni takde kaitan dengan tajuk.. Askar sedang menceroboh laptop miLa..hehe

amanda!! wat are u doing haa???


6 comments:

  1. betul tu.. bukan susah nak dapat pahala.. berniat nak buat baik pn, dah dpt pahala.. =)

    ReplyDelete
  2. ALLAH MAHA PENGASIH dan PENYAYANG pada setiap makluknya..:")

    ReplyDelete
  3. buat baik je. tak perlu susah2 nak collect pahala

    ReplyDelete
  4. kalau xde idea :) join la segmen..btol 2..Allah sgt sygkn kita..wlwpn niat jhat..lpas2 xbt..dpat phla lg..

    ReplyDelete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...