Alhamdulillah..dapat jugak
habiskan drama Warkah CInta. Best~ Tapi teringat dialog ni,
“Kita semua buat dosa, setiap
hari kita wajib minta ampun dengan Allah.”
2 3 harini ni pulak kesihatan
pun tak berapa nak mengizinkan. Biasalah bila ada asma ni. Kena sentiasa
bersiap sedia..huhu.. Tiap kali mengeluh tu cepat-cepat ingatkan diri, “Takpe,
penghapus dosa.”
Setiap kali terkena tu memang
ingat satu ini je, mati... Mati itu memang pasti, tapi hmm..janganlah, miLa belum
bersedia lagi ni.
Dan setiap kali asma, mak lah
yang tak tidur sepanjang malam jaga miLa. Pantang batuk sikit, mesti tangan mak
urut belakang badan, sapukan minyak angin. Terima kasih mak J masa nilah nak bermanja-manja dengan mak..hehe
Asma ni memang lah takde
nampak sakitnya, yelah kalau terluka nampak darahnya. Kalau jatuh nampak lebamnya.
Bila asma ni, hanya orang yang kena je tawu betapa sakit nya rasa. Nak bernafas
bukan main payah. Siap berpeluh-peluh semata-mata untuk bernafas. Terasa hilang
satu nikmat masa tu L
Tapi, selalu kalau dah
terkena tu cepat-cepat tangan ni capai inhaler. huhu.. Untuk melegakan sikit
sakitnya, mak miLa akan buatkan air panas untuk miLa. Sekali lagi mak..Terima kasih mak J
Alang-alang ni, miLa nak share lah sekali tips-tips untuk orang semput atau nak jaga orang yang kena semput..huhu
Alang-alang ni, miLa nak share lah sekali tips-tips untuk orang semput atau nak jaga orang yang kena semput..huhu
Orang yang kena asma ni, elakkan dia daripada terkena angin kipas atau air-cond sebab akan terasa lemas untuk bernafas. Kalau boleh asap ubat nyamuk pun jangan. Asap rokok??? hm..memang lagi lah tak boleh.
Yang penting bila someone tu kena serang asma, kalau boleh tidur dia biarlah berteman. Mak cakap bahaya kalau tak teman, sebab memang ada berlaku orang yang kena asma meninggal semasa sedang tidur. Ya Allah, jauhkan dariku...
Yang penting bila someone tu kena serang asma, kalau boleh tidur dia biarlah berteman. Mak cakap bahaya kalau tak teman, sebab memang ada berlaku orang yang kena asma meninggal semasa sedang tidur. Ya Allah, jauhkan dariku...
Kalau dah rasa semacam bila
nak tidur tu, miLa akan pakai stokin. Kemudian sapu minyak angin (Vicks) di
kawasan dada dan di belakang badan. Kalau biasa bantal rendah, miLa akan tinggi
kan sikit bantal untuk mudahkan pernafasan.
Vicks
Tapi, kalau yang baru first time terkena tu lebih baik cepat-cepat jumpa doktor. Jangan takut, tak kena inject pun..haha
p/s: alhamdulillah..masih bernafas dan mampu untuk mengupdate blog..huhu
wahhh bagus...dlm kalangan kwn2 je ade asma...
ReplyDeletehuhu..ow..yeke..mesti pnah tgok bile dowg ngah tkene kn :)
ReplyDelete