Powered By Blogger

Followers

Monday 11 February 2013

DIA masih setia menungguku



Bismillahirrahmanirrahim...


5 minit pertama,
     "Takpe, baru 5 minit kejap lagi sampai lah.."

20 minit berikutnya,
     "Mana ni? Janji pukul berapa, ni dah pukul berapa?"

Selepas 40 minit,
     "Jumpa nanti siaplah. Memang nak kena marah~"

1 jam berikutnya,
     "Ah..lambatnya. kurang asam..blah..blah..!$!%!**!^$!%.."
 (terus berlalu pergi…)

Geram kan kalau orang yang telah mengikat janji dengan kita tiba-tiba memungkirinya? Kita punyalah penat menunggu, tapi orang yang ditunggu tu tetap tak kunjung tiba. Masa tu geram, marah semua ada. Tak cukup dengan tu, mulut ni ringan mengutuk betapa lambatnya orang yang ditunggu tu.

Tapi, pernah atau tidak terdetik di hati, betapa setianya Dia menunggu kita untuk menemuiNya? Walaupun di hujung-hujung waktu, Dia masih setia menanti. Walaupun masa tu kita lebih pentingkan benda lain?? Kita main game dulu, layan movie…….tengok Setia Hujung Nyawa walaupun Maghrib dah nak habis masa tu. kan? kan?

Kepada mereka-mereka yang hanya solat hari raya je apa cerita pulak? Betapa lamanya kan Dia menunggu? Tetapi Dia masih setia menunggu..menunggu..dan terus menunggu.. dan masih sudi menerima hamba-hambaNya yang selalu terleka ni..



p/s: peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai dan leka~


3 comments:

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...