Powered By Blogger

Followers

Sunday 17 February 2013

Menghitung detik dan ketika...



Bismillahirrahmanirrahim

Hari yang ditunggu sudah tiba! Rasanya degupan jantung ni sampai ke Sekolah Tinggi Kluang boleh dengar (over la tu) hehe.. Rasa  macam nak pergi berperang pun ada ni.

Apa-apa pun, doakan miLa untuk esok dan hari-hari seterusnya dalam menghadapi latihan mengajar (LM). Semoga segala tugasan dan amanah yang dipikul dibahu miLa nanti dipermudahkan dan diberkatiNya. Amin.. Doa kan ye J

Sedikit perkongsian mengenai doa.

“Doa adalah senjata paling ampuh orang islam, tak salah lagi”

Ikuti kisah.....

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi).
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan. copy from KB90. tq :)


p/s: dup..dap..dup..dap... My Name Is Mila. Cikgu miLa..hehe



2 comments:

  1. good luck cikgu mila ,hehe . btw done follow ,follow me back :D www.shhanahassan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq hana..hehe..ok..da follow da..salam perkenalan..huhu

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...